Series
248
"Rima Melati!!!"
Jerutan Latif mengegar dinding bilik tidur. Lelaki itu menolak isterinya ke sisi katil sehingga Rima terdorong jatuh dengan nafas terkeluar.
Rima terpempan. Gaun satin merah hatinya terselak mendedahkan kulit pahanya yang putih gebu. Namun, matanya tidak langsung menunjukkan rasa takut sebaliknya, nyala api amarah dan kehampaan bercampur menjadi satu.
"Awak dah gila, Ima! Awak hilang akal ke?!" tengking Latif seraya meraup rambutnya yang kusut masai.
Setelah dirinya terduduk tegak di atas tilam sambil memandang isterinya dengan pandangan tidak percaya.
"Abang fikirkan projek yang hampir-hampir nak gagal. Awak pula tak habis-habis pasal nafsu dan meragam tak tentu hala!"
Rima perlahan-lahan bangkit dari kerusi sisi katil. Wajahnya jelas sedang menahan sebak.
"Ya, abang! Saya memang dah gila!" balas Rima dengan suara separuh menjerit.
"Awak ingat saya nak jadi macam ni ke, Latif?!"
Latif terdiam sejenak. Riak wajahnya sedikit berkerut mendengar luahan itu.
"Abang tertekan. Abang tak berniat nak cakap kasar..."
"Jangan sentuh saya!" Rima menepis kuat tangan suaminya.
Dadanya berombak kencang menahan rasa kecil hati dan marah yang meluap-luap.
"Awak tak pernah ada masa untuk saya. Bila saya cuba dekat, cuba cari kehangatan dari lelaki yang sah menjadi suami saya... abang panggil saya perempuan tak reti bahasa!"
"Sebab awak tak faham situasi abang, Rima!" Latif mula meninggikan suara semula, hilang sabar dengan degil isterinya.
"Perkahwinan kita ni bukan hanya tentang batin. Ada tanggungjawab. Ada tekanan kerja yang awak langsung tak nampak!"
"Tanggungjawab? Tanggungjawab apa kalau bini sendiri abang biarkan kebuluran kasih sayang?!" Sindir Rima.
"Awak sibuk dengan kerja, sibuk dengan dunia awak! Kalau awak dah tak ada hati pada saya, kenapa awak kahwin dengan saya dulu, Latif? Kenapa?!"
Suasana bilik menjadi sepi serta-merta. Hanya bunyi deruan pendingin hawa yang mengisi ruang yang menegang di antara mereka.
Latif kaku di birai katil. Pandangannya tunduk menatap cadar putih manakala rahangnya bergerak-gerak, menahan amarah yang bergelora di dada.
"Kalau itu yang awak fikir..." Latif bersuara mendatar penuh kekecewaan.
"...mungkin kita memang dah tak sehaluan, sayang."
Rima menahan nafas. Kata-kata itu seolah-olah sebilah pisau tajam yang merobek jantungnya.
"Apa maksud abang?" Rima tersentak. Bola matanya membulat menatap suaminya.Latif mengangkat wajah, menatap tajam ke dalam mata isterinya tanpa sebarang riak simpati.
"Kalau awak rasa hidup dengan abang ni tersiksa sangat dan awak sanggup meragam semata-mata nak lepaskan nafsu tengah-tengah malam macam ni..."
"...mungkin esok kita boleh fikirkan jalan masing-masing."
"Abang..." Rima tergamam. Langkah kakinya mengundur setapak ke belakang.
"Abang nak lepaskan saya?"
"Fikirkanlah sendiri," selar Latif dingin.Tanpa memandang wajah Rima.
Latif terus memusingkan tubuhnya langsung mencapai tuala yang tersidai di kerusi lalu melangkah keluar dari bilik tidur menuju ke bilik air tamu di luar.
Pang! Bunyi hempasan pintu bilik air dari luar bergema di seluruh rumah. Rima terjelepok jatuh ke atas lantai bilik yang berlapik karpet lembut.
"Sudah tiba masanya..." desis Rima selajur dia mengenggam jemarinya. Dia mahu menghubungi Salma bagi menetapkan tarikh penemuan itu.
***
Bau asap kemenyan bercampur minyak cenana meruap menyesakkan rongga pernafasan.
Mbah Dukun bersila di atas tikar. Tubuhnya yang membongkok dibalut kain batik lusuh. Sepasang mata tua itu merenung Rima yang sedang menahan debar.
Salma yang berdiri kaku di muka pintu sambil memeluk tubuh, berulang kali meraup wajah kerana diserang rasa seram-sejuk yang mencengkam tulang hitam. Di penjuru dinding pula, tersusunnya deretan botol kaca berisi cecair legap dan sebuah tengkorak kayu. Ia seakan-akan turut memerhatikan setiap gerak-geri mereka.
"Laki-laki memang kerap lupa daratan bila dah megang dunia, sombong tak tentu pasal tapi tenang duluan, kabeh ana tambane. Semua ada ubatnya."
Rima menelan liur yang terasa amat kesat. Bayangan wajah dingin Latif membakar sisa-sisa sabar di dada.
"Apa ubatnya, Mbah? Tolong saya..." suara Rima hampir hilang di celah, desiran angin luar.
Mata tua itu menatap tajam ke dalam anak mata Rima. Sebelum, tangannya yang kurus-kering membuka kembali kotak baldu hitam yang terbentang di atas tikar pandan. Di dalamnya, terletak bukan sekadar sebentuk tetapi sepasang cincin perak berpermata merah darah yang berdenyut-denyut perlahan seolah-olah bernyawa, memantulkan cahaya pelita dengan bias kemerahan yang menyeramkan.
"Bila ilmu ni dah meresap masuk dalam darah daging, kowe kudu wani nanggung akibaté nganti akhir uripmu. Pantang larang tak boleh dilanggar sama sekali. Kowe takkan boleh tarik balik. Sanggup?"
Rima menggenggam jemarinya erat-erat hingga buku jarinya putih kepucatan. Dia mendongak ke arah Salma. Salma mengangguk perlahan, memberikan restu bisu. Hilang rasa takutnya, berganti dengan keinginan mutlak untuk menakluk.
"Sanggup, Mbah. Asalkan suami saya itu kekal jadi milik saya, selamanya."
Mbah Dukun mengangguk perlahan. Senyuman senget terukir di bibirnya yang kering. Sebiji mangkuk tembikar berisi air basuhan limau purut dan bunga rampai ditarik mendekat.
"Dengar baik-baik, nduk. Sepasang cincin ini berkhodam. Satu cincin ini... wajib di pakei di jari manis tangan kiri kowe dan jangan pernah tanggalkan walau sesaat pun. Mandi, tidur atau mandi, ia mesti melekat di kulit kowe sebagai pengikat jiwa."
Mbah Dukun mencelupkan cincin pertama ke dalam mangkuk air tawar, lalu membisikkan mantera...
"Sun matek aji, sirep pengasihan, si Rima dadi sukma sejati. Kinarya genteng, kinarya slirane... ingsun watek asih, nurut batin, manut raga!"
Selesai berbisik, dia menyarungkan cincin itu terus ke jari manis kiri Rima. Terasa satu renjatan sejuk merayap naik ke lengannya.
"Manakala cincin yang kedua ini..."
Mbah Dukun mengambil cincin pasangannya yang satu lagi lalu memegang mangkuk tembikar berisi air liur berjampi. Dia merenung tajam cincin itu sambil merapal mantera kedua yang lebih menggerunkan, suaranya berlagu lambat seperti alunan gamelan jauh.
"Kukut wewayangan, jaring batin tanpa rupa. Mlebuo ing guwa garba, nyenyet sukma lan syahwaté si Latif! Sarungken tanpa wujud, tancepno ing batin lan batange... kinarya wuta, kinarya edan, nurut karsane Rima selawase!"
Sejurus tamat mantera itu ditiup pada cincin kedua, permukaan permata merah itu mendadak basah berdarah.
"Ambil air ini," pinta Mbah Dukun sambil mangkuk tembikar kepada Rima.
"Minum separuh dan separuh lagi... kowe titiskan sedikit pada makanan atau minuman suami kowe itu. Apabila dia tertidur malam nanti, genggam cincin kedua ini di tapak tangan, sebut nama penuhnya tiga kali dan bayangkan ia disarungkan ghaib ke batang zakarnya."
***
Rima melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam bilik tidur utama. Latif kelihatan tidur berselimut tebal, membelakangi pintu akibat keletihan melayan tekanan kerja.
Rima berdiri di birai katil. Jari manis kirinya yang menyarungkan cincin permata merah kelihatan berkilau malap dalam cahaya gelita. Dia menarik nafas panjang lalu meraba beg tangannya mengeluarkan baki air penawar yang dicampur sedikit titisan darah dari jarinya tadi. Disapukan air itu ke bibir gelas air kosong di meja sisi katil.
Ditenung wajah Latif yang sedang berdengkur perlahan. Perlahan-lahan, Rima duduk di birai katil sambil menggenggam cincin kedua yang tersimpan di dalam genggaman tangannya.
Matanya pejam rapat. Bayangan tubuh suaminya ditarik ke dalam minda. Di dalam kegelapan bilik itu dengan bisikan suara hati yang dikirimkan melalui khodam cincin di jarinya, Rima mula menyeru...
“Latif bin... akulah pemilik syahwatmu, akulah penawar rindumu...”
Serentak dengan bisikan itu, di alam ghaib yang hanya mampu dirasai oleh roh si suami, cincin perak berpermata merah darah itu meluncur gaib meresap masuk, menyarung kemas di batang zakar Latif.
Di atas katil, tubuh Latif tiba-tiba merengkok kejang seketika. Nafasnya mendadak menjadi kencang. Berpeluh dingin manakala bibirnya meracau menyebut nama Rima berulang-ulang kali dengan nada merayu penuh siksaan batin.
Rima membuka matanya. Senyuman kemenangan terukir di bibirnya. Cincin di jari manisnya berdenyut hangat, seirama dengan denyutan syahwat suaminya yang kini telah menjadi tahanan mutlak ilmunya.
Share this novel