BAB 5

Horror & Thriller Completed 4275

Abangku,Faiz tiba-tiba keluar membawa secawan air.Selepas Khairil membacakan beberapa potong ayat pada air didalam gelas itu,lantas dihulurkan kepadaku untuk aku minum,aku kembali sedarkan diri.Khairil kemudian memapahku untuk keluar dari kereta .Dia menyuruhku supaya lekas-lekas masuk kedalam rumah namun aku degil.Aku ingin juga berdiri di depan pintu gate untuk menghantarnya pulang.Aku dapat melihat anak mata Khairil seperti memerhatikan sesuatu yang sedang berlari laju menuju kearah atas bukit berdekatan rumahku.Aku pelik melihat gelagatnya.

Kemudian aku merasakan seperti ada angin kuat menerpa tubuhku buat kesekian kalinya.Khairil kembali mendapatkan aku . Dia memapahku masuk ke dalam rumah.
Khairil membawaku menuju kearah sofa .Aku duduk.Namun aku bagai merasa sesuatu yang aneh.Aku hilang kawalan.Barang-barang yang berada di sisi sofa aku lemparkan sahaja.Khairil cuba menenangkan aku namun aku sepak badannya.Aku sendiri tidak pasti dari mana aku peroleh kekuatan seperti itu.Terasa seperti segala pergerakanku bukan atas kerelaanku.Seperti separuh daripadanya telah dikuasai oleh ‘orang’ lain.

Aku seperti ingin menjerit sekuat hati.seperti ingin ketawa dan mengilai,dalam masa yang sama aku ingin menangis.Namun aku cuba tutup mulutku menggunakan bantal kecil di sofa agar jeritannku tidak didengari oleh ibu mahupun jiran-jiranku.Bagaikan ada kecelaruan identiti.Mungkin ‘benda’ itu sedang cuba menguasai diriku namun belum sepenuhnya.

Aku seperti dapat merasakan ‘benda’ itu sudah hampir berjaya menguasai badanku .Aku cuba pegang pipiku ,terasa kebas.Aku tampar-tampar pipiku.Pipiku seperti tiada.Segala pergerakkan badanku kini telah dikawal oleh’nya’.Aku sedar segala apa yang sedang berlaku,namun aku tidak bisa berbuat apa-apa.Aku hanya mampu menangis sahaja.Oleh sebab itulah kelihatan terkadang aku ketawa,mengilai kemudian menangis.Yang sedang menangis itu adalah diri aku sendiri.

Abangku,Faiz cuba membaca beberapa potong ayat daripada Surah Yassin .Namun aku menjawab aku tidak takut mendengarnya kerana aku seorang Islam.Aku tidak tahu kenapa aku memandang teman lelakiku,Khairil dengan pandangan yang amat sinis dan benci sekali.Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Aku turut memaki-makinya .Tidak kurang juga apabila dia mendekatiku aku,aku akan memukul dan menyepak-nyepaknya.

“ sayang.. kau ni handsome lah.Handsome sangat-sangat.Marilah dengan aku.Kita kembali macam dulu ye ”.Aku bercakap dengan Khairil dengan nada seperti ingin menggoda sambil mengusap-usap manja pipi Khairil.Namun Khairil membalas dengan renungan yang amat tajam seperti amat membenciku.Aku kemudiannya merasa amat marah sekali padanya.Lantas aku lemparkan barang-barang yang berada di sisiku.Aku memukul dan menyepaknya dengan begitu kuat sekali.Seperti ada kekuatan baru aku memukul dan menyepaknya sambil diiringi hilai tawa yang memang serupa benar dengan hilang tawa PONTIANAK !!

Ibuku yang terdengar hilai tawa yang amat kuat terjaga daripada tidur.Ibu keluar lantas memarahiku kerana membuat bising.Yalah jam di dinding sudah menunjukkan 12.30 am.

“Kau siapa?? Diam !! jangan kacau urusan aku.”Aku tolak ibuku hingga jatuh tersungkur.Ibu terkejut melihat wajahku yang sudahpun berubah rupa.Ibu menangis kerana terlalu takut.Wajahku berubah kehitam-hitaman,lebam dengan mataku yang kemerah-merahan.Suaraku juga berubah menjadi garau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience