BAB 6

Horror & Thriller Completed 4275

Jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.Namun mereka masih tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantuku.Tadi aku terasa aku seperti terbang di atas bumbung rumah jiranku.Berjalan seorang diri sambil membawa bayiku.Berjalan seorang diri di pinggir bukit berdekatan rumahku.Tekadang aku merasakan aku sedang duduk di atas bumbung kereta Khairil .Aku sendiri keliru..siapa aku sebenarnya.

Makcikku,Cik Nadiah yang sedari tadi telah pun datang untuk melihat keadaanku membaca surah Yassin di telingaku.”Sedapnya suara kau. Kau memang pandai mengaji ye ? hahahahaa”.Aku berkata kepada Cik Nadiah separuh mengilai. “Astghfirrullahalazim..”.Cik Nadiah mengucap dan tidak berdaya meneruskan bacaannya lagi. “Heeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! Heeeeeee!!!!” Aku mengilai dengan kuatnya “ heeeeeeeeeeee!!!” Dengan bingkas aku bangun lalu mencekik Cik Nadiah dengan begitu kuat sekali. Khairil menahanku daripada melakukan sedemikian.Namun aku menyepak Khairil sekuat hati.

Aku sendiri tidak pasti dengan perlakuanku ini,segala pergerakkanku bagaikan dikawal oleh’nya’..Aku tidak berdaya melawan lagi.Aku hanya mampu menangis didalam hati.’Dia telah menguasai diriku .

Tiba-tiba aku terdengar mereka berkata seorang ustaz telah sampai iaitu Ustaz Firdaus.Aku sendiri tidak pasti samada aku bersyukur ataupun takut.Bagaikan ada dua perasaan yang berbeza.Yelah,’dia’ telah menguasai tubuhku ..jadi aku berasa bersyukur kerana aku akan bebas dari belenggu ‘dia’ yang bertapak di dalam jasadku ini.Pastinya amat sakit sekali dadaku tatkala ‘dia’ menumpang jasadku.Memperlakukan sesuka hatinya pada badanku.Dalam masa yang sama juga aku sendiri berasa takut dengan kehadiran ustaz itu.Aku tahu perasaan takut itu bukanlah datangnya dariku.

Baik kau pergi dari sini pengacau ! jangan ganggu urusanku “.Aku menengking ustaz Firdaus . “Kau tahu aku benci lelaki itu !! “ jariku menunding kearah teman lelakiku ,Khairil. “Kerana dia aku menderita ! aku sayangkan dia,tapi kenapa dia perlu ada perempuan lain..kenapa dia perlu menyayangi pemilik jasad ini..dan kenapa bukan aku !! ..

Ustaz Firdaus tidak mengendahkan makian itu.. “siapa kamu..dan apa kamu mahukan ? “ Ustaz Firdaus bertanya kepadaku . “ Aku Zubaidah ..isteri lelaki itu ! “ Aku menunding jari kearah Khairil .”Apa yang kamu mahukan dari empunya badan ini? “ .Ustaz Firdaus bertanya lagi.”Aku ingin dia mati !! hahahhahaa.. dasar perampas !!.Dia merampas kebahagiaanku.” Aku mengilai sekuat hati diselangi tangisan yang shahdu.

Ustaz Firdaus tidak mengendahkan segala drama itu lalu cepat2 menangkap ibu jari kakiku dan memicitnya sekuat hati.Sakit benar rasanya..bagai mahu tersiat kulit aku rasakan tika itu.Aku menjerit sekuat hati.Kemudian aku terdiam,ustaz Firdaus lantas melepaskan ibu jariku.

Ibuku datang memelukku,aku tersenyum sahaja.Kemudian didalam pelukan itu aku cekik ibu sekuat hati.

“itu bukan Dayana yang sebenar .. ! Pintar kamu bersandiwara ya ! “ ustaz Firdaus berkata.Ustaz Firdaus menyambung tugasnya.Diberinya aku minum air yang telah dibacakannya ayat-ayat suci .Namun aku persendakan air itu.Aku seperti mahu minum tetapi aku semburkan air itu ke wajah Ustaz Firdaus sambil mengilai seperti mempersendakan perbuatannya.Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku rasakan air itu seperti air beracun dan amat sukar untuk aku telan.
Ustaz Firdaus meneruskan tugasnya.Dia sambung memegang ibu jari kakiku.Aku menjerit sekuat hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience