BAB 7

Horror & Thriller Completed 4275

Aku terjaga dari lena.Badanku terasa lemah dan sakit-sakit.Aku pandang kedua-dua belah tanganku.Terdapat banyak kesan lebam dan ternyata amat sakit sekali.Teringat lagi akan peristiwa lewat pagi tadi.Aku sedar dari rasukkan pada jam 4 pagi.Sejurus selepas sedar dari rasukkan itu aku ternampak sesusuk tubuh di luar pintu berpakaian serba putih berambut panjang dan ,memerhatikanku dengan pandangan mata yang amat tajam.

Khairil telah pun meminta maaf denganku dan keluargaku kerana gangguan yang ku alami itu sememangnya datang darinya.Khairil menceritakan kembali yang mana dulu dia suka benar bermain permainan yang diberi nama Spirit Of The Coin iaitu sebuah permainan memuja roh yang telah meninggal dunia untuk datang ke dalam permainan .Khairil menceritakan lagi,akibat daripada nafsunya yang membuak-buak dia telah meminta untuk mengahwini Pontianak yang dipujanya itu.Setiap malam mereka akan berasmara melalui mimpi.Namun Khairil merasakan badannya semakin lemah dan kian lemah hari demi hari.Khairil sudah mulai menyesali akan perbuatannya semenjak merasakan kesihatannya terganggu tambahan lagi dia sudah temui cintanya iaitu aku.Jadi dia berjanji mahu meninggalkan segala perbuatan terkutuknya itu.

Namun amat sukar untuk dia berubat dan ‘membuangnya’ kerana Pontianak itu sendiri telah jatuh cinta padanya.Rawatan yang diterimanya tidak mendatangkan kesan malah Khairil kerap kali diganggunya bukan sahaja dalam mimpi tapi ketika sedar juga.Pontianak itu memarahinya kerana tidak berlaku setia padanya dan cuba mahu melarikan diri darinya.

************************

2 bulan berlalu setelah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional ,Khairil semakin sembuh daripada gangguan Pontianak itu. Aku juga tidak lagi diganggu ..dan kini aku akan lebih berhati-hati terhadap gangguan makhluk-makhluk halus lebih-lebih lagi ketika bendera jepun datang (PMS).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience