Bab 3

Other Series 4621

"Tengku Alisya Tengku Badli..berusia 24 tahun....berasal dari Johor...dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah...status anak angkat??"ucap Elvira sendirian di dalam biliknya.Anak angkat?Biar betul?!Wajah Elvira sudah berkerut memikirkan kes ini.

"Erm tak pe kita skip ke pembunuhan pula.."ujar Elvira lalu meyelak beberapa muka surat.Dia membaca dengan teliti maklumat yang telah diberikan oleh Tuan Irsyad.Kemudian dibandingkan pula dengan maklumat yang En Hairie beri pagi tadi.

"19 Oktober 2012-Mangsa dijumpai dalam sebuah kereta Mini Cooper milik mangsa berhampiran dengan sebuah tasik di sekitar Johor Bahru.Mangsa yang bernama Tengku Alisya Bt Tengku Badli berumur 23 tahun dijumpai oleh penduduk kawasan di situ setelah salah seorang penduduk di situ berasa tidak sedap hati melihat sebuah kereta yang sangat berhampiran dengan tasik tersebut kerana boleh mendatangkan bahaya.Mangsa dikatakan kali terakhir nampak,mangsa keluar rumah untuk berjumpa dengan tunangnya,Tengku Rayqal Iskandar.Pihak polis Forensik telah mengesan pada leher mangsa seperti dijerut oleh seseorang.Juga kelihatan ada kecederaan pada tubuh badannya.

20 Oktober 2012-Pihak Polis telah menahan Tengku Rayqal Iskandar dan direman selama tujuh hari.

27 Oktober 2012-Tengku Rayqal Iskandar dibebaskan dengan jaminan polis kerana tiada bukti yang kukuh mengatakan bahawa dia adalah pembunuh Tengku Alisya Tengku Badli.Pihak Polis berusaha menyiasat kes kematian Tengku Alisya namun masih lagi bukti tidak mencukupi.

5 November 2012-Pihak Polis telah menutup kes dan menganggap mangsa mati mengejut."baca Elvira dengan tekun

"Kejap-kejap,mati mengejut?Kenapa pulak?Mangsa dilihat ada kesan jerutan kot?Apasal mati mengejut pula ni?!"Marah Elvira.Inilah yang paling pelik sekali.Kenapa pihak polis macam ambil mudah tentang kes ni?Padahal kes ni melibatkan pembunuhan.Apa sebenarnya agenda pembunuh tu?!Dan apa yang dilakukan oleh Tengku Alisya sampai dia dibunuh?Hmm..

Elvira menghempas fail laporan dari pihak polis itu.Dia memicit kepalanya yang pening.Kemudian dia mengambil maklumat TIME.Dia membaca maklumat dengan lebih teliti.Nampak perbezaan maklumat antara dua laporan itu.

"Pada 9 Oktober,Tengku Alisya didapati berselisih faham dengan Tengku Iskandar tentang persiapan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 26 November 2012.Pergaduhan tersebut dikesan oleh Nenda Tengku Iskandar,Tengku Faridah.Perkara tersebut membuatkan Tengku Faridah bertambah risau apabila Tengku Iskandar pernah mencuba mencederakan Tengku Alisya.Kemudian,Tengku Alisya meminta masa untuk memikirkan tentang hubungan mereka untuk beberapa hari.Selepas daripada pergaduhan itu,Tengku Alisya tidak lagi berhubung dengan Tengku Iskandar."

Elvira membaca maklumat lebihan itu.Dia terfikir mengapa perkara ini boleh berlaku dalam keluarga kerabat diraja.Tiba-tiba telefon Samsung Notes 7nya berbunyi menandakan ada panggilan.Namun Elvira hanya membiarkan kerana panggilan yang masuk tersebut memaparkan 'private number'.Agak lama juga Elvira membiarkan bunyi panggilan tersebut yang sudah memenuhi ruang biliknya. Teragak-agak dia menjawab panggilan tersebut.

" Hello..?"

"Hello,boleh saya bercakap dengan Elvira?"suara seorang wanita di hujung talian.Elvira sudah mengerutkan wajahnya.Macam mana dia tahu nama aku?

"Ya,saya... boleh saya tahu siapa ni?"soal Elvira.

"Saya,Tengku Faridah."Terbeliak biji mata Elvira.Tengku Faridah?Alamak?!!

"ASSALAMMUALAIKUM,Tengku Faridah.."tegur Elvira.Tepat pukul 5 petang Elvira sampai di tempat seperti yang dijanjikan.Seorang wanita tua sedang duduk berhampiran dengan sebuah kolam kecil sudah berdiri memandang Elvira.Elvira hanya mengukir senyuman kepada Tengku Faridah.

"Waalaikumsalam,kamu Elvira kan?"ujar Tengku Faridah.Dia membalas senyuman.Elvira menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Faridah.Huluran dibalas.Tersentuh hati Tengku Faridah apabila Elvira mencium tangannya ketika bersalam.

"Ya,saya.Saya dah lambat ke Tengku?"soal Elvira sambil melihat jam tangan miliknya.Tepat-tepat pukul lima,aku yang lambat ke atau jam tangan aku yang rosak?

"Tidak,kamu tak lambat.Saya memang sentiasa datang setengah jam lebih awal jika ada sebarang perjumpaan.Silakan duduk.."jawab Tengku Faridah terus mempelawa Elvira untuk duduk berhadapan dengannya.Lega Elvira mendengarnya.Tak pernah dia lewat dalam hadiri janji temu.

"Saya Hani Elvira.Tengku boleh panggil saya Elvira.Jadi,apa yang Tengku nak saya lakukan untuk kes ni?"soal Elvira.Sebagai seorang ejen kita perlu mencapai matlamat client.Itulah tujuan utama penubuhan TIME.

"Saya nak kamu siasat kes pembunuhan Tengku Alisya.Saya mahu kamu cari siapa membunuhnya."ujar Tengku Faridah.Elvira sudah mencatat beberapa perkara penting.

"Sebelum itu Tengku,boleh saya nak tanya soalan?"tanya Elvira.Tengku Faridah hanya menganggukkan kepala.

"Kes ni dah lima tahun berlalu tapi apa yang menyebabkan Tengku ingin saya siasat balik kes ni?"soal Elvira lagi.Tengku Faridah hanya tersenyum."Boleh saya panggil kamu,Hani?"Soal Tengku Faridah.Elvira hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Baiklah Hani,betul kata kamu.Kes ni sudah pun berlalu lima tahun yang lepas,tetapi meskipun sudah berlalu tapi tak mampu untuk kembalikan cucu angkat serta tak mampu kembalikan jiwa cucu saya."ujar Tengku Faridah.Elvira setia mendengar.Tengku Faridah sudah menitiskan air matanya.

"Dulu,saya sentiasa melihat senyuman Iskandar.Namun disebabkan pembunuhan itu,riak wajah Is dah berubah.Tiada lagi senyum tawa Is.Dia bawa diri ke London untuk menenangkan hati.Saya mahu buktikan kepada keluarga Tengku Alisya yang Is tidak bersalah.Untuk apa?Untuk apa Is mahu bunuh Alisya padahal Is benar-benar sayangkan Alisya?"ujar Tengku Faridah lalu menyeka air matanya.Elvira masih lagi setia mendengar.

"Jadi saya berharap sangat Hani dapat menyiasat kes ni.Saya merayu pada Hani.."kata Tengku Faridah sambil menggenggam jari jemari Elvira.Nampak di mata Tengku Faridah mengharapkan pertolongan Elvira.

"Tengku..."

Tengku Faridah memandang wajah Elvira.

"Saya dah anggap Tengku macam nenek saya sendiri walaupun kita baru berkenalan...."ujar Elvira.Tengku Faridah masih menanti kata-kata Elvira."Saya akan cuba siasat seperti yang diminta oleh Tengku."sambung Elvira lagi.Habis sahaja kata-kata,terus dirinya dipeluk oleh Tengku Faridah dengan erat.

"Terima kasih,Hani.Nenda sangat bersyukur Hani dapat membantu Nenda dan bersihkan nama Is.Nenda bersyukur sangat Hani..."ujar Tengku Faridah.

"Tengku...saya.."

"Panggil sahaja Nenda.Nenda mahu Hani menjadi cucu angkat Nenda..."sambung Tengku Faridah selepas pelukan dileraikan.Elvira hanya tersenyum mendengar jawapan Tengku Faridah.

"Nenda..Hani akan bantu sebaik habis.Hani janji..Hani akan bawa berita yang baik untuk Nenda..."jawab Elvira.

Ajaib!Baru lima belas minit berkenalan.Namun apakan daya jika ini yang ditakdirkan oleh Allah.Hubungan Elvira dan Tengku Faridah sudah rapat.Mengapa perkara ini boleh berlaku?Hanya disebabkan keperibadian dan sikap Elvira telah mencuri hati Tengku Faridah.

"Esok,Hani datang ke rumah Nenda dan beri surat ni kepada pengawal.Mereka akan benarkan Hani masuk nanti."ujar Tengku Faridah lalu memberi sepucuk surat kepada Elvira.Huluran disambut.

"Surat apa ni Nenda?"soal Elvira lagi.

"Surat kebenaran untuk Hani memasuki kawasan rumah Nenda.Esok Hani akan bekerja di rumah Nenda sebagai maid.Nenda terpaksa beri pekerjaan ini kepada Hani kerana ini adalah jalan yang paling baik dan mudah untuk Hani menyiasat.Mana tahu ada bahan bukti yang disembunyikan.."jawab Tengku Faridah.

"Maksud Nenda?"soal Elvira lagi.

"Nenda mengagak ada pembunuh dalam kalangan keluarga Nenda."jawab Tengku Faridah.Elvira faham dengan sangkaan Tengku Faridah.Dia langsung tidak terkejut dengan statement Tengku Faridah.Memang lazimnya kes seperti ini,ahli keluarga menjadi suspek utama.

"Baiklah,Nenda.Hani akan datang esok.In sha Allah,jika Allah izinkan..Nenda akan temui jawapan yang Nenda mahu.Nenda berdoalah agar Nenda dapat temui jawapan dengan segera...."ujar Elvira.Tengku Faridah hanya tersenyum mendengar jawapan Elvira.

"Hani minta diri dulu,Nenda.Assalamualaikum.."ujar Elvira lalu mencium tangan Tengku Faridah.Dia berlalu pergi untuk persiapan hari esoknya.

Ya...persiapan untuk menjadi seorang maid...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience