/Ten\

Fantasy Completed 9296

Akhirnya, setelah 9 bulan 10 hari aku kandungkan anak Lezo, aku selamatkan melahirkan bayi kembar perempuan bernama Meaala Larenza dan Meaaka Lorenza. Nama diberi oleh bapa kandung mereka. Aku lahir tepat jam 12 tengah malam ketika bulan mengambang terang cantik.

Aku harus berpantang selama 3 minggu. Pertama kali aku menyusukan anakku sendiri. Lezo mempunyai panggilan khas untuk anak-anak perempuannya ini. Si kakak, Laey dan Lonz. Supaya untuk mengelakkan kekeliruan kerana mereka kembar seiras.

Sebenarnya, baru sekarang Lezo mahu berterus terang dengan aku. Dia adalah salah satu puak serigala keturunan Riville. Serigala jadian yang lebih kepada keturunan kebaikan. Keturunan ini hampir pupus. Kemungkinan yang mewarisi adalah Laey dan Lonz. Tapi mereka separuh manusia dan separuh serigala. Aku sangat bersyukur ditemukan oleh keluarga serigala yang baik terutama Lezo. Sangat baik menjaga aku dan anak-anak.

Malam itu, malam yang 14 hari aku pantang. Aku tidak boleh dengan nyenyak walaupun si kembar sudah pun tidur dan juga bapanya sudah tidur. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan demi tembakan di tingkat bawah. Segera aku mengejutkan Lezo dan aku mengendong kedua-duanya. aku tak mahu kehilangan mereka.

"Sayang, duduk kat dalam pondok atas ni." Segera aku menuruti arahan Lezo. Sampai sahaja aku di tingkat atas. Aku terdengar bunyi tembakan bertalu-talu.

Adakah Lezo ditembak? adakah dia akan mati? adakah dia akan meninggalkan aku? tiba-tiba seseorang menarik aku daripada belakang dan merampas Lonz. Aku tak sempat untuk memegang erat Lonz.

Dia cuba untuk merebut Laey daripada aku tetapi aku menghalangnya sehinggakan dia mencederakan menggunakan pisau. Lonz terjatuh daripada pangkuan si dia. Aku tidak nampak siapakah kelibat yang cuba merampas anak aku. Laey masih kuat dalam pangkuan, aku cuba untuk mengambil Lonz tetapi ditikam pada perutku.

Aku rebah. Laey mula menangis kuat. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu bunyi yang sangat bingit sehinggakan kami tidak dapat menahannya. Si dia sempat membawa Lonz lari dari situ. Aku yang dalam keadaan cedera mengejar si penculik Lonz. Hati aku menangis kuat. Aku tidak mahu kehilangan Lonz. Semakin lama pandanganku semakin kabur dan aku jatuh akhirnya tidak sempat menyelamatkan Lonz daripada orang jahat itu. Aku memeluk Laey kuat. Aku terdengar bunyi sayupan suara lelaki adakah Lezo?

"Sayang..." panggil Lezo lalu dia memangku Laey yang sedang melalak kuat.

“Lonz... Lonz..." mulutku hanya mampu menyebut nama anakku yang sudah diambil oleh penculik itu.

"Sayang jangan tinggalkan abang dan Laey." merayu Lezo. Dia menggengam erat tanganku. Keadaanku dalam separuh sedar. Aku terasa badanku dicempung oleh Lezo dan dari situ mataku mula terpadam. Dan..... Aku tidak sedari apa yang sudah berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience