Rate

BAB 3

Romance Completed 561

Si Comot bergegas lari mendapatkan tempat yang lebih selesa di rumah pelindungan tersebut.Dia memanggil-manggil nama Putih, anak kucing belaannya yang berekor panjang itu.Dia mengerling ke jalan utama dan terus sahaja dia menjerit kecil...
************
Petang itu, ketika rintik hujan masih lagi belum reda.“Mustahil tak nampak?” tanya isterinya.“Pagi tadi kan hujan renyai-renyai,” dia terdiam seketika.“Langsung abang tak nampak jalan,” ikhlas jawapan itu diluahkan.“Tak apa, nanti kita pergi saja ke rumah dia. Abang minta maaf, benda tak disengajakan,” isterinya membalas lembut, menenangkan hati suami.

“Tapi abang betul-betul tak sampai hati, abang tengok sendiri dengan mata kasar. Malahan budak-budak dalam bas pun nampak kejadian itu.Malu dibuatnya, menggigil kepala lutut abang nak memandu bas tengok benda itu menggeletik di atas jalan,” sesalnya seolah-olah tidak berkesudahan.“Kemudian?” soal isterinya lagi.Razali memandang isterinya sekilas. Wajahnya sayu ditundukkan sahaja.Dia tidak berselera untuk menjamah makanan yang dimasak oleh Aisyah.
Ikan pari masak pedas kegemarannya dilihat seolah-olah darah pekat yang sedang mengalir. Tekaknya terasa loya. Memang benar dia tidak sengaja.
Dia tidak nampak. Lagipun matanya asyik memandang ke kiri kanan jalan.Melihat-lihat seandainya ada pelajar yang tertinggal bas.Dia berasa serba salah yang teramat sangat kepada pemilik rumah kebajikan tersebut. Petang itu, dia bersama Aisyah mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dia memang mengakui kesalahan yang dilakukan tetapi benar dia tidak sengaja.“Selamat petang Nyonya, tengah buat apa?” tegur isterinya terlebih dahulu.“Wah, selamat petang... banyaknya senyum, nak beli kucing ke, saya tak ada jual,” jawab Nyonya tua itu.

“Tak ada apa-apalah Nyonya, tetapi saya ada bawakan Nyonya kucing baru,”Aisyah memulakan mukadimah.

Aisyah mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan itu dengan cara yang paling baik dan berhemah. Walaupun ia hanyalah hal remeh temeh lebih-lebih lagi dalam kehidupan bermasyarakat hari ini tetapi tidak bagi keluarga. Hidup ini ada peraturannya. Hidup ini ada santunnya.Hidup ini ada tujuannya.“Kita ini tinggal setaman Aisyah, awak dengan saya bukan setahun dua kenal. Awak terus terang saja dengan Nyonya, kenapa awak datang ke rumah Nyonya?” Nyonya itu memandang Aisyah dengan wajah sayu seolah-olah sudah mengerti hajat sebenar suami isteri itu bertandang ke rumahnya.

“Nyonya, Razali tak sengaja. Dia tak nampak anak kucing itu melintas di atas jalan. Masa itu waktu pagi, Razali nak ambil budak sekolah,” jelas Aisyah berterus-terang. “Razali segan dengan Nyonya, dia minta tolong saya beritahu hal sebenar. Kucing yang saya bawa ini, Razali beli baru untuk digantikan dengan kucing Nyonya yang terlanggar itu,” Aisyah cuba berdiplomasi, memujuk hati orang tua itu.Rajuk orang tua, memang lain recamnya. Boleh mengalahkan orang mudaberpacaran.Boleh mengalahkan anak kecil yang tidak dapat akan sesuatu.
Aisyah mencuba lagi. Razali masih berdiri di tepi kereta. Tidak mampu memandang wajah jirannya itu. Rasa kesal amat menebal dalam hatinya.Akhirnya, dia mengalah, keegoan sebagai lelaki dilunturkan jua.“Nyonya, saya minta maaf. Saya betul-betul tak nampak kucing itu.Saya tak sengaja Nyonya. Kalau saya nampak, saya tak akan langgar. Saksi saya Dinesh, dia duduk di belakang tempat duduk saya,” jelas Razali dengan sejujurnya. “Eh, itu pun Dinesh,” tunjuk Razali sambil memanggil Dinesh.
“Ya abang,” Dinesh tersenyum kecil sambil menghulurkan tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience