BAB 3

Short Story Series 1046

Roti yang berintikan jagung dikunyah perlahan. Kantin yang hingai bingai dengan gelak tawa dipandang tanpa riak. Dengan langkah malas, aku berjalan menuju ke meja kosong yang paling hujung. Aku hanya menikmati makanan sambil melihat gelagat orang yang berada di kantin. Ada yang gelak kuat macam nak ambil perhatian. Ada yang berlari. Ada yang bergosip. Dan ada yang dating. Ada yang gelak kerana lawak bodoh pak cik kantin yang menjual air. Sedang sibuk memerhati, aku ternampak seorang lelaki memasukkan tangan ke dalam seluar seorang murid. Aku cuba curi curi melihat tingkah laku mamat tu. Senior rasanya. Aku tak nampak tuan punya poket sebab terhalang dengan budak budak yang tengah beratur.

Lelaki itu segera berjalan keluar dari kantin. Ceh, nak larilah tu. Plastik roti yang kosong aku campak ke dalam tong sampah. Air segera diteguk. Tangan dimasukkan ke dalam poket baju kurung. Hmm, nampak macam acah je kan. Aku pun baru sedar yang aku selalu masukkan tangan dalam poket. Mak aku cakap orang yang suka masukkan tangan dalam poket ni, orang yang tak ada keyakinan diri. Lantaklah, ada keyakinan diri ke, takde ke. That's not a problem. Ini cara aku. Kenapa aku nak kena ikut apa yang orang cakap. Aku tak suka orang yang asyik ikut je telunjuk orang. Nampak macam bodoh sangat.

Aku hanya mengikut ke mana sahaja lelaki tersebut pergi. Dia berjalan sambil bersiul. Ustazah aku kata, orang yang suka bersiul ni sebenarnya ikut perangai setan. Sebab setan akan masuk neraka sambil bersiul. Haih, banyak pulak aku punya kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience