Completed
9296
Hari sudah kesiangan. Tekak sudah kehausan dan perut sudah kelaparan. Lezo memberi aku sekeping roti dan seteguk air untuk dibuat alas tenaga sementara. Katanya lagi beberapa kilometer untuk sampai ke pusat bandar California. Kenapa baru sekarang mereka nak bawak aku ke sana? sudah sekian lama terperuk di dalam hutan tu. Baru nak bawa dengan keadaan aku yang sarat macam ni. Memang aku tengah merungut cuma malas nak tunjukkan.
"Lagi sejam kita akan sampai. Minta-minta ada kenderaan lalu di jalan itu dan boleh kita tumpangkan." kata Lezo. Aku dan Rash hanya mengangguk. Harini baby baik sahaja dalam perut tidak meragam. Aku tersenyum.
Sejam kemudian, kami akhirnya sampai di tepi jalan dan hanya menunggu kenderaan datang untuk minta ditumpangkan sehingga ke pusat bandar.
"Sabar ya sayang, kita akan selamat dan akan jumpa tempat tinggal yang baru dan lagi baik." Lezo mengusap-usap perutku. Aku tersenyum.
Tiba-tiba kami diserang oleh sekumpulan puak jahat. Aku tak pasti puak apa sebab pakaian mereka semua serba hitam legam.
“Let us take her." kata salah seorang daripada mereka. Lezo menarik aku lindung dibelakang tubuh tegapnya itu. Rash juga berdiri disebelahnya
"Never!" marah Rash.
“You are a vampire, Rashela! I'm your father and that is your mother. you should respect us." tengking lelaki itu.
“I never become your daughter since you do that makes me hate you both." marah Rash. Apa maksud disemua rahsia ini? aku keliru. Rash ada mak ayah? kenapa sekarang baru aku tahu?
"You become threaten Rashela!" Rash hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Now, you want to kill me just like you both kill your own son infront of me?" jerit Rash.
“Shut up!" balas lelaki itu. Tiba-tiba ada sebuah kereta lalu dan cepat-cepat Lezo menahan kereta tersebut. Belum sempat Lezo mahu menarik aku masuk kedalam kereta tersebut. Serentak dua das peluru menembusi bahu Lezo dan beberapa das tembakan menembusi dada Rash. Aku menjerit sekuat hati aku. Aku menangis. Mereka bunuh Rash...
Share this novel