Series
248
Enjin Mercedes-Benz W123 E-Klasse coklat gelap itu mengaum perlahan sebaik sahaja gear dimasukkan. Rima memandu dalam keadaan dada yang masih berombak kencang. Fikirannya berselirat antara amarah terhadap Latif dan bisikan menggoda daripada Salma sebentar tadi.
'Cincin merah... harimau lapar? Betul ke ada benda-benda macam tu zaman sekarang ni?' bisik hati kecilnya sambil tangan kanannya menukar gear dengan kasar.
Tiba-tiba, di satu kawasan tempat letak kereta yang agak gelap dan sunyi di belakang bangunan komersial itu, sebuah susuk tubuh melintas pantas lalu menghalang laluan keretanya.
"Eh, apa hal pulak ni!" Rima menekan brek kecemasan.
'Crett...' Tayar Mercedes tuanya berdecit kuat. Sebelum sempat Rima menekan hon atau mengunci pintu. Pintu tempat duduk penumpang sebelah, tiba-tiba diranggut dari luar. Lelaki mabuk tadi meloloskan dirinya masuk ke dalam kabin kereta dengan deruan nafas yang meloyakan, terus memulas kunci pintu dari dalam.
Bau busuk liquor bercampur peluh hanyir memenuhi sekelip mata ruang kabin berhawa dingin itu.
"Hei! Kau siapa, hah?! Keluar dari kereta aku sekarang!" jerit Rima, nadanya mula cemas. Apabila melihat mata lelaki itu yang membuntang liar, menatap bentuk tubuhnya.
Lelaki itu tersengih.
"Cantiknya kau... Kat dalam tadi aku dah perhati. Suami kau tak layan kau, kan? Jangan risau... malam ni aku boleh layan kau..."
"Jangan biadap!" Rima menjerit lantang sambil cuba menolak dada lelaki itu.
Namun, dalam keadaannya yang mabuk dan dirasuk nafsu binatang. Tangan kasarnya terus merenggut kolar kebaya nyonya merah hati Rima sehingga kain tenunan halus itu robek di bahagian dada. Pintu cermin mata cat-eye Rima terpelanting jatuh ke lantai kereta.
"Lepaskan akulah, jantan tak guna!" Pekik Rima mencapai apa sahaja yang ada di sekeliling lalu memukul muka lelaki itu namun genggaman lelaki itu di bahunya terlalu padu.
Nafas lelaki itu semakin memburu. Wajahnya disembamkan ke leher Rima secara paksa sambil sebelah tangannya cuba menyingkap kain batik limar sutera yang dipakai Rima.
" Baik kau diam!" bentak lelaki itu makin rakus cuba merebut kesucian wanita itu di atas kerusi pemandu.
Dalam keadaan panik dan terdesak, jemari Rima yang terkapai-kapai tersentuh kepala gear besi Mercedesnya. Tanpa berfikir panjang, Rima mencapainya lalu menghentakkan siku dan jemari kakinya pada pedal minyak, selajur sebelah tangannya lagi mencakar mata lelaki mabuk itu sekuat tenaga!
"Arghh!" Lelaki itu menjerit nyaring sambil menekup mukanya yang berdarah akibat dicakar. Cengkaman ganasnya pada bahu Rima terlepas serta-merta apabila matanya pedih disengat kuku tajam wanita itu.
Memanfaatkan kesempatan keemasan tersebut, Rima menyepak sekuat hati ke arah celah kangkang lelaki itu menggunakan kasut tumit tingginya, diiringi hentakan siku besi pada rahang.
Bukk!
"Setan!" maki Rima sekuat hati.
Tanpa menoleh ke belakang lagi, Rima meraba pintu kereta di sebelah kanannya, memulas tombol dan melompat keluar ke atas tar jalan.
Nafasnya turun naik. Dadanya berombak kencang menahan debar yang masih mencengkam. Walaupun pakaian kebaya merah hatinya masih tersarung kemas dan tidak sempat dicabul sepenuhnya, rambutnya sedikit berserabai akibat bergelut tadi.
Di dalam kereta, lelaki mabuk itu meronta kesakitan sambil mengerang di atas tempat duduk hadapan. Rima tidak peduli. Dia berlari meninggalkan kereta Mercedes miliknya di situ lalu mendapatkan sebuah teksi yang berdekatan untuk pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan di dalam teksi. Air mata kemarahan serta jijik tumpah merembes di pipinya. Malam yang mulanya bermula dengan rasa hampa terhadap Latif kini berubah menjadi mimpi ngeri yang nyaris meragut maruah dirinya.
Sementara itu...
Latif termenung panjang di birai katil. Kemeja kerjanya sudah ditanggalkan, membiarkan tubuh bidangnya tersarung singlet putih. Fikirannya kusut masai mengenangkan Rima yang keluar dengan amarah meluap-luap petang tadi. Telefon bimbit di atas meja sisi berdering beberapa kali namun panggilan daripada rakan perniagaan itu langsung tidak diendahkannya.
"Mana Ima pergi? Dah lewat malam begini tak balik-balik lagi," Latif mula dibayangi rasa risau yang menebal. Ego lelakinya lebur, diganti rasa bersalah kerana gagal menjadi suami yang mengerti.
Tiba-tiba, bunyi teksi berhenti di luar halaman rumah mematikan lamunan Latif. Latif bangkit serta-merta dengan pantas. Langsir tingkap diselak sedikit. Dia melihat isterinya keluar dari sebuah teksi, sementara kereta Mercedes miliknya tiada bersama.
Kriek...
Pintu utama terbuka perlahan. Rima melangkah masuk ke ruang tamu dengan wajah yang pucat lesu.
Latif yang menunggu di muka pintu bilik terpempan, melihat kepulangan isterinya pada lewat malam tanpa kenderaan sendiri. Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya. Rima mengangkat muka. Pandangan kosong penuh trauma menatap suaminya.
"Kenapa ni? Mana kereta? Dan kenapa balik naik teksi?!" soal Latif pelik.
Tetapi Rima menolak dada Latif dengan sisa tenaga yang ada. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah membasahi pipi.
"Jangan dekat..."
Latif terkaku. Pandangannya jatuh pada wajah sembap dan tangan isterinya yang bergetar.
"Sayang..."
Pom! Sengaja Rima menunjuk protesnya dengan dentuman pintu. Latif lagi sekali meraup mukanya lalu terduduk di sofa tunggal.
"I'm sorry, sayang..."
***
Latif duduk bersandar di birai katil. Kemeja kerjanya sudah dicabut, menyisakan singlet putih yang melekap pada dada bidangnya.Pintu bilik air terbuka perlahan. Rima melangkah keluar.
Malam ini Rima sengaja memilih untuk tidak tewas pada rasa takut. Kesucian dan maruahnya yang nyaris diragut semalam kini dibalas dengan satu tekad membara untuk menuntut kehangatan daripada suami yang selama ini dingin dan mmengabaikannya.
Dia memakai baju tidur gaun satin merah hati berpotongan rendah di dada dan terbelah tinggi hingga ke paras paha. Kain licin itu melekap kemas pada susuk tubuhnya, mengikut setiap lekuk pinggang dan pinggulnya yang ranum. Rambut basahnya dibiarkan lepas mengurai ke bahu, membawa aroma haruman mawar yang menyengat kalbu.
Latif mendongak. Apabila pandangannya menyapa susuk tubuh Rima, halkumnya bergerak perlahan menelan air liur.
"Kereta kat tempat letak kereta tu... abang dah suruh tunda petang tadi."
Rima tidak menjawab dengan kata-kata. Langkah kakinya diatur perlahan, sengaja digoyangkan pinggulnya rapat ke arah birai katil.
Tanpa amaran, Rima memanjat naik ke atas katil. Dia melutut tepat di hadapan Latif, mendepangkan kakinya sedikit lalu duduk di atas paha suaminya. Terasa getaran dan haba dari tubuh Latif yang mula meremang.
"Ima tak nak cakap pasal semalam..." bisik Rima perlahan.
Jemari lentiknya yang beralaskan kuku bercat merah merayap lembut dari leher Latif, turun mengusap dada bidang suaminya di sebalik singlet putih itu.
"Malam ni... Ima cuma nak suami Ima."
Latif terpegun. Nafasnya mula menderu kencang.
"Tapi Ima... semalam awak..."
"Diam, abang," potong Rima manja. Tangannya bergerak pantas menyelinap ke belakang leher Latif, menarik wajah suaminya rapat ke dadanya yang berombak naik turun di sebalik, kain satin tipis itu.
Bau haruman tubuh Rima dan kehangatan kulitnya terus menerpa hidung Latif. Rima menolak perlahan tubuh Latif sehingga suaminya terbaring di atas tilam, sebelum dia melabuhkan tubuhnya di atas dada Latif.
Rima menggoyangkan pinggulnya perlahan-lahan di atas celah paha Latif, tanpa sebarang rasa malu lagi.
"Abang tengok Ima..." bisik Rima tepat di bibir Latif. Sinar matanya membara dengan keghairahan yang membakar.
"Abang yang biarkan Ima keluar semalam... abang yang tak layan Ima. Jadi malam ni... abang kena bayar ganti rugi," balas Rima lalu menggigit lembut bibir bawah Latif.
"Ima...ab..." Tidak sempat habiskan kata-kata. Rima sudah pun
menyambar bibir suaminya dalam satu ciuman yang mendalam dan rakus. Jari-jemarinya merayap turun dan meraba garisan pusat hingga ke celah ikatan seluar suaminya.
"Ima, abang penat..." Latif menolak tubuh itu tapi Rima semakin mengeratkan pelukannya.
Latif meraup wajahnya setelah dia melepaskan keluhan berat.
"Ima... kepala abang pening memikirkan pejabat, abang betul-betul tak ada mood malam ni."
Rima mengulum senyuman nipis. Jemarinya perlahan-lahan merayap naik merapikan helaian rambut suaminya yang jatuh ke dahi.
"Abang..." suara Rima lembut merdu, sengaja dilunakkan manja di sisi telinga Latif.
"Abang masih nak biarkan sayang tidur sorang-sorang lagi?"
Latif menggeleng perlahan, mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Abang penat. Badan abang rasa lelah sangat. Cuba faham abang sikit."
Rima tidak mengalah. Dia merapatkan lagi dadanya hingga bersentuhan kemas dengan tubuh suaminya manakala jemarinya mula meliar turun merayap ke dada bidang Latif.
"Kalau abang peluk sayang kuat-kuat... hilanglah semua penat tu. Abang tak rindu ke pada sayang? Janganlah tolak sayang macam ni..."
Latif merengus kecil, menolak perlahan bahu isterinya agar sedikit jarak.
"Ima, tolonglah... jangan begini. Abang cakap abang penat, tak faham bahasa ke? Jangan jadi perempuan tak reti bahasa masa orang penat!"
Rima tergamam. Kata-kata kasar itu menyentap tangkai hatinya seketika namun matanya yang membara dengan sisa keghairahan dan rasa tak puas hati tidak kunjung padam.
"Oh, sekarang abang dah pandai halau sayang?" Rima tersenyum sinis, ketawa kecil bernada cabaran terlepas dari bibirnya.
"Ima, cukup!" Latif meninggikan suara. Tampang wajahnya mula tegang menahan sabar.
"Jangan buat abang hilang akal malam ni! Kalau kau terus meragam nak mengada-ngada macam ni, pergi tidur dekat bilik air sana!"
Rima langsung tidak gentar mendengar tengkingan itu. Malah, dia semakin berani merangkup tengkuk suaminya, merapatkan wajah mereka hingga deruan nafas panas mereka bercampur di ruang udara.
"Cubalah halau kalau abang berani..." bisik Rima menggoda di bibir suaminya, sengaja menggeselkan tubuhnya lebih rapat.
"Abang boleh halau sayang tapi malam ni... abang tetap takkan boleh tidur selagi abang tak layan sayang."
"Rima Melati! Abang cakap penat maknanya penatlah!"
Share this novel