BAB 5

Romance Completed 19232

Keriuhan Afiq bersama sepupunya masih tidak mampu untuk buat aku rasa lebih tenang. Suamiku masih belum pulang. Lagi dua hari menjelang raya. Tapi sebarang berita daripada Aryan langsung tidak aku dapat.

Adakah dia benar-benar sudah lupakan kami berdua? Adakah dia memang sudah pergi tinggalkan kami. YA ALLAH bantulah hamba. Berilah hamba petunjuk-Mu.

“ Natrah…” aku menoleh ke kiri.

“ ya mak…”

“ kamu menungkan apa tu?” soal ibu mertuaku. Keluarga mereka sendiri pun tak tahu di mana Aryan berada sekarang.

“ tak ada apa-apalah.”nafiku lalu tersenyum.

“ mak tahu kamu rindukan Aryan.” Aku tersentap tapi masih tersenyum. Aku melihat keletah Afiq dan anak buahku yang lain. Sangat meriah. Kan bagus kalau aku pun dapat jadi macam tu.

“ sabarlah Natrah. Mak yakin yang Aryan akan balik juga raya ni. Sabar ya sayang. Allah sedang menguji kamu tu.” Aku hanya mampu tersenyum.

“ terima kasih mak. Mak sajalah tempat saya mengadu selain abang Aryan.” Ucapku.

“ tak ada apalah. Lagipun kamu sudah mak anggap seperti anak mak sendiri. Sudahlah tu. Pergilah main sekali dengan anak kamu tu. Seronok sangat mak tengok tu. Mak pergi dapur dulu.”

Aku tersenyum dan terus-terusan melihat keletah Afiq.

Abang.. anak abang ni semakin membesar. Dah makin matang pun dia. Abang tak teringin ke tengok anak abang yang hensem ni…
“ Natrah…” aku menoleh ke belakang.

“ ya kak Ita..” Kak Ita atau Jesnita merupakan kakak ipar aku.

“ kakak ada perkara sikit nak beritahu kamu ni.” Kak Ita mengambil tempat di sebelahku.

“ nah…” aku mengerutkan dahi melihat surat yang di hulurkan kak Ita.

“ surat apa ni kak?” soalku langsung mengambil huluran surat itu.

“ kamu baca dulu baru kamu tahu. Kakak juga nak minta maaf kerana tidak beri surat ini lebih awal. Kakak masuk dulu.”

Langkah kak Ita di biarkan sepi. Surat yang berada di genggaman ketika ini amat kun anti-nanti untuk di buka. Tapi bersediakah aku? Hati aku mengatakan yang surat ini daripada Aryan. Ya Allah kuatkan hati aku.
Dengan perlahan ku membuka kepingan surat itu.

Salam sayang buat isteriku yang tersayang Natrah…

Abang minta maaf jika pemergian abang selama ini buat Natrah dan Afiq sedih. Abang minta maaf sangat-sangat kerana tinggalkan kalian. Abang tahu abang salah tapi abang terpaksa sayang. Abang pasti semasa Natrah membaca surat ini abang sudah lama pergi.

Natrah..

Sebenarnya abang terpaksa tinggalkan kalian berdua atas sebab. Kalau boleh abang pilih. Abang ingin bersama dengan keluarga kita. Bersama Afiq. Tapi kesihatan abang lebih penting jika inginkan keluarga bahagia.

Abang minta maaf kerana abang tidak beritahu rahsia ini terlebih awal. Abang tak sanggup. Maafkan abang sangat- sangat. Sebenarnya abang sedang menghidap penyakit kanser hati tahap 3.

Sudah 2 bulan lebih abang hidapi penyakit ini. Tapi sengaja abang tak beritahu seba tak nak Natrah risau.
Maafkan abang sekali lagi. Abang akan usaha untuk sembuhkan penyakit abang ni dan sedang menunggu penderma yang sesuai. Abang juga tidak beritahu Natrah kerana abang tak nak Natrah berkorban untuk abang. Abang tak nak kerana Natrah sudah banyak berkorban untuk abang. Abang tak mahu tambahkan lagi rasa bersalah di hati kita berdua.

Insya-Allah kalau ajal abang masih panjang. Hari Raya ini kita akan bertemu sayang. Tapi kalau tidak harap maafkan abang ya sayang. Sesungguhnya abang tidak meminta semua ini terjadi. Abang juga doakan semoga Afiq dapat menjadi insan yang Berjaya dan dapat menjaga mamanya. Kirim salam sayang abang kepada Afiq.

Abang rasa sampai disini saja. Abang harap Natrah dapat harungi semua ini dengan tabah. Terima kasih juga kerana telah buat hidup abang lebih bermakna dengan hadirnya kalian berdua. Akhir kata selamat hari raya ya sayang. Beritahu juga Afiq yang abang tidak akan lupakan dia.

Yang ikhlas suamimu Aryan..

Surat itu ku peluk erat. Air mataku laju turun tanpa henti. Sungguh aku langsung tidak duga semua ini akan terjadi kepada Aryan. Ya Allah aku memohon pada-Mu sangat-sangat. Sembuhkanlah suamiku yang sedang berperang dengan penyakitnya itu.

Aku sangat meminta pada-Mu. Sekurang-kurangnya berilah aku dan Afiq untuk bertemunya buat kali terakhir pada hari raya ini. Sesungguhnya aku belum bersedia dengan semua ini.
Ya Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience