Rate

2

Short Story Series 1619

Aku tak tahu ke mana dia nak bawa aku. Pegang tangan macam tak nak lepas. Tapi tak pula aku persoalkan apa-apa. Orang tengah patah hati aku malas nak kacau takut esok pagi masuk Harian Metro - mahasiswa terjun dari tingkat tiga sebab putus cinta pulak. Tiba-tiba Harris berhenti di depan dewan kuliah yang ketika itu sedang dilalui oleh ramai penuntut kampus. Satu per satu telefon bimbit diangkat dan dihala ke arah kami berdua.

Jangan cakap..

Klik!

Ada orang tak matikan bunyi kamera. Terus aku tarik tanganku dari pegangan lelaki itu. Aku cuma mampu berharap gambar yang ditangkap tadi tak heboh.

"Thanks baby." Kuat weh! Dia nak bagi semua orang dengar ke macam mana? Ada juga yang telan kamus Oxford ni kang, sebulan makanan tak hadam.

"Eh ingat free ke? Penat aku jadi watak sampingan." Semoga dia meluat dengan sifat materialistikku. Harris tiba-tiba tarik aku mendekati koordinatnya. Badan aku mengeras statik. Muka dia rapat nak mampus dengan muka aku siot. Bergerak seinci je confirm tercium.

"What do you want? Me? You got me already."

Pft.

Sumpah weh rasa macam nak panggil orang ruqyah tepi telinga dia. Geli anak tekak aku dengar dia cakap macam tu. Eii meremang! Sedar akan mata-mata yang memandang dan bibir-bibir yang berbisik, aku tolak lembut figura Harris untuk menjarakkan jurang kami. Boleh sesak nafas oh rapat-rapat dengan si keturunan Tuah ni. Sebelum lebih ramai lagi orang pandang kami berdua baik aku pergi dari sini.

"Eh baby! Jap!"

Sebodoh-bodoh Harris yang melaungkan panggilan baby di tempat umum, bodoh lagi aku kerana menoleh ketika dia memanggilku begitu. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa terpanggil untuk menyahut laungannya.

"Your lunch! Can we make it tomorrow? Sekarang saya ada kelas la.. sorry baby."

Dia bergaduh dengan Lydia depan meja aku. Okay. Dia memangsakan aku sebagai makwe olok-oloknya. Okay. Dia ucap terima kasih. Sangat okay. Satu benda je aku tak okay. Perlu ke panggil aku baby!? Serius aku tak selesa. Eleh ya ke tak selesa? Habis tu kenapa kau toleh waktu Harris panggil baby tadi? Boleh je kau buat tak tahu.

"Take care! I love you!"

Harris hilang di sebalik pintu dewan kuliah. Dan aku? Berjalan ke kelas ditemani soalan yang berbunyi - kenapa ramai perempuan yang minat Harris?

Come on.

Tak nampak ke? Baru je putus dengan Lydia lepas tu cakap i love you pada aku macam tak ada rasa bersalah. Bukan ke selalunya orang putus cinta berkabung dulu tujuh hari tujuh malam? Unfollow instagram? Padam gambar lama? Buang sekotak tiket wayang yang kononnya disimpan sebagai kenangan? Tweet ayat sendu? Tukar status hubungan di Fac? Kan? Orang putus cinta macam tu kan?

Ah lantaklah. Bukan hal kau, Kid.

Oh, hai guys. Aku Kid. Orkid. Orkid binti Mohd Hisham. Aku gadis biasa yang tak popular di kampus sebab boleh dikatakan aku tak banyak cakap dengan orang kecuali dengan Alya merangkap kawan baikku. Aku mungkin dikenali kerana aku salah seorang pemain bola jaring dan pernah mewakili kampusku ke pertandingan terbuka antara kolej/universiti. Sekarang aku dah jarang turun ke court untuk bermain. Kalau sebagai senior yang ajar junior, yeap aku turun tapi tak selalu sebab aku lebih fokus belajar untuk tamatkan pengajian ijazah.

Hidup aku serba biasa. Sehinggalah Harris muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience