Series
248
"Dengar sini baik-baik, Ima," tegas
Latif lalu menarik nafas yang panjang. Pandangannya dialih tajam menatap cermin mata hitam cat-eye yang masih setia menutup separuh wajah isterinya itu.
"Abang bukan tak sudi dan abang bukan simpan perempuan lain macam yang Ima sangka. Tapi sayang kena tahu... harta yang kita genggam sekarang ni, estet semua tu bukan datang dengan percuma."
"Huh!" Rima mendengus sinis.
Sengaja melenturkan tubuhnya lebih dekat sehingga bau wangi cendana dan air mawar bercampur kuat dengan bau peluh jantan suaminya.
"Kita sedang berbincang pasal batin Ima, abang!"
"Sebab semua penat-lelah ni berpunca daripada situ," potong Latif, mematikan gerak-geri liar Rima seketika.
Lelaki itu meraup mukanya sekali lagi, sebelum meneruskan dengan suara yang semakin perlahan namun sarat dengan beban rahsia.
"Ima ingat, senangkah jadi pengusaha besar? Abang bergelut di bawah terik matahari bukan kerana abang suka tapi nak pastikan kita tak jatuh miskin sekelip mata."
Rima tergamam seketika di atas riba suaminya. Jari-jemari yang tadinya aktif merayap kini kaku di dada Latif. Walaupun wajahnya terlindung di sebalik cermin mata hitam, nada suara wanita itu sedikit kendur.
"Tapi... apa kaitannya dengan kita di bilik ni, bang?" soalan itu keluar dengan nada yang tidak berpuas hati.
"Kaitannya ialah fikiran abang tepu, Ima," luah Latif jujur, memegang kedua-dua belah bahu isterinya agar duduk bersandar sedikit ke belakang.
"Otak abang terlampau sarat memikirkan angka, kerugian dan keselamatan harta keluarga kita sampai saraf abang mati bila sampai di bilik ni. Tenaga fizikal abang habis di luar. Bila abang cuba nak layan kehendak Ima. Badan abang sendiri menolak sebab ia terlalu letih."
Rima terdiam seribu bahasa. Pandangannya melayang ke arah dinding bilik yang dihiasi perabot kayu jati mahal. Tiba-tiba, kemewahan yang diagungkan terasa seperti sangkar besi yang dingin.
"Jadi... abang nak biar Ima terus merana begini?" bisik Rima menahan rasa kecewa yang mendalam.
Latif mengeluh perlahan. Dia merangkap jemari halus isterinya yang bersarung cincin berlian mewah lalu digenggam seeratnya. Pandangannya jatuh ke atas riba, menatap kain batik limar sutera yang terselak menampakkan kulit putih gebu.
"Bukan itu maksud abang, sayang," tutur Latif cuba memujuk hati isterinya yang dilanda rasa hampa.
"Abang sayang pada Ima. Cuma... abang perlukan masa. Abang perlukan ruang untuk tenangkan fikiran dari semua beban luar tu. Kalau Ima terus mendesak macam ni, abang rasa asyik tertekan bukan kerana abang benci tapi kerana abang takut, abang tak mampu berikan yang terbaik untuk Ima."
Rima menepis perlahan tangan suaminya. Dia merenggut tubuhnya ke belakang, meluruskan kain batiknya dengan kasar sambil mendengus. Wajahnya yang tersembunyi di sebalik cermin mata hitam cat-eye itu kelihatan membeku.
"Terbaik? Apa guna ada suami kalau sekadar jadi patung hiasan atas katil, bang? Ima bukan minta harta, Ima minta hak Ima sebagai seorang isteri!" suaranya bergema di dalam kamar berhawa dingin itu.
Rima bangkit berdiri dari katil dengan pantas. Kebaya nyonya merah hati yang ditenun halus itu berkocak mengikut rentak langkahnya yang longlai tetapi penuh amarah. Dia mencapai beg tangan kulit berjenama di atas meja solek lalu melangkah keluar tanpa memandang wajah suaminya lagi.
Bum!
Pintu bilik utama dihempas kuat, meninggalkan Latif seorang diri di atas tilam bersarung cadar linen putih. Lelaki itu hanya mampu meraup wajahnya yang basah dengan peluh, membiarkan kebisuan membungkus sisa tengah hari yang panas terik di luar.
Bunyi dentuman pintu bilik yang dihempas kuat tadi masih bergaung di gegendang telinga Latif, seakan-akan mengejek kelemahan dirinya sendiri.
Latif melunjurkan kakinya yang terasa longgar di atas tilam empuk. Kemeja kerjanya yang basah kuyup oleh peluh, melekat kejap pada tubuh bidangnya. Dia membiarkan dirinya terbaring sambil merenung siling.
Harta. Estet. Kereta Mercedes berkilat. Rumah besar.
Semua itu bertahun-tahun diburu demi membina lambang kejayaan seorang lelaki berstatus tinggi. Namun di penghujung hari, kejayaan dunia rupanya tidak mampu membeli sekeping ketenangan batin.
Apatah lagi, kebahagiaan seorang wanita bergelar isteri yang meronta-ronta di sisi. Beberapa minit berlalu dalam kebisuan yang menyeksakan.
Tiba-tiba, bunyi deruman enjin kereta Mercedes-Benz W123 E-Klasse, coklat gelap di garaj luar memecah kesunyian tengah hari. Gear dimasukkan dengan kasar, diikuti bunyi tayar meredah jalan tar panas di halaman rumah.
Latif terpempan. Dia bangkit dengan pantas, menyarung semula kemejanya yang separuh terkoyak di bahagian belakang lalu melangkah longlai ke tingkap nako berkerawang.
Di luar, kereta sedan mewah itu sudah memecut keluar meninggalkan debu jalan kampung yang berkepul-kepul. Rima telah pergi membawa amarah dan kekecewaannya.
Latif meraup rambutnya yang basah dengan peluh. Hatinya dipalu rasa bersalah yang teramat sangat. Dia tahu, ego isterinya tidak akan reda dengan hanya pujukan kosong.
Dan dia juga tahu, jika masalah ini terus dibiarkan membarah, empayar kecil yang dibina atas titik peluh bertahun-tahun itu bakal runtuh bukan kerana hutang bank atau kejatuhan harga getah tetapi kerana keretakan di bawah bumbung rumah sendiri.
***
"Kau bayangkanlah Sal, penat aku merayu penat aku menggoda... hujung-hujung, dia boleh pula buat bodoh lepas tu terkulai macam tunggul kayu," luah Rima dengan nada geram.
Gelas kristal berisi koktel dipegang erat.
"Apa guna harta melimpah ruah! Rumah besar macam istana kalau batin aku ni, kering-kontang!" hambur Rima lagi. Muzik Jazz yang berkumandang langsung tidak dapat meredakan rasa kecewanya.
Salma menghirup minumannya sebelum tersenyum sinis. Dia merapatkan kedudukannya di atas sofa baldu itu.
"Lelaki ni, memang macam tu Rima. Bila harta dah banyak. Kepala otak diaorang, asyik sibuk fikir angka ringgit... sampai urusan ranjang, jadi tawar. Kau meronta macam mana pun... kalau dia dah mati punca, sampai bila-bila pun, kau tetap akan merana sorang-sorang," kata Salma tajam.
Rima menoleh dan merenung tajam ke arah rakannya di sebalik cermin mata hitam.
" Habis tu, kau nak suruh aku buat apa lagi Sal Takkan nak biarkan saja!" Rima memberontak.
Salma tersenyum penuh makna. Sengaja dia merendahkan suaranya agar tidak didengari orang lain di lounge tersebut.
"Aku ada satu kenalan ni. Budak Seremban. Masalah dia sama je macam kau. Suami sedingin batu ais. Dia macam unta di gurun. And if you want to know, dia berikhtiar..." ujar Salma tersenyum terangkat-angkat keningnya.
"Ikhtiar? Maksud kau?" tanya Rima tanpa mereka berdua sedar ada seorang lelaki asyik usyar sedari tadi.
"Masalah sekarang ni antara kau tu nak percaya atau tak saja. Superstitious thing..." balas Rima seraya berbisik. Rima memasang telinganya.
"What? Tok bomoh? Guna cincin je boleh jadi kuat serupa harimau?" soal Rima balik. Seakan sindiran. Kurang percaya.
"Cincin?" Rima mengerutkan dahi. Ragu-ragu tapi ada rasa ingin tahu.
"Cincin apa pulak ni, Sal? Jangan nak merepek. Hari gini mana ada orang pakai benda-benda syirik macam tu lagi."
Salma ketawa sengaja membiarkan tawa halus itu menyakitkan hati Rima. Dia menyilang kaki selajur membetulkan gaun baldu hitamnya, sambil memandang Rima di sebalik cermin mata hitam cat-eye yang tidak pernah ditanggalkan rakan sebayanya itu.
"Bukan aku suruh kau gi bagi suami kau tu, makan tanah kubur," bisik Salma rapat ke telinga Rima, aromanya yang tebal dengan wangian barat cuba menandingi kepekatan mawar dan cendana yang melekat pada Rima.
"Kawan aku tu... suami dia dulu sebiji macam Latif. Alasan letih estet, letih akaun syarikat. Tapi lepas kawan aku masukkan cincin merah ... heh, terus bertukar jadi harimau lapar. Hari-hari tak keluar bilik!"
Rima terdiam. Walaupun akal sihatnya menolak, hati yang sedang kehausan batin itu seakan-akan terpancing. Jemari tangannya yang memakai cincin berlian mahal digenggam erat. Apa guna berlian beribu ringgit kalau suaminya layu di kamar?
"Tapi... bahaya tak?" Rima berbisik, matanya menjeling ke sekeliling lounge mewah yang samar-samar itu.
Lelaki yang sedari tadi, berpura-pura membaca surat khabar sambil mengusyar bentuk tubuh Rima membetulkan duduknya. Matanya sempat mencuri pandang ke arah paha Rima yang terselak sedikit di balik kain batik limar sutera itu.
"Bahaya apa pulak?" Salma mencebik.
"Yang bahayanya kalau kau biarkan Latif tu terus beku. Batin kau pun merana."
Kata-kata Salma bagaikan sembilu yang membedah luka Rima. Bayangan Latif yang bersiap dengan kemeja peluh dan alasan letih kembali berlegar di ruang fikiran.
"Esok..." soal Rima menyelaraskan semula posisi cermin mata cat-eye di hidung sebelum mencapainya beg tangan kulit di sisi.
"Pukul berapa kita nak pergi?"
Salma tersenyum senget, tahu perangkap fikiran itu sudah mengena.
"Pukul dua petang. Aku ambil kau kat rumah atau kita jumpa terus kat Seremban?"
"Jangan ambil aku kat rumah. Latif ada nanti," balas Rima cepat, suaranya kembali dingin dan keras.
"Kita jumpa kat stesen minyak dekat simpang keluar. Aku bawa kereta sendiri."
"Set."
Salma mengangkat gelas kristalnya, meletakkan bibir gelas pada bibir Rima secara acah-acah berulang kali demi meraikan 'pakatan' mereka.
Rima tidak menyambut tolakan gelas itu. Dia terus bangkit, heels tingginya mengetuk lantai kayu lounge itu dengan rentak angkuh. Lelaki di sudut tadi hanya mampu menelan liur melihat langkah anggun Rima yang meninggalkan pekat bau cendana di udara, membawa bersama dendam batin yang makin membara.
WARNING; INI CERITA DEWASA
Share this novel