BAB 6- Arif Daniel jatuh cinta?!

Romance Series 2291

Renungan mata yang redup memandang Nazirah dari balik gerai.Melihat gadis itu bertukus lumus melaksanakan kerja yang ditugaskan menjentik hati kecilnya.Senyuman semanis madu menaikkan pipi tembam gadis itu. " Comel bhai" Arif Daniel jatuh cinta tetapi sebagai seorang lelaki yang poyo,dia tidak mahu gadis itu atau sesiapa pun mengetahui perasaan yang timbul di dalam hati kecilnya.
"Hoi minah! buatkan aku burger daging satu! aku lapar ni!" jerit Arif dari gerai sebelah membuatkan gadis itu tersentak.Mujur jiwanya tidak melayang kalau tidak,sudah pasti pinggan di tangan turut terbaling ke arah jalanraya.
"Encik Arif Daniel,tolong ya.Saya ni pekerja saja.Kalau Encik nak beli burger,Encik boleh pergi ke depan situ order dengan Maksu saya." senyuman plastik dilontarkan kepada Arif yang sedang sengih menahan tawa melihat kejadian pinggan terbaling.
"Dah tahu pekerja,tolonglah eh.Aku ni kan pelanggan,so kau kena lah turut.Customer is always right.Aku yang baru kerja pun tahu so cepatlah aku lapar ni nanti gastrik kau nak tolong ke?" arahan Arif seperti bos besar sungguh mengusutkan kepala Nazirah.
"Biar kau gastrik,aku duduk gelak je nanti huh!" bisik hati Nazirah sambil membungkus penumbuk di tangan kiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience