BAB 4

Short Story Series 1046

Lelaki tu berjalan menuju ke laluan tandas lelaki. Mm, nak, tak nak kenalah tunggu dia keluar. Tapi lelaki tu tak masuk pun. Dia sandar di tiang bersebelahan dengan tandas. Kepala ditoleh memandang aku. Aku tak tahu nak bagi respon apa. Badan aku langsung tak boleh gerak. Dia pandang aku dengan muka blur tapi menakutkan. Inilah padahnya bila acah acah jadi heroin. Tangan dia dimasukkan ke dalam poket. Telefon bimbit dikeluarkan. Dengan sekelip mata cahaya putih keluar. Dia tangkap gambar aku ke?!!

Lepas tu, dia main fon. Aku hanya boleh melihat sahaja pergerakkanya. Eii, tak sukanya. Aku berjalan menuju ke arahnya. Iphone miliknya dirampas. Dengan segera aku berlari masuk ke dalam tandas perempuan. Album dibuka. Mak aii, banyaknya gambar aku. Ini dia ambil curi curi ke?!!!

Tanpa berfikir panjang, aku segera delete gambar aku. Haihh, macam mana ni? Aku nak bagi dekat dia ke atau bagi kat pengawas?

Kalau aku bagi pengawas nanti diaorang tanya macam macam. Then, keluarlah macam macam gosip. Kalau aku bagi dia...

Ah lantaklah. Bagi je dekat mamat tu bukanya dia boleh buat apa apa. Dengan langkah berjaga jaga aku melangkah keluar dari tandas tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience