BAB 9

Drama Completed 1136

“Sakitlahhhh!” Aku cubit Fatfat yang dah selamat jadi suami aku beberapa
hari yang lepas. Oh ye, lepas aku luah perasaan dekat telefon hari tu,
Fatfat terus balik Ipoh tau. Terkedu kot dengan luahan perasaan aku.
Lepas tu dia terus hantar rombongan meminang. Dan Afiqah telah
menerangkan aku bahawa dialah yang menjadi posmen Lufthi selama ini.
Memang betullah sangkaan aku selama ini yang Afiqah memang tahu sesuatu
pasal surat cinta FLS tu. Oh ye, Ilman pulak... aku dah terangkan
segalanya pada dia. Rupa-rupanya dalam diam, dia pun ada berpakat jugak
dengan Afiqah yang konon-kononnya dia dah terjatuh hati dekat aku ni
tanpa pengetahuan aku dan Lufthi . Dalam diam jugak, diorang tu dah nak
bertunang! Serius, Afiqah dengan Ilman memang pandai berlakon! Kalah aku
dengan Fatfat tau!
“Berangan lagi...”
“Bukan beranganlah. Tengah fikir je.”
“Fikir pasal apa, sayang?”
Aku tersenyum. “Pasal kereta!”
“Kenapa pulak nak fikir pasal kereta?”
“Nama kereta abang Fatfat, nama kereta Leesa, Sasa! Comel tak?” Aku
tersengih lebar sambil memaut bahu Lufthi .
“Nak buat macam ayah dengan mak ke?”
Aku mengangguk. “Comellah nama tu.”
“Suka hatilah. Asalkan bahagia...” Lufthi mengangguk sambil mengusap
kepala aku dengan penuh kasih seperti selalu.
“Oh ye, surat cinta abang untuk hari ni mana? Kenapa takde dekat atas
meja?” Tanyaku sambil memandang Lufthi .
“Nak lagi ke surat cinta? I thought bila dah kahwin, tak payah lagi
surat cinta.”
“Abangku sayang... Leesa nak surat cinta dari abang setiap hari.”
Lufthi ketawa kecil sebelum mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
“Nah. Abang saja nak main-main dengan Leesa.”
Aku terus tersenyum lebar sebelum mengeluarkan surat Lufthi dari sampul surat.
*You are my soul mate, my sweetheart, you are my dream come true, from
now until the end of time I give my heart and soul to you.*
Satu kucupan lembut aku bagi dekat pipi dia sebagai tanda terima kasih.
“Thanks abang. You are my soul mate...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience