"Maksu,ooo maksu.Adeh mana pulak dia pergi ni? tadi kata nak kunci dengan phone." Nazirah meletakkan barang tersebut di dalam beg tangan maksu lalu mencari gerangan perempuan 30-an itu.
Semasa menjalankan misi mencari Maksu,Nazirah terdengar suara yang dikenali.
"Oooo,inilah pekerja yang kau cakap hari tu.Handsome ye sesuailah dengan anak makcik ni".Aliya tersipu malu memandang jejaka yang baru sahaja menjadi pekerja Pakcik Rock iaitu owner gerai sebelah.
"Ha maksu,kat sini rupanya penat Nazirah cari.Eh Awak!" wajah Nazirah berubah terkejut apabila sosok tubuh separuh sado berdiri di sebelahnya."Dalam banyak banyak gerailah,apa masalah kau ada dekat sini? Kau tak ada tempat lain ke nak pergi?" Ya sebagai seorang perempuan,Nazirah agak tersentak dengan ayat pedas lelaki tadi lalu mengeluarkan taringnya.
"Wey bro,yang lepas itu lepas please.Tak kan xmove on lagi? lagi pun aku dah minta maaf kan? tak payahlah nak guna ayat pedas!" merah pipi Nazirah menahan geram kalau tidak difikirkan mereka berada di public,sudah tentu akan ditonyohnya mulut lelaki itu dengan bumbu ramen.
"Whatever girl.Give me some privacy here" Lelaki itu terus meninggalkan Nazirah yang masih dalam keadaan membara.
Share this novel