Rate

Bab 3

Fanfiction - KPOP Series 1325

KAKI DIPERCEPATKAN menuju ke arah padang bola sepak. Jihun berlari laju apabila wanita yang dicintainya telah tiba. Dia tidak mahu hubungan ini musnah sebaik sahaja ingin tiba hari perkahwinan yang lagi berapa hari sahaja.

"Hey, Mi Ah." sapa Jihun. Gadis itu sibuk membelek Iphone 7-nya. Langsung tak dipedulikan Jihun di sebelahnya.

Ting!

Jihun mengambil telefonnya. Dia membaca mesej dari kekasihnya. Terkejutnya dia. Dia dah agak ini akan berlaku.

LOVELY
‘Leave me'

Gadis itu pergi meninggalkan Jihun sendirian. Jihun meraup wajahnya. Rambutnya diserabutkan. Kini hanya dia dan ibunya sahaja.

SYAIFUL MENUNGGU kedatangan yang dicintai, Ellayna. Namun bayang Ellayna masih tidak keluar dari rumah sewa dua tingkat itu. Nak call? Nombor Ellayna tiada pula. Takkan dia sudah pindah.

"Nak, kamu tunggu siapa?" soal mak cik jiran sebelah.

"Maaf mengganggu mak cik... Tuan rumah ni pergi mana?" soal Syaiful pula.

"Ada apa kamu nak jumpa dia?" aduh, ini permainan soal menyoal kah?

"Saya ni dari Restoran Halal dekat-dekat sini. Datang nak jumpa dia sebab dia ada minta kerja dengan restoran kami. Tapi, hilang pula..." bohong Syaiful.

"Ooo... Dia dah pindah. Katanya, dekat bandar kot. Mak cik dah pernah pergi rumah dia. Besar nak rumah dia... Rezeki dia lah tu..." Mulalah mak cik bawang tu. Syaiful menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dekat mana tu, mak cik?"

"Em... Mak cik lupalah jalan dia..." mak cik itupun masuk kerumah. Haih, buat penat aku je datang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience