BAB4

Romance Series 2291

Malam yang sungguh memenatkan bagi Nazirah Shahirah.Pelanggan yang datang selalu menggoda tetapi hanya memesan burger biasa sahaja.Sungguh low class,desis hati si gadis.Bahunya ditepuk perlahan dan membuatkannya tersentak."Maksu balik dulu ya.Betul ke ni tak nak balik sekali? Maksu boleh hantarkan"pelawa maksu.
"Erk tak apalah maksu,lagi pun kawan Nazirah ada kat area sini so dia boleh tolong hantarkan.Ni tengah tunggulah ni"sengihan ditunjukkan bagi memberikan maksu kepastian untuk meninggalkannya menunggu rakan seorang disitu.
Bukan dia tidak mementingkan keselamatan atau mahu menghalau maksu dan keluarganya,tetapi dia memerlukan ruang untuk healing sambil menghayati angin malam tanpa gangguan."Iyelah,maksu balik dulu kalau ada apa apa terjadi,call maksu atau Aliya tau".Nazirah hanya mengangguk dan tersenyum dengan cukup manis serta berharap maksu nya cepat pergi sebelum rakan nya sampai dan membuatkan dia tidak sempat untuk healing.
BANG!! kedengaran bunyi sesuatu jatuh di atas bumbung gerai,Naz cepat-cepat menoleh ke arah tersebut.Degupan jantung tidak dapat dikawal,tiba-tiba satu suara menyapa "cik Naz!".Hormon Adrenalina dirembiskan membuatkan Nazirah terasa seperti mahu pengsan.
"Bangsat! apa awak buat ni? terkejut saya tahu tak? eeeee" geram Nazirah dibuatnya.Kedengaran tawa Arif terburai tanpa dikawal."Awak tak balik lagi ke? bukan tadi maksu awak baru tutup kedai? ke awak tunggu saya?" usik Arif sambil sisa tawanya kedengaran apabila melihat wajah gadis di depannya berubah merah padam.
"Saya balik dengan kawan.Nanti dia sampailah tu.Tapi kan tadi awak tak dengar ke benda jatuh kat atas bumbung tadi?" pertanyaan Nazirah menghentikan tawa Arif.Dengan wajah yang keruh dia menggangguk dengan perlahan sambil mata menatap wajah tembam Nazirah."Saya dengar tapi..." PIN! mereka berdua terkejut dan Arif menjerit kecil apabila Nazirah terpukul perutnya dengan lengan kerana menoleh separuh badan ke arah bunyi hon kereta yang datang.
"Erm,saya balik dulu ya Arif.Esok Insyaallah kita berjumpa lagi.Goodnight,bye".Nazirah terus masuk ke dalam perut kereta Honda Civic bewarna hitam lalu melambai ke arah Arif yang masih kaku dengan adegan sebentar tadi.
"Mak datok aiiiii..sakit sia!!! apa dia makan nyah..rosak 'roti' aku macam ni." rungut Arif seorang diri setelah bayang kereta tadi hilang dari pandangan.Tanpa menghiraukan pandangan pelanggan kedai runcit berdekatan,Arif menaiki motosikal lalu beredar balik untuk mencari katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience