/Seven\

Fantasy Completed 9296

Sudah 5 bulan kandunganku, dan selama itu Loco tidak pulang ke rumah. Dia betul-betul merajuk hati dengan aku. Semenjak dia tiada di rumah ini, macam-macam yang berlaku di perkampungan ini. Sejak-sejak ini ada sekumpulan puak serigala datang menyerang kampung ini dan memakan manusia dengan tanpa ada perasaan. Hampir 200 orang mati disebabkan menjadi mangsa serigala jahat. Serigala yang baik ada yang membantu tetapi tidak sekuat serigala jahat.

"Mea, we need to go far from here for your and baby safety." Sayu suara Lezo memberitahu aku. Rash yang sedang termenung jauh hanya memandang aku dan Lezo.

“Where we want to go?" tanya aku.

"The place more safety for you and our baby." lama Lezo mengucup dahiku. Aku turut merasai kesedihan yang dirasai oleh Lezo dan Rash. Loco entah menghilang ke mana tak tahu nak balik. Sampai hati dia. Cinta tak boleh dipaksakan? kenapa tak boleh move on je? Aku hanya mengeluh dan bersetuju untuk pergi jauh dari sini demi baby aku. Perut aku tidaklah terlalu besar walaupun kandungku hampir mencecah 6 bulan. Aku berjanji akan lindungi anak aku ini sampai akhir hayat aku.

Tapi, sudah lama aku mahu ajukan soalan ini kepada Rash dan Lezo. Kenapa Rash dan Loco mempunyai gigi taring tajam dan anak mata mereka berwarna merah manakala Lezo anak matanya berwarna keperangan dan bergigi tajam juga. Dan aku hanya beranak mata hitam dan gigi biasa-biasa seperti manusia lain.

Tapi soalan aku masih tidak boleh disoalkan kerana dalam keadaan yang tidak sesuai untuk bertanya. Malam itu aku, Lezo dan Rash keluar daripada rumah dan meninggalkan kampung itu. Suasana yang gelap sunyi sepi membuatkan aku rasa kurang selesa dan agak menakutkan. Aku dipimpin oleh Lezo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience