BAB 2

Short Story Series 1046

Nadia duduk di sebelah aku. Dia mengeluarkan buku conteng. Hmm, aku rasa perempuan ni menyeramkan...

Ada seorang mamat ni yang dia minat sangat. Aku tak tahu apa yang istimewa sangat mamat tu. Tapi aku rasa mamat tu memang malang. Kau bayangkan setiap hari perempuan ni asyik dok usya dia. Aku dapat rasa yang mamat tu sebenarnya rasa tak selesa. Rilekslah aku pun rasa benda yang sama. Apa apa ajelah. Aku malas nak cerita.

Cikgu Hazwana masuk. Budak kelas aku hanya buat bodoh je. Aku rasa cerita yang orang karang tu semuanya palsu. Cikgu masuk je semua berdiri. Then, ketua kelas bagi salam diikuti dengan budak budak yang lain. Cikgu balas dengan tundukkan dan senyuman. Tapi realitinya cikgu terpaksa jerit supaya semua murid duduk dan diam. Huh, aku harap penulis yang dekat luar tu tolong berhenti menipu. Takdenya budak sekolah yang macam tu zaman sekarang ni..

"Bangun..Selamat sejahtera, Cikgu Hazwana". Adib selaku ketua kelas memberi salam selepas dibebel Cikgu Hazwana sebentar tadi. Murid murid yang lain berdiri. Ada yang mengikut apa yang diucapkan oleh Adib. Ada yang hanya menutup mulut. Aku? Just duduk tak buat apa apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience