BAB 11

Romance Completed 5131

Setahun kemudian….

Aku mengesat air mata yang masih berbaki di pipi. Lembaran surat yang masih berada dalam simpanan aku letak di atas meja. Sudah hampir setahun arwah Taufiq pergi menghadap Ilahi. Cepat benar masa berlalu meninggalkan kenangan aku bersamanya. Walaupun dia sudah tiada, namun aku tetap menyayanginya sampai ke saat ini. Cintanya terus mekar di hati ini sampai bila-bila.

“Sayang, abang dah balik!” Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara garau sesorang. Pantas aku menoleh ke arah suara itu. Senyumanku melebar takala memandang wajahnya.

“Bila abang balik? Terperanjat Effa tahu tak.” Aku bangkit menuju ke arahnya lalu mencium tangannya. Kemudian, dia mencium dahiku. Setiap hari, begitulah aktiviti wajib yang aku lakukan semenjak Johan sah menjadi suamiku.

“Abang dah lama balik. Effa tu aje yang tak perasan. Asyik berangan saja kerja dia. Ingatkan siapalah agaknya.” Johan melabuhkan punggung di sisiku lalu mencuit nakal hidungku. Aku cuba mengelak tetapi dia semakin galak mengusikku.

“Abang, janganlah ganas sangat. Effa kan tengah mengandung ni. Nanti merajuk baby dalam perut ni baru tahu.” Aku memegang lembut perutku yang sudah sarat sembilan bulan. Hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Mengikut tarikh, lagi seminggu saja lagi.

Johan hanya tersenyum mendengar ucapanku. Kemudian dia merapatkan telinganya ke perutku sambil berkata. “Bila anak papa nak keluar ni. Papa dah tak sabar timang dia. Cepatlah keluar, ya!”

“Abang ni macam-macamlah. Sabarlah sikit. Lagi seminggu aje, kan. Buatnya dia keluar sekarang, apa abang nak buat.” Aku cuba menakutkan Johan dengan memberi andaian yang bukan-bukan.

“Ala, apa yang nak disusahkan. Kalau baby keluar, abang sambutlah sendiri. Tak pasal-pasal dapat title bidan terjun. Hehee…” Johan tergelak-gelak menahan tawa.

“Abang ni suka buat main-main perkara serius macam ni. Cubalah serius sikit. Ini tak, asyik nak gelakkan orang saja.” Aku memuncungkan bibir, tanda protes dengan sikapnya.

“Janganlah marah, sayang. Abang gurau aje tadi. Bukan betul pun.”

Aku tidak mengendahkan kata-kata suamiku itu. Dia memang pandai bergurau. Suka sangat mengusik aku. Sifatnya itu saling tak tumpah macam arwah Taufiq. Perangai mereka hampir sama cuma arwah Taufiq lebih kacak sedikit berbanding Johan. Tidak menyangka, kami berdua akan mendirikan rumahtangga selepas tiga bulan Taufiq pergi. Pada mulanya aku keberatan untuk memenuhi permintaan Johan.

Namun aku terpaksa berbuat begitu kerana menurut Johan itu adalah amanah terakhir dari arwah untuk menyatukan kami berdua sehingga ke jinjang pelamin. Dia berpesan kepada Johan supaya menjaga aku baik-baik selepas dia menghembuskan nafas terakhir. Amanah itu terpaksa aku penuhi demi cintaku kepadanya. Aku bahagia sekarang di sisi Johan. Walaupun hati ini masih sayang pada ‘dia’, namun lama kelamaan aku dapat membiasakan diri.

Cinta aku pada Johan kian berputik setelah melihat sendiri kejujuran yang dipamerkan olehnya. Dia benar-benar ikhlas ingin menyuntingku sebagai suri hidupnya. Aku merelakan hati ini untuk dicintai. Dia berhak mencintai aku kerana dia adalah suamiku. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang insan yang memiliki hati luhur seperti Johan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience