Rate

3

Short Story Series 1619

Selepas kejadian kelmarin, kewujudan aku semakin disedari. Oh tolong, aku tak bodoh untuk perasan mata-mata asing yang asyik teleng kepala 180 darjah semata-mata nak pandang aku kalau aku lalu sebelah dia orang. Aku masuk pusat sumber, orang pandang. Aku masuk tandas, orang pandang. Aku masuk surau pun orang pandang! Tak khusyuk aku solat dibuatnya.

"Weh Kid.. kau perasan tak orang asyik pandang kita?"

"Ya ke? Perasan je kau ni. Kita bukan cantik pun dia orang nak pandang, lagi-lagi kau. Hahaha," nafiku diakhiri dengan gurauan. Walaupun Alya seorang peminat tegar Harris tapi dia belum tahu tentang gambar aku dan lelaki itu yang sedang heboh kerana telefonnya rosak. Tak tahu nak rasa lega ke bersyukur. Aku mampu berharap saja agar gosip tentang aku dan Harris lenyap selepas telefon bimbit Alya dibaiki nanti.

"Eh.. Kid! Harris la! Weh dia pandang sini ke? Dia senyum la weh! Ya allah.. handsomenya dia Kid." Aku nampak mata Alya bersinar ketika Harris menuju ke arah kami dengan sebaris senyum yang mencairkan. Serius aku gabra nak mampus sekarang tapi aku diam dan tak menunjukkan apa-apa reaksi sebab takut kawan baikku curiga.

"Weh.. betul la dia datang sini! Kid aku tak mimpi kan?"

"Ya je kau ni, dia pandang orang belakang tu. Dah la jom pergi makan. Aku lapar ni.. kejap lagi kelas pulak." Sengaja aku tarik lengan Alya pergi dari situ sebab tak mahu bertembung dengan jejaka idaman kalbu para gadis itu. Namun nasib tidak menyebelahi aku. Derap kaki seseorang sedang berlari jelas kedengaran mendekati kami berdua dan aku tahu orang itu ialah dia.

"Baby! Tunggu jap.. kenapa laju sangat? Awak nak pergi kelas ke?" tanya Harris dengan nafas yang cungap-cungap. Eii tak habis lagi dengan panggilan baby. Geli tahu tak? Rasa macam nak strok setiap kali dengar dia memanggilku baby.

"Hah? Baby?"

"Eh hai. Saya Harris. Ni kawan awak ke by?"

Boleh tak aku nak pura-pura pengsan? Okay, pengsan sekarang Kid! Baru saja aku mahu rebahkan badan ke lantai Alya lebih pantas memegang lenganku dan membisikkan sesuatu.

"Aku rasa macam aku terlepas sesuatu je ni." Katanya lalu menyengih kambing.

Ingat tak Harris cakap nak bawa aku makan tengah hari di luar? Aku ingatkan dia main-main rupanya dia serius sebab itulah dia datang jumpa aku tadi. Perut lapar. Alya paksa. Aku pun nak tak nak kena setujulah dengan ajakan dia. Yang si anak dara sebelah aku ni pulak tak reti cover sikit gedik tu ke? Hish.

"Kelas pukul berapa by?" ergh sesiapa tolong cekik mamat ni sekejap boleh?

"Pukul 3:00," sampuk Alya sambil sengih-sengih. Ah nanti lepas Harris balik mesti hilang habis senyum dia. Yang ada cuma renungan helang dan aku akan ditanya dengan soalan bertalu-talu. Percayalah.

"Alya, kawan awak ni memang pendiam ke?"

"Uish sedap pulak nama aku bila dia sebut weh," Alya bisik perlahan di telingaku.

"Oh.. kawan saya ni? Dia memang tak cakap sangat dengan orang. Dengan saya je mulut dia murai sikit. Kan babe?"

Apa-apa je la Alya. Kau berbuallah dengan lelaki idaman kau. Malas aku ambik port. Buat sakit otak je.

"By the way kenapa awak panggil kawan saya..," teragak-agak Alya menyoal.

"Baby?" Harris tolong sambung soalannya. Alya angguk.

"Sebab dia girlfriend saya?"

"Hah!?"

Macam nak meletup jantung aku sebaik saja Harris berkata begitu. Aku berbalas pandang dengan kawan baikku di sebelah. Dia menjegilkan mata. Sumpah aku tak tahu sejak bila aku jadi kekasih dia weh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience