BAB 7

Romance Completed 19232

Rasa sebak hadir saat mendengar suara azan Raya pada pagi raya ini. Orang pertama yang aku ingin jumpa adalah Aryan. Tapi aku tahu tahu dia di mana dan adakah dia dalam keadaan sihat.

Ibu.. ayah… selamat hari raya Natrah ucapkan. Semoga roh kalian di cucuri rahmat.

Selepas balik daripada menziarahi kubur orang tuaku. Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ju dan Hafiz. Mereka berdua telah banyak membantu aku dalam pencarian Aryan.

Tapi kini tidak lagi kerana aku sudah tahu apa punca yang menyebabkan Aryan menghilang dengan tiba-tiba.

Selepas itu aku terus balik ke rumah mertuaku. Afiq kelihatan sangat ceria pagi itu. Aku yang sedih berubah ceria dengan perlahan gara-gara Afiq. Terima kasih anakku.

“ mama..mama..bawalah kuih raya ke depan.” Ujar Afiq dengan senyuman cerianya.

“ ya sayang. Nanti mama bawa.” Aku bawa apa yang patut ke hadapan.

Kak Ita dan keluarganya telah pun keluar untuk menziarahi kawan. Mak berada di rumah sebelah. Sekarang tinggal aku dan Afiq sajalah. Ya Allah aku rasa sunyi tanpa abang Aryan. Berilah aku kesempatan untuk berjumpa dengannya. Sungguh aku sangat merinduinya.

Akan adakah keajaiban itu? Aku pun tak tahu. Aku rasa raya tahun ini tidak bermakna bagiku tanpa suami di sisi.

Kelopak mataku mula berkaca. Aku tak boleh begini. Kalau Afiq Nampak pasti dia sedih. Pantas aku meraup muka dan menyeka air mata di hujung tubir mata. Aku cuba ukirkan senyuman yang paling manis buat Afiq.

“ Assalamualaikum…” aku tersentak. Pergerakan ku untuk ke dapur bersama Afiq tergendala.

“ waalaikumussalam…” jawabku lalu menoleh ke arah pintu.

“ sayang…” aku terkedu. Air mataku tak semena-mena mangalir keluar.

“ papa!!” Afiq sudah pun berlari mendapatkan papanya.

“ a..abang. a.. abang kah itu?” soalku tersekat-sekat dengan suara yang serak.

“ ya sayang. Abang ni. Papa Afiq.” Aku mengucap syukur di hati. terima kasih Ya Allah kerana aku dapat bertemu kembali dengan suamiku.

Pantas aku mendapatkan Aryan dan memeluknya. Afiq yang berada dalam dukungan Aryan turut ku peluk.

“ abang.. Natrah rindukan abang sangat-sangat.” Luahku dalam tangisan.
Pelukan di leraikan. Air mataku di sekanya. Sudah lama aku tidak berasa perasaan begini.

“ abang pun. Maafkan abang kerana baru balik.” Aku menggeleng.

“ Natrah tak salahkan abang. Sekarang Natrah rasa gembira sangat-sangat. Abang dah sembuh kan?” soalku sambil menatap wajah yang amat aku rindui selama ini.

“ Alhamdulilah sayang. Atas berkat usaha dan doa orang ramai. Abang sembuh.” Aku tersenyum.

“ anak papa ni kenapa? Diam je..” pandangan kami berdua teralih pula kepada putera kami.

“ yalah.. dari tadi papa dan mama tak habis-habis asyik duk cakap je. Mana Afiq ada peluang nak cakap.”

Ketawa kami berdua meletus. Pantas Aryan membawanya dalam dukungan.

“ maafkan papa. Nakal ye anak papa ni..” hidungya di cuit.

Aku hanya mampu tersenyum akan telatah mereka berdua. Betapa aku sebenarnya terlalu merindukan suasana sebegini dan dengan izin dan keajaiban dariNya aku dapat melihat kebahagiaan ini sekali lagi. Semoga jalinan kasih ini akan sentiasa terjalin hingga ke syurga MU Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience