Bab 2

Other Series 4621

"Vira,bangun dah pagi ni,tak elok anak dara bangun lewat..."panggil Puan Seri diselangi dengan ketukan pintu.Paling pantang bila anak dara bangun lambat.Namun tiada sahutan atau jawapan dari Elvira.

"Hani Elvira binti Hairie!!!"jerit Puan Seri.Kali ni jeritan Puan Seri lebih kuat dari sebelum ni.Terus Elvira bangun dari tidur.

"Ya umi,Vira dah bangun!!"kali ni Elvira sudah menyahut panggilan Puan Seri.Terkejut sangat dengan jeritan Puan Seri.Dah macam tarzan pun ada.

"Bangun,mandi then turun breakfast.Abah panggil,cepat!Jangan sampai umi mengamuk."Puan Seri memberi amaran tegas.

"Okey,umi...Vira dah bangun ni..."ujar Elvira lalu turun dari katil.Dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam tandas.Setelah mendengar bunyi air,baru Puan Seri beredar.

"MORNING,abah umi..."sapa Elvira setelah 15 minit Puan Seri turun.Sapaan Elvira hanya dibalas dengan senyuman sahaja oleh kedua-dua ibu bapanya.Elvira terus mendapatkan tempatnya di sisi Puan Seri.

"Waaah,sedapnya bau.Mesti sedapkan umi masak.Macam tahu-tahu je hari ni Vira nak makan kuew tiaw goreng..."pujinya sambil mencedok beberapa senduk kuew tiaw ke dalam pinggannya.Puan Seri hanya senyum melihat anak tirinya memuji masakannya.Terus Elvira menyuap ke dalam mulutnya.Pergh sedap!!!

"Malam tadi balik pukul berapa?"soal En Hairie.Elvira hanya memandang sekilas sahaja wajah abahnya.

"Pukul empat pagi,abah.."jawab Elvira dengan sopan.

"Pukul empat?Lambatnya Vira balik.Patutlah susah nak bangun.Subuh terlajak ke tak ni?"soal Puan Seri pula.Elvira hanya tersengih memandang uminya."Sempat,gila tak sempat?Vira balik tu sambung kerja sikit sampai subuh.Then lepas solat subuh tu baru Vira tidur."jawab Elvira lalu menyambung makan.

"Lepas ni ada pergi mana-mana tak?"soal En Hairie lagi.Elvira hanya menggelengkan kepalanya sahaja."Good,lepas makan ikut abah.Jangan nak mengada-ngada nak sambung tidur."ujar En Hairie.Elvira hanya menurut perintah sahaja.Waaaa...nak tidur....Sob...sob..sob..

"ABAH dengar Vira nak berhenti kerja,kenapa?"soal En Hairie ketika berada di dalam kereta.Elvira yang berada di sebelah sudah menelan air liurnya.Alamak!Mesti Tuan Irsyad yang beritahu kat abah ni....

"Err...dari mana abah dapat tahu?Siapa cakap?Vira tak nak dengar publisiti murahan ni...."Elvira berlawak bodoh.Rasa macam tak kena dengan tempat pun ada.

"Abah tengah serius,Vira.Janganlah buat lawak bodoh kat sini.."ujar En Hairie.Bagaikan satu penampar hinggap di pipi Elvira.Tulah buat lawak bodoh lagi."Emm...memang betul abah,ada sebab Vira nak letak jawatan."jawab Elvira.En Hairie mengeluh.

"Kalau tak disebabkan Uncle Irsyad kamu tak bagitahu abah semalam,sampai bila-bila abah tak tahu tentang perkara ni."En Hairie sudah mula membebel.Elvira hanya tertunduk diam di sebelahnya sahaja.

"Abah tak setuju bila Vira nak letak jawatan.Atas sebab Vira nak tumpu kepada keluarga?Abah tak boleh terima alasan yang tak logik ni.Abah nak kamu mewarisi legasi arwah ibu.Abah bukan tak tahu potensi Vira di TIME.Arwah ibu juga berharap sangat yang Vira dapat menyambung legasi dia.Abah tahu arwah ibu memang tak dapat bersama-sama meluangkan masa dengan abah.Tapi abah faham..abah tak pernah pun marah dengan pekerjaan ibu.Sebab abah faham.Sepatutnya abah yang menyesal sebab abah tak dapat nak meluangkan masa bersama ibu."bebel En Hairie panjang.

"Apa maksud abah?Sepatutnya abah yang menyesal?"soal Elvira.

"Dulu semasa arwah ibu mengandungkan abang kamu,abah sentiasa sibuk dengan tugas abah.Tak pernah pun sekali ibu kamu merungut.Masa tu abah baru sahaja pegang jawatan Koperal.Ibu kamu sanggup tunggu abah balik walaupun dah lewat malam.Ibu kamu sentiasa senyum walaupun penat,sakit.Selepas abang kamu lahir,ibu kamu meminta kebenaran dengan abah untuk menyambung tugasnya.Pada mulanya abah melarang tapi disebabkan tugas dan juga sifat ibu kamu yang faham dan sentiasa sabar melayan karenah dan tugas abah, jadi abah benarkan.

Selepas lima tahun ibu kamu bertugas,ibu kamu hamilkan kamu.Arwah ibu kamu berharap sangat yang dia kandungkan anak perempuan.Sebab dia mahu kamu sambung legasi dia.Tapi bila kamu bercadang mahu meletak jawatan,kamu tak fikir ke tentang ibu kamu?Kamu sendiri membesar dengan TIME sejak kamu kecil lagi.Kalau kamu nak tumpukan kepada keluarga,buat apa abah kahwin dengan umi kamu?Dia jaga kamu sejak arwah ibu kamu meninggal.Dan dia anggap kamu dan abang macam anak kandung dia sendiri.Jadi tak perlulah nak letak jawatan semata- mata nak tumpukan keluarga.Cukup umi kamu dah boleh jaga keluarga ni."cerita En Hairie panjang.Berharap anaknya mendengar nasihatnya dan tahu apa sebenarnya yang dia ingin sampaikan.

"Sekarang Vira fahamkan kenapa abah tak benarkan Vira letak jawatan?"soal En Hairie lalu memusingkan stereng keretanya membelok ke kiri.Namun tiada respon pun dari Elvira.En Hairie memandang wajah anaknya sekilas.Bertuah punya budak!Punya penat aku cakap dia tidur rupanya.Vira..Vira....

En Hairie memarkirkan keretanya di tempat khas untuk pegawai yang berjawatan tinggi.Beliau memegang jawatan Superintenden (SUPT.)Dia mengejutkan Elvira dengan perlahan.

"Vira...Vira..bangun.Dah sampai ni."ujar En Hairie.Elvira tersedar dari tidur.Dekat mana ni?Macam kenal je...

"Abah,kenapa kita dekat pejabat abah ni?"soal Elvira lagi.En Hairie tidak menjawab pertanyaan anaknya.Dia terus keluar dari kereta dan mengambil beg bimbitnya yang berada di seat belakang.Elvira hanya menurut langkah bapanya setelah En Hairie tidak menjawab soalannya tadi.Sesampai sahaja di bilik En Hairie,mereka berdua disapa oleh beberapa pegawai berpangkat inspektor.

"Tuan,ini fail yang Tuan nak semalam."ujar Inspektor Farok lalu menghulurkan sekeping fail kepada En Hairie."Terima kasih,Farok.Awak boleh sambung kerja awak."jawab En Hairie.

"Vira masuk dulu,kejap lagi abah datang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience