Bab 1

Other Series 4621

Elvira sibuk memotong sayur di dapur.Pesanan yang dipesan oleh pelanggan perlu disiapkan dengan segera.Dia mencapai sebiji tomato dalam bakul di hadapannya lalu dipotong dadu.

"Cik Vira,Puan Seri panggil Cik."ujar salah seorang pekerja di situ.`Ada apalah Umi panggil aku ni?Hmm..`kata Elvira dalam hati.Terus dia letakkan pisau dan masukkan tomato yang telah dipotong ke dalam mangkuk.

Elvira terus keluar dari dapur lalu menuju ke arah Uminya yang berada di kaunter bayaran."Ya,umi ada apa panggil Vira?"tanya Elvira kepada Puan Seri.Puan Seri hanya tersenyum memandang wajah anak tirinya."Bila nak balik?Malam ni kerja kan?Umi tak nak Vira penat nanti,kalau sakit nanti susah diri kamu."ujar Puan Seri.

Elvira hanya mencemikkan mukanya sahaja."Alah umi,Vira bosanlah duduk dekat rumah je,nanti bila dah kerja dah tak boleh nak masak-masak macam ni."kata Elvira pula.Puan Seri menggelengkan kepalanya."Kalau Vira masak dekat rumah,umi tak pernah larang,marah pun tidak.Tapi sekarang ni Vira sibuk masak dekat restoran umi.Habis kalau Vira masak,buat apa umi bayar gaji pada pekerja umi?"Puan Seri sudah mula membebel.Sayang sungguh dia kepada Elvira meskipun Elvira anak tirinya. Elvira mengalah.Dia mula mencapai beg sandangnya.

"Yelah,umi.Vira balik.Apakan daya umi sendiri dah halau Vira.Sedih rasa hati ni.." ucap Elvira berpura-pura nada sedih."

"Tak payah nak sedih sangatlah.Sudah pergi balik nanti stuck jammed baru tahu.Jangan lupa makan dulu before pergi kerja."nasihat Puan Seri lagi.

"Ya..okey Vira balik sekarang.Umi ni nak tolong pun tak kasi.."bebel Elvira.Puan Seri hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"ASSALAMMUALAIKUM,Tuan Irsyad.Ada apa panggil saya?"ujar Elvira sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat setelah dimaklumkan oleh Yuna tadi.Tuan Irsyad yang sedang meneliti sekeping fail terus memandang ke arah wajah Elvira yang muncul di muka pintu."Waalaikumsalam masuk Elvira,saya ada benda nak cakap dengan awak."jawab Tuan Irsyad.

Tuan Irsyad adalah salah seorang ketua teras TIME iaitu agensi rahsia yang menyiasat kes-kes tertentu yang melibatkan negara serta kes-kes peribadi yang tertentu juga.Beliau telah menjadi ketua teras agensi tersebut selama 30 tahun bersama rakan seperjuangannya iaitu Tuan Tajul,Puan Maya dan Puan Emira iaitu arwah ibu Elvira.

Elvira duduk di hadapan Tuan Irsyad seperti yang diarahkan.Tuan Irsyad meletakkan sepucuk surat berserta sampul surat putih di atas mejanya."Sebelum awak nak tanya saya,saya nak awak explain dulu tentang surat perletakan jawatan ni.May you?"soal Tuan Irsyad.Elvira hanya tertunduk apabila Tuan Irsyad bertanyakan tentang perletakan jawatannya.Ya, memang benar dia ingin meletak jawatan,tetapi bukan suka-suka dan dia mempunyai sebab.

"Saya..err..saya ada sebab tuan.Saya nak tumpukan kepada keluarga saya."jelas Elvira.Berkerut wajah Tuan Irsyad."Awak dah nak kahwin ke?"soalnya lagi.Elvira menepuk dahi.

"Bukan itu yang saya maksudkan tuan,tetapi saya nak capaikan hasrat arwah ibu.Tuan tahukan,arwah ibu saya sedih kerana dia tidak dapat meluangkan masa dengan abah?Jadi saya tak mahu jadi seperti arwah ibu..."ujar Elvira.Tuan Irsyad menarik nafas mengeluh.

"Jika benar kamu mahu mencapai hasrat arwah ibu kamu,kamu harus fikirkan perkara ini sebelum kamu masuk TIME.Jadi saya nak kamu fikirkan sekali lagi dengan tindakan ni.Kamu ejen yang berpotensi besar dalam agensi ini sama seperti arwah ibu kamu.Jadi sayang jika kamu mahu berhenti sampai di sini.Kamu tahukan yang kamu adalah waris agensi ini menggantikan arwah ibu kamu?"ucap Tuan Irsyad dengan panjang.Elvira hanya tertunduk diam.Ada benar juga kata Tuan Irsyad.

"Jadi saya akan beri kamu masa untuk fikirkannya.Tetapi jika betul kamu sudah tetapkan hati kamu untuk meletak jawatan,saya nak kamu selesaikan kes ini dahulu then baru kamu bebas."ujar Tuan Irsyad lalu memberi sekeping fail yang telah beliau baca tadi.Elvira yang tadi tertunduk terus mengangkat mukanya memandang Tuan Irsyad lalu menyambut huluran Tuan Irsyad.

"Kes apa ni tuan?"tanya Elvira.Tuan Irsyad menyandarkan badannya di kerusi kulit.

"Kes lima tahun yang lepas.Waktu tu kamu masih lagi dalam akademi.Kes ini mengenai tentang pembunuhan seorang gadis kerabat diraja dan suspek utamanya ialah tunangnya sendiri."jawab Tuan Irsyad.Elvira mendengar dengan khusyuk sambil membelek helaian fail tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai maklumat.Tuan Irsyad sudah bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menghampiri tingkap yang besar.

" Kes ini pada mulanya pihak polis yang menguruskan dan telah menahan tunangnya tetapi dengan bukti yang tidak cukup mereka terpaksa melepaskannya.Kemudian kes ini ditutup dan dianggap mangsa mati mengejut."jelas Tuan Irsyad lagi.

"Tetapi tuan,kes ni sudah berlalu lima tahun yang lepas.Kenapa baru sekarang kes ni diminta buka semula?Dan siapa orang yang meminta kita menyiasat kembali kes ni?"soal Elvira lagi.

"Yang itu,saya tidak tahu kenapa beliau meminta kes ini dibuka semula,tetapi yang saya boleh katakan kes ini diminta sendiri oleh Tengku Faridah."Hampir terkeluar biji mata Elvira.Tengku Faridah?Kerabat diraja yang paling kaya tu?

"Tuan,saya ada soalan terakhir.."ujar Elvira lagi.Tuan Irsyad sudah memusingkan badannya menghadap Elvira."Silakan.."

"Kenapa tuan pilih saya untuk kendalikan kes ni?Kan ramai lagi ejen yang pakar?Contohnya ejen Azrul.Takkanlah disebabkan saya ni anak kepada teras
TIME,saya diberi tugas yang berat?"bertalu-talu soalan Elvira kepada Tuan Irsyad.

Tuan Irsyad hanya tersenyum mendengar soalan Elvira."Sebab saya rasa kamu yang paling sesuai untuk kendalikan kes ini,jika ini dianggap sebagai satu arahan mkungkin agak kasar kerana saya memaksa,tetapi perkara ini adalah sebahagian daripada misi kamu.Kerana ejen lain tidak seperti kamu,Elvira.Saya dapat tafsirkan yang kamu berlainan dengan ejen lain.Dan satu lagi,bukan sebab kamu anak kepada teras TIME,kamu diberi tugas yang berat.Tetapi disebabkan potensi kamu yang lebih tinggi daripada ejen lain yang menyebabkan kamu diberi misi yang berat kerana kamu akan memberi kami harapan yang tinggi."jawab Tuan Irsyad panjang.

Elvira hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda faham.Dia menerima tugas ini dengan hati yang terbuka.

"Jadi bila kamu boleh mulakan misi kamu?"soal Tuan Irsyad lagi.

"Sekarang tuan..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience