BAB 3

Drama Completed 1136

*Everyone says you only fall in love once,*
*But that's not true,*
*Because everytime i see you,*
*I fall in love all over again. *
*Sincerely…FLS*
Aku menggaru kepala yang tak gatal.Masih lagi tertanya-tanya siapakah si
FLS ni.Dah dekat sebulan tau aku dapat surat-surat ni.Kadang-kadang aku
rasa takut pulak.Entah –entah mamat yang hantar surat ni psiko! Bahaya
tu! Dan sekarang ni, aku dah jarang hantar surat cinta dekat
Ilman .Entahlah...aku pun tak tahu kenapa.
“Dapat surat cinta lagi ke?” Soal Afiqah sambil menghirup air
nescafenya.Dia meletakkan semug air Nescafe di atas mejaku jugak.
“A’ah.Aku takutlah Fiqah! Entah siapalah mamat ni.Risau aku kalau dia ni
jahat.”
Afiqah hanya tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
“Tak baik buruk sangka dekat orang tau.Mana tahu dia ni baik.Maybe
lebih baik dari Ilman yang kau minat sangat tu.” Balas Afiqah sambil
tersenyum.
Aku hanya menjungkit bahu.Malas nak cakap apa dah. Kadang-kadang tu aku
rasa macam Afiqah ni tahu je siapa yang hantar surat cinta ni dekat aku.
Tapi sengaja je dia tak nak bagitahu.Yelah...asyik-asyik cakap lelaki
yang hantar surat ni baik.
“Kita terlampau mencari sampai tak sedar apa yang dah ada kat depan.”
Ucap Afiqah sambil melangkah pergi dari situ. Aku tercengang. Apa maksud
dia? Sah! Aku tahu Afiqah ni mesti ada sembunyi apa-apa dari aku.Kena
korek rahsia ni!
*
“Assalamualaikum Sasa.” Suara Lufthi kedengaran selepas aku menekan butang
hijau.
“Waalaikumussalam Fatfat. May I help you?” Aku tersengih sambil
mengunyah kacang. Konon nak formallah sangat. Hujung minggu macam ni
selalunya Lufthi datang melepak sini tapi hari ni dia kata dia ada hal.
“Yeah sure. Can you please tell Miss Sasa that I’m going to Penang next
week. No free lunch for two weeks, okay! Thank you.” Balas Lufthi turut
formal dengan aku.
Aku tercengang. Pergi Penang?
“Buat apa pergi sana?”
Lufthi ketawa besar.”Ada kursus. Papa suruh pergi.”
“Ala...tak bestlah nanti!” Aku mencebik.
“Tak best sebab kau kena keluar duit sendiri untuk lunch?” Sindir
Lufthi sambil ketawa.
“Eh! Sorry sikit. Aku pun ada jugak belanja kau, okey!”
“Boleh dikira dengan jari, yang oi.”
“Aku cepuk kang! Nasib baik kau takde depan muka aku sekarang ni.” Balas
aku geram. Mana ada boleh dikira dengan jari! Banyak kali tau.
“Janganlah marah Sasa.Aku gurau jelah.”
“Ye...ye. Eh, tadi kau pergi mana?”
Lufthi tergelak di hujung talian.
“Aku pergi dating dengan someone!” Jerit Lufthi dengan penuh teruja.
Uhuk! Uhuk!
Aku mencapai gelas dan tergesa-gesa menuang air putih sambil mengurut
dada. Cepat-cepat aku meneguk air sampai kosong.
“What?! Dating?! Kau tak cakap pun kau ada girlfriend?” Tanya aku pelik.
“Takkanlah semua benda aku nak cakap dekat kau.Benda ni peribadi maa..”
Balas Lufthi .
Aku terdiam.Entah kenapa tiba-tiba rasa tersentuh pulak bila Lufthi cakap
macam tu. Selama ni tak kira peribadi ke tidak, semua dia cerita dekat
aku.Tapi sekarang bila dah ada teman istimewa, sepatah habuk pun tak nak
cakap dekat aku.
“Err...takpelah Fatfat. Got to go now. Aku kena pergi beli barang.
Take care dekat sana nanti. Assalamualaikum.” Terus aku tekan butang
merah sebelum meletakkan handphone di atas meja.
Tik! Tik!
*+Nanti aku belikan kau ole-ole ye. *
Aku membaca mesej yang dihantar oleh Lufthi . Tak rasa macam nak balas pun
mesej dia. Aku masih terasa dengan kata-kata dia tadi.
*We were both young when I first saw you.*
*I close my eyes, and the flashback starts,*
*I'm standing there,*
*On the balcony in summer air.*

“Apa?”

“Marah dekat aku ke?”

“Tak.”

“Ala, janganlah marah dekat aku. Please...”

“Hmmm...”

“Aku datang rumah kau sekarang jugak! Wait for me!” Lufthi
terus letak telefon. Perlahan-lahan aku letak telefon atas meja sambil
menunggu Lufthi .
Setengah jam kemudian, dia datang sambil membawa sebekas kek coklat di
tangannya.
“Assalamualaikum... Sorry lambat. Mama kirim salam dekat kau.Dia cakap
rindu gila nak main masak-masak dengan kau.”
Aku ketawa besar. Kelakarlah mama. Ada ke rindu nak main masak-masak
dengan aku? Sama macam Lufthi , aku pun baik jugak dengan family dia.
Walaupun ayah dengan mak dia dah bercerai masa aku dengan Lufthi kecil
lagi tapi hubungan diorang masih lagi baik. Sekarang ni pun mama dah
kahwin lain. Papa masih lagi sendiri lepas isterinya keduanya meninggal
dunia dua tahun yang lepas akibat kanser paru-paru. Lepas tengok Lufthi
yang dah tersengih-sengih tengok aku, terus aku masamkan balik muka.
Ingat aku dah cool lah tu!
“Aku pun rindu mama jugak! Takpe-takpe. Esok cuti lagi..aku pergi jumpa
mama esok.” Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan
Lufthi yang masih berdiri dekat luar.
“Kenapa tak masuk?”
“Kau tak suruh masuk...”
“Sejak bila kau pandai mintak izin segala?” Sindir aku.
Lufthi tersengih sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dan menghampiri
aku yang tengah duduk atas sofa.
“Kau marah aku eh? Janganlah marah. Aku tak keluar dating pun tadi. Kau
jangan risau lah ye.”
Aku menjelir lidah. Risau apa kebendanya? Macamlah dia tu budak kecik!
“Kau nak keluar dating bila-bila masa pun, aku tak kisahlah! Tapi kenapa
tak cakap kau dah ada someone?!”
Lufthi terus tergelak. “Someone tu mama lah. Aku keluar jalan-jalan dengan
mama. Masa aku call kau pagi tadi, ingat nak ajak sekali tapi bila
dengar suara kau macam orang mengantuk je... terus cancel. Aku tahu kau
mesti letihnya.”
Aku tersenyum. Tengok! Fatfat memang kawan baik aku yang sejati. Segala
benda pasal aku, dia tahu. Kalau aku mengantuk pun, dia tahu!
“Nak makan apa?” Tanyaku akhirnya sambil bangkit dari duduk.
“Roti canai satu!” Jawab Lufthi sambil mengangkat peace. Aku mencebik.
“Aku bawak biskut kering je untuk kau. Untuk aku, aku bawak blueberry
cake. Biar kau terliur.” Kata aku sambil melangkah ke dapur.
“Weh, aku nak jugak!” Lufthi mengekori aku dari belakang sambil
menjerit-jerit cakap dia nak makan kek jugak. Adeh...macam budak-budak
betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience