Rate

BAB 1

Fanfiction - KPOP Series 1325

ELLAYNA menghembuskan keluhan kecil. Tangan sahabat karibnya dicium seketika. Ketika itu segala memori bermain difikirannya. Udariyah, sahabatnya sejak darjah 4. Kini menghidap penyakit kanser peparu tahap 4. Hari ini sahabatnya perlu menjalani pembedahan.

"Asal kau tak cakap yang kau ni sakit?Kau tahu tak hidup aku tak lengkap tanpa kau!" air matanya mengalir. Udariyah tersenyum lemah.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Aku sayang kau, miss K-Pop. Aku tak minta lebih pun. Mana tahu tak sempat..."Udariyah ketawa dalam kesakitan.

"Apa kau cakap ni?"Ellayna menepuk perlahan bahu Udariyah. Dia tak sanggup melihat sahabatnya pergi buat selamanya.

"Nanti kalau ada rezeki kirim salam dekat Jihoon,boleh? Mungkin ni gila tapi aku harap kau boleh lakukan. Takpe kalau kau tak boleh lakukan ..." Kini Udariyah harus dipindahkan ke bilik pembedahan. Sudah sampai masanya.

Ellayna berjalan longlai di kawasan hospital. Tidak tahu kemana ingin pergi. Hatinya pilu menahan tangisi.

'Kau tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman... Amin...', doanya. Tepat jam 12.30 tengah hari, sahabatnya Udariyah telah dijemput Ilahi.Dia hanya mampu berdoa sahaja. Ahli keluarga Uda telah hadir menghadap anaknya.

"Nanti kalau ada rezeki kirim salam dekat Jihoon,boleh?..."kata-kata Udariyah terngiang di minda Ellayna. Dia duduk dibangku disediakan.

"Uda...I will"Terus dia pergi dari Hospital Sultanah Aminah.

"SYAIFUL, sudah-sudahlah datang rumah aku...Aku malaslah nak menghadap muka kau!"Ellayna menjerit.

"I tak akan balik selagi you tak jawab soalan I..."Syaiful menghampiri tubuh Ellayna. Wajah kecil dihadapannya ditatap.

"Soalan apa?"Ellayna menepis tangan Syaiful yang degil.

"Will you be my wife?"lamaran Syaiful mengejutkan Ellayna. Hah, dia tiada masa untuk drama-drama ni. Lebih baik dia menghadap drama korealah!

"No... Aku tak nak jadi isteri kau..."terus tubuh Syaiful ditolak kuat. Syaiful beralah. Dia keluar dengan hati yang berat.

"I akan datang balik dan akan buat you jadi isteri I..."langkahnya terus menuju ke keretanya.

"Forever... Aku tetap dengan jawapan aku..."

_______________________

Maaf sekali lagi tentang hal lalu... Jalan cerita akan diubah sedikit dan watak dikekalkan.

Share this novel

Normah Che Dollah
2020-10-29 12:52:16 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience