BAB 4

Romance Completed 19232

Kini aku sedang berada di Mall untuk mencari barang keperluan raya untuk Afiq. Waktu malam menjadi pilihanku kerana aku tidak sibuk. Afiq pun lebih senang memilih.

“ mama..mama.. tahun ni kita pakai baju warna hijau ya. Nanti masa papa balik.. pasti papa suka. Kan papa suka warna hijau. Ye mama?” aku tergamam saat mendengar kata-kata Afiq.

“ ikut suka Afiqlah. Yang penting Afiq suka. Ya sayang..”

Aku melihat baju melayu yang berada di hadapan mataku ketika ini. Rasa sebak kembali menular di hati. Aku bagaikan melihat Aryan sedang memakai baju melayu yang berwarna hijau ini. Rasa sedih aku tidak mampu bertahan lagi saat melihat sebuah keluarga yang turut menggayakan baju mereka.

Ya Allah tabahkan hati ku untuk menempuhi semua ini. Aku tahu aku terlalu lemah tapi kuatkan aku untuk tempuhi semua ini bersama anakku.
“ mama.. jangan nangis.” Suara Afiq buat aku tersedar. Aku tersenyum.

“ taklah sayang. Mana ada mama menangis.”

“ tapi mata mama merah.” Aku terus cuba ukir senyuman.

“ betul mama tak nangis. Mata mama masuk habuk lah. Pergilah Afiq tengok baju yang Afiq suka. Mama belanja.”

“ okey..”

Mujur ada Afiq saat hati aku sedih dan tak kuat tempuhi semua ini.
Tiba-tiba bahuku di cuit. Aku menoleh ke belakang.

“ awak Natrah kan?” soal seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali.
“ erk… ya..” dia tersenyum.

“ saya F arid. Kawan suami awak Aryan.” Aku tersentak.
“ awak kenal suami saya jadi awak mesti tahu suami saya ada di mana kan?” soalku penuh mengharap.

Kerutan di dahinya kembali meruntuhkan harapanku.
“ kenapa dengan Aryan.setahu saya dua bulan lepas saya jumpa dia, dia okey je.”
Ternyata Farid ni pun tak tahu.

“ panjang ceritanya Farid.” Aku menoleh melihat Afiq yang tekun memilih pakaian yang dia suka.

“ tak apa. Awak ceritakan kepada saya. Jom kita pergi minum. Sambil itu awak boleh ceritakan kepada saya.” Aku menilik jam.

“ okeylah. Kejap saya nak panggil anak saya.”

Aku mengorak langkah ke arah Afiq.

“ sayang.. jom kita pergi makan dulu. Nanti kita datang balik.” Pujukku.

“ okey mama..” aku tersenyum dan memimpinya keluar dari kedai.

“ JADI awak tak tahu suami awak ke mana selama dua bulan lebih ini?” aku hanya mengangguk.

“ sebelum dia pergi kerja masa tu. Ada tak dia pesan atau berkelakuan aneh terhadap awak?”

“ tak de pula. Tapi apa yang saya ingat, dia pesan kepada saya supaya jaga Afiq sebaik mungkin sepanjang dia tiada di rumah. Dan masa tu layanan dia amat berlainan daripada sebelumnya.”

Dan masa tu Aryan memberi kucupan di dahiku begitu lama. Ya Allah apa yang sebenarnya telah terjadi kepada suamiku.

“ saya Cuma ambil tak kisah pada mulanya sebab saya ingat dia hanya tunjukkan kasih sayang. Tapi selepas itu, dia tidak balik-balik dan telefon pun tak. Saya telefon pun langsung tak dapat. Laporan sudah di buat. Pihak polis pun masih belum menemuinya.” Jelasku.

“ mungkin masa itu dia dah tahu yang dia takkan dapat balik ke rumah. Awak ada perasan atau ada tak dia buat kerja yang bagi awak pelik. Ada?”
Aku berfikir sejenak.

“ tak pula. Erk… kali terakhir awak jumpa dia di mana?”

“ masa tu saya jumpa dia di Mall. Keadaan dia masa tu kelihatan ceria. Saya Tanya dia kenapa. Dia kata nak bagi surprise untuk keluarga dia. Jadi saya tak ambil tahu dengan lebih lah.”

“ masa tu awak ingat tak bila? Tarikh?” soalku penuh mengharap.

“ seingat saya masa tu… erk… awal bulan 5. Ya..” aku tersentak.

Sama ada 1 atau 2 hari bulan. Dua tarikh tu adalah tarikh yang paling bermakna buat kami berdua. Aryan pergi masa tu dalam 5 haribulan. Dah berlalu dah hari penting kami. Jadi apa masalahnya ni?

“ awak boleh tolong saya kan? Tolong carikan Aryan. Kami berdua sangat merinduinya. Kami harap pada Syawal nanti dia akan berada bersama kami. Tolong ya?” pimtaku lalu melihat Afiq yang sudah terbaring di pahaku.

“ insya-Allah. Saya akan usahakan. Awak jangan risaulah. Saya yakin yang dia berada dalam keadaan yang baik-baik saja.” Aku Cuma tersenyum.
Mudah-mudahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience