ELLAYNA berjalan ke hulur ke hilir. Dia tidak tahu selama ni sahabatnya sendiri telah mewarisikan sebahagian dari hartanya kepada Ellayna. Ellayna hanyalah anak orang yang berada sahaja. Udariyah, anak Dato' Khalid Omar, sememangnya maju dalam bidang keusahawanan.
Arwah juga boleh dikatakan setaraf dengan usahawan yang berjaya. Telah memiliki syarikat sendiri dan empunya rumah agam bak istana. Walaupun kaya dengan wang ringgit dan pujian, Udariyah tetap lebih suka merendah diri dan berkongsi. Itu yang dikagumi Ellayna.
"Thanks Uda...Aku harap kau dapat bersama aku sekarang ni tapi apakah dayanya ajal datang menjemputmu dulu... InsyaAllah kita akan berjumpa jua..." Ellayna melihat-lihat kawasan rumah agam arwah. Ya, dia akui sangat besar dan cantik. Didalamnya lengkap dengab perabot-perabot yang mewah namun masih lagi ukuh.
Kini dia mendekati bilik utama iaitu bilik yang dahulunya milik Uda. Tombol pintu dipulas perlahan. Rasa berdebar pula walhal dah banyak kali dia masuk bilik wanita itu.
Katil bersaiz king ditepuk perlahan. Meja solek yang dahulu di menjadi tempat mereka bermain-main di sapu sedikit habuk. Bilik yang pernah menjadi saksi sayangnya kepada sahabatnya dipadang sepi. Terasa seperti empangan ingin pecah di kelopak mata Ellayna. Dia terlalu rindukan arwah! Dia terlalu sayangkan Uda!
'Kalaulah aku tahu kau sakit.... Aku sempat tolong kau... Uda, I'm so sorry! Maafkan aku Uda!' bisiknya dalam hati yang pilu. Dia tidak boleh maafkan dirinya sedangkan Ellayna tidak bersalah.
Tubuhnya dibaringkan. Bingkai gambar Udariyah di ambil dari meja kecil disebelah katil. Ellayna menatap wajah Uda. Didalam gambar itu adalah wajah Uda dan dia seminggu sebelum arwah dimasukkan ke dalam hospital.
"Demi kau... Aku sanggup jumpa Jihoon untuk kau!" air matanya disekat bagi memberi semangat baru. Dia tidak ingin lemah. Dia perlu terima hakikatnya. Diletakkan kembali bingkai gambar itu. Tubuhnya laju menuju ke tingkat bawah. Buat masa ni dia perlu pulang ke rumah sewanya bagi mengambil barang-barang peribadi. Dah Uda wariskan rumahnya kepada Ellayna. Orang kata rezeki jangan di tolak.
JIHUN mendekati ibunya. Air suam diberikan ke tangan tua itu. Dia tidak ingin sakiti ibunya lagi walaupun dia tahu janji tidak boleh dimungkari. Siapa yang tak pernah langgar janji?
"Jihun dah balik? Kamu kemana nak?" soal orang tua itu. Tubuh itu dipeluk erat Jihun sebelum air mata jantannya mengalir. Dia salah! Dia bersalah! Dia salah kerana memilih jalan yang gelap. Lihatlah sekarang ni bagaimana. Kawannya telah ditangkap polis akibat merompak rumah. Dia terselamat. Sempat pula dia larikan diri.
"Kamu ada apa-apa ke nak cerita dengan ibu? Kenapa mesti memangis?"Suraya mengusap belakang tubuh Jihun. Anaknya sorang ni... Susah ke nak buka mulut?
"Mian hamnida, eomma ..." lembut sahaja bisikan anak terunannya. Cukup didengari di telinganya. Senyuman pahit terukir di bibir. Ubun-ubun anak lelakinya dikucup kasih.
"Ibu maafkan segala kesalahan kamu... Meskipun kamu buat salah, ibu tetap maafkan. Cuma kalau boleh... Nak cari duit biar cari ditempat yang halal serta cara yang halal." Suraya juga membalas pelukan anaknya. Dicurahkan rasa kasih kepada anak tunggalnya. Siapa tak sayang anak woi?
Share this novel