BAB 8

Drama Completed 1136

“Sasa, apa kau buat dekat sini?!”
Aku melempar kertas di tanganku mengenai tubuh badannya. Dia agak
tergamam dengan tindakanku sebelum perlahan-lahan mengutip kertas yang
berada di kakinya. Mukanya sedikit berubah selepas membaca isi kandungan
kertas tadi.
“Aku boleh explain...”
Aku menggeleng. “Kau mainkan perasaan aku!”
“Aku tak bermaksud macam tu. Aku memang cintakan kau!”
“Bohong!”
“Betul!”
“Kalau kau sayangkan aku, kenapa tak cakap je?”
“Sebab kau suka Ilman !”
“Alasan!”
Lufthi menyebak rambutnya ke belakang. Aku pulak memeluk tubuh sambil
memandangnya tajam.
“Leesa... Percaya cakap aku. Aku sayang kau.”
“Tipu! Kalau sayang, kau takkan buat aku macam ni. I hate you, Lufthi
Iffat!” Aku menjerit sekuat hati. Nasib baik tak ada orang lain masa ni.
“Leesa...”
Aku menggeleng. Air mata yang sedaya upaya aku tahan tadi, mengalir
jugak akhirnya. “Kau tak tahu apa-apa pasal aku rupanya... Aku tunggu
kau dekat 6 tahun, Fatfat. Aku tunggu kau untuk sukakan aku walaupun aku
dapat rasa yang kau memang tak sukakan aku... Pasal Ilman ...” Aku
tersenyum sinis. “Perasaan aku dekat Ilman tak sama dengan perasaan aku
pada kau...”
“Sasa... kenapa kau tak pernah cakap?”
“Mestilah aku tak cakap! Aku pun tahu malulahhh!” Marah aku sambil
mencebik.
Tiba-tiba Lufthi ketawa sebelum berjalan menghampiriku yang sibuk mengesat
air mata. “Comellah bila kau nangis.”
“Diam! Aku marah kau ni!”
“I love you...” Ucap Lufthi perlahan di telinga aku. Terus muka aku
berubah. Gila apa tak berubah kalau tiba-tiba Fatfat yang suka main-main
jadi serius macam ni. Boleh lemah lutut ni.
“Err... aku nak balik dulu.”
“Balaslah dulu.”
Aku hala penumbuk ke arah Lufthi . “Jangan nak mengada.”
“Please...”
Aku menggeleng sebelum berlari meninggalkan Lufthi tercengang dekat situ.
Sebaik saja masuk ke dalam perut kereta, terus aku mendail nombor dia
sambil tersenyum.
“Yes?”
“I love you. Saranghae. Wo ai ni. Ich liebe dich. Err... tu je aku tahu!
Take care! Assalamualaikum...” Terus butang merah ditekan. Sekarang ni,
aku dah mampu tersenyum lega. Yes!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience