BAB 13

Romance Completed 5131

“Alhamdulillah, sayang. Sayang dah selamat sekarang. Kita dapat anak lelaki.” Suara Johan menampan telingaku, berbisik halus di pendengaran. Aku terjaga saat nama aku dipanggil.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Wajah Johan mengaburi mataku. Ketika itu, Johan sedang leka menatap bayi comel yang ditempatkan di sebuah tempat khas di sebelah aku. Aku menangis kegembiraan melihat permata hatiku itu. Terasa hilang jerih perih ketika melahirkannya sebaik menatap bayiku.

“Anak, mama,” ucapku gembira. Aku memandang Johan sambil tersenyum. Johan lantas mencium lembut pipiku.

“Terima kasih sayang kerana melahirkan zuriat abang. Abang sayang Effa.” Aku menangis semahunya kerana terlalu gembira. Bahagia sungguh hidup aku selepas mendapat cahaya mata. Johan amat berterima kasih kepadaku kerana inilah bukti kasih sayang kami berdua. Kasih kami terus erat dengan kelahiran si comel.

Tergamam aku seketika, Allahuakbar, Subhanallah memuji kebesaran yang Maha Esa. Moga-moga kebahagian kami ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Dalam keriangan ini, aku tidak lupa pada si ‘dia’. Aku sedekahkan Al-Fatihah buatnya di sana. “Dia’ adalah masa laluku insan yang mengisi detik bahagia dalam jurnal hidupku.

Skuat mana rasa cintaku, aku ahrus sedar bahawa aku harus melupakan dia perlahan-lahan kerana aku tidak mahu berkongsi cinta dengan Johan, suamiku. Sesungguhnya, kenangan bersama arwah Taufiq merupakan detik-detik terindah bagiku. Biarlah ‘dia’ tenang di sana kerana aku tahu bayangan semalam akan terus mekar di hati ini sampai bila-bila. Tuhan, izinkan pula aku mencipta detik indah, manis jatuh dan bangun bersama suamiku pula. Bismillahirrahmanirrahim…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience