Rate

1

Short Story Series 1619

Kau sebut saja nama Harris siapa tak kenal tolong kirim salam ortodoks sedunia. Nampak sangat dia ketinggalan zaman. Satu nama yang dimiliki oleh ramai umat manusia di dunia tapi Harris yang satu ini memang idaman kalbu para gadis di kampus aku. Tapi tunggu.. aku terkecuali.

Sebab?

Aku tergolong dalam geng ortodoks yang ketinggalan zaman tadi.

2:00 petang. Habis kelas tadi aku terus ke surau untuk menunaikan solat zohor sebelum pergi ke kafe kerana perutku sedang rancak memainkan lagu Likey nyanyian kumpulan Twice dari Korea. Kawan baikku berjumpa dengan pensyarahnya sekejap sebelum ke sini jadi aku terus makan tanpa menunggunya. Tiba-tiba ketenanganku disentak oleh kehadiran seorang lelaki asing. Kampus aku ada buat pertandingan marathon sambil kira keluasan tanah ke hari ni?

"Harris!"

Terdongak aku mencari empunya suara lunak yang melaung tadi. Harris? Tuah Harris Jr ke? Lelaki yang menjadi kegilaan para gadis itu?

"Crap!" pemilik nama Harris menggenggam buku lima hingga menampakkan urat tangannya. Peluh yang menitik di tepi dahi menyerlahkan maskulinitinya. Sumpah dia nampak macho walaupun tengah marah macam tu. Tapi satu je aku nak tanya. Dia orang tengah main ice-water ke? Tak nak ajak aku sekali? Main berdua enggak seru bak kata sinetron TV9 pukul 6:00 petang.

"Harris! Dengar dulu apa I nak cakap.. takkan sesenang tu je you nak hukum I?"

"Dah la. I malas. Berapa kali you belakangkan I? Countless time. Kita berdua cukup sampai sini je."

Ewah, tepuk sikit guys. Cantik port dia orang caras buat gelanggang berdebat. Dah takda port lain ke? Tak memasal aku jadi Statue of Liberty kat sini. Cuba bentang meja debat dalam dewan parlimen, untung-untung boleh jadi ADUN ke YB ke? Ah nasib baik Alya belum datang, biar kau mereput dalam ofis pensyarah pun tak apa. Kalau dia dapat tengok drama free ni aku boleh jamin besok riuh sekampus tentang status Harris yang kembali single. Aku tak faham kenapa mesti depan meja aku juga yang jadi lokasi malang. Nasib baik ada berapa kerat je dalam kafe ni, kalau tak dah lama aku azan tepi telinga masing-masing biar dapat hidayah sikit pergi bergaduh tempat lain. Kat surau ke? Sejuk sikit hati. Istikharah sekali minta petunjuk nak putus ke nak teruskan hubungan.

"I tak belakangkan you, sayang."

"I dah lama agak you akan tikam belakang I macam ni. That's why I dah cari pengganti you. Now you bear the pain of getting betrayed by the one you loved. We're done Lydia. Jom baby!"

Katanya dengan nada marah lalu merentap pergelangan tanganku. Hah? Aku? Baby? Sejak bila carta tumbesaran aku menurun dari fasa dewasa ke fasa bayi? Adakah aku menentang hukum fizik, biologi dan kimia?

"Saya tengah makan ni," sambil tayang muka lima sen, aku sambung menggigit ayam goreng.

"I know. Takpa, saya bawa awak makan kat luar okay baby?"

Harris menyimpul senyum manis. Lydia tergamam di tempatnya berdiri. Apatah lagi aku yang langsung tak berkait dengan kisah tragis dua jiwa itu. Tak semena-mena Harris heret aku jadi watak baru dalam plot cerita dia.

Uh.

Inilah permulaannya, aku yang tidak mengenali siapa Tuah Harris Jr dan tidak mahu kenal dengan lelaki itu, kini sudah menjadi baby dia. Pertemuan yang bermula dengan pergaduhan itu telah membuka buku cinta yang baru. Aku dan Harris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience