BAB 12

Romance Completed 5131

“Abang…abang! Perut Effa sakit sangat ni. Abang!” Aku menjerit memanggil Johan apabila perutku tiba-tiba sahaja sakit. Aku cuba menghitung waktu. Kalau tidak salah, rasanya tinggal dua hari lagi aku bersalin. Takkan cepat sangat.

Johan bergegas masuk ke bilik sebaik mendengar jeritanku. Bimbang benar mukanya saat itu. “Kenapa ni, sayang? Nak bersalin ke?” soalnya lagi. Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana perutku terlalu sakit seperti mahu bersalin. Aku hanya memegang perut sebagai isyarat ringkas untuk menjelaskan keadaan aku sekarang.

Johan kelihatan panik melihat aku. Tidak senang duduk dibuatnya. Dia pantas menghubungi ambulans kerana keadaan aku bertambah sarat saat ini. Dalam tempoh beberapa minit kemudian, ambulans sampai sebelum membawa aku ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience