Rate

BAB 4

Romance Completed 561

“Nyonya, Dinesh saksi kejadian pagi tadi, memang saya tak sengaja,”Razali memohon simpati daripada Nyonya sambil Dinesh menjadi saksi utamanya. “Saya harap Nyonya terima maaf saya,” pinta Razali.

“Nyonya, memang betul, abang Razali tak sengaja, ketika itu kami sedang berbual-bual dan tak sangka anak kucing itu tiba-tiba saja berlari menyeberangi jalan,” Dinesh menyokong kenyataan Razali.“Razali, memang saya sedih apabila dapat tahu kamu dah langgar anak kucing saya. Tetapi pengakuan ikhlas kamu dan Aisyah datang ke rumah Nyonya, amat Nyonya hargai. Tak apa, Nyonya terima dengan hati terbuka.
Kita ini hidup berjiran dah lama. Jangan kerana hal remeh temeh kita nak bergaduh sesama manusia,” pemilik rumah kucing itu bersikap tenang sahaja.“Terima kasih Nyonya, saya harap Nyonya dapat terima kucing ini sebagai gantinya,” pujuk Razali.

“Razali, Aisyah... kamu berdua suami isteri memang baik. Saya doa kepada Tuhan semoga kamu dapat anak juga suatu hari nanti,” Nyonya menyambut anak kucing barunya dengan senang hati.Kekesalannya semenjak pagi tadi sudah berbalas. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nyonya. Sesal itu tidak pernah padam begitu sahaja.Semenjak hari itu, dia semakin berhati-hati. Walaupun hanya seekor anak kucing tetapi sebagai makhluk Allah S.W.T. dia sewajarnya bertanggungjawab.Jangan mudah ambil enteng dengan hal seperti itu.Bumi ini sentiasa berputar. Tidak pernah terhenti sebelum tiba masanya.
Suatu pagi, selepas peristiwa itu, Razali terasa tubuhnya tidak sihat.Dia pening-pening lalat namun begitu, tetap digagahinya jua untuk menunaikan solat Subuh. Selepas bersarapan bersama isteri tersayang,pastinya dia menjalankan tanggungjawab paling utama iaitu membawa bas sekolah.

“Abang, Aisyah ada sesuatu nak beritahu abang,” Aisyah memandang suaminya dengan sepenuh kasih sayang. “Allah S.W.T. dah kurniakan kita rezeki sekali lagi,” Aisyah tersenyum memandang suaminya.“Maksud Aisyah?” tanya Razali berdebar-debar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience