LC02-Uji bakat

Young Adult Completed 14243

berapa ramai kita perlu pilih untuk pasukan kita mun?"soal Mariani. Seminggu yang lalu Maimun bertandang kerumah nya.

"Mar.... aku ada plan yang baik punya"kata Maimun.
"kau demam ke Mun?" soal Mariani.
"Tak.. kau tahu semalam aku tengok satu Cite omputih, tajuk bring it on, ini Cite remaja di negara America bertanding cheerleading. aku nak tanya kau, kau tahu tak Cheerleader tu apa?"soal Maimun.
"Tak kisah apa pun Mun so kenapa dengan cerita tu?"Mariani masih tidak faham.

"Aku ada idea nak tubuhkan pasukan pom pom kampung kita. nanti bila ada pertandingan Bola kampung kita melawan kampung lain kita jadi pasukan sorak mereka lah. ala... macam ultras Malaya tu, tapi kita guna pompom dan tarian. mesti best Mar. aku dah belajar sikit dari Cite tu nanti aku ajar pasukan kita."Maimun bercerita dengan gembiranya.

'so, apa tugas aku?"soal Mariani.

"kau tolong sebarkan iklan, siapa mahu sertai pasukan sorak kampung ni dan kita akan ada kan uji bakat di balai raya kampung. Kita pilih ahli pasukan kita"kata Maimun.

******

'Anda berpewatakan menarik?
minat menari?
ceria! Ayuh sertai ujibakat untuk pemilihan ahli kumpulan sorak kampung.'Taufik membaca ayat yang tertera di papan kenyataan sekolah.
"Apa yang kau baca tu Fik?"soal Fadhil.
"Ni, ada iklan untuk pemilihan pasukan pom pom kampung la dhil, jom ikut aku join"ajak Taufik.
"pom pom tu bukan untuk pompuan jer ker ?, tak nak lah aku join"ujar Fadhil

"Salah pendapat kau tu dhil. kumpulan sorak ni dua-dua gender boleh join, aku dulu salah seorang ahli kumpulan sorak di sekolah aku, tak sangka di kampung ni pun ada jugak "balas Taufik. Dia tidak sangka kata kata Maimun seminggu lalu tu serius. Dan Taufik mahu membantu Merealisasikan impian Maimun.


petang Sabtu hujung minggu ramai remaja kampung Hulu gedong memenuhi dewan serbaguna untuk menyertai ujibakat pasukan sorak kampung.
Maimun bergerak ke atas pentas di dewan itu.

"Assalamualaikum semua, terima kasih kerana sudi hadir untuk menghadiri ujibakat ini, saya akan memilih ahli berdasarkan bakat anda masing-masing. Semua dah ada nombor giliran betul tak. jadi pemegang angka giliran pertama sila ke depan "ujar Maimun.

Taufik semakin terpesona dengan kecantikan Maimun. Taufik bergerak menuju ke hadapan pentas..

" tunjukkan bakat anda sekarang "kata Maimun. Msimun tidak sangka Taufik menjadi peserta pertama.
"Kalau Mun nak belajar menari macam tu Fikbakan tolong."kata Taufik selepas filem bring it on Selesai ditonton di rumah pak Abu.

Taufik mengundur ke belakang, bunyi bunyi sumbang mengejek Taufik sebagai pengecut. kemudian langkah Taufik jeda, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menatal telefon itu. bergema nyaring lagu toxic nyanyian Britney Spears. serentak dengan lagu itu, Taufik menggerakkan tubuhnya seiring dengan lagu. kemudian Taufik menunjukkan sedikit kemahirannya dalam tarian shuffle. ketika lagu sampai ke bahagian chorus Taufik melakukan hand stand untuk tempoh seminit. sesudah itu dia berlari dan memberikan triple And half somersault in the air.(tiga setengah pusingan balik kurang di udara) Taufik mengakhiri persembahan nya dengan tarian 90 an iaitu tarian break dance. Taufik menuju ke arah telefonnya diletakkan lalu Taufik menutup lagu di telefon nya, bergema tepukan daripada semua remaja yang Hadir ke situ. rata rata mula menunjukkan wajah kekaguman dan kerisauan. Maimun yang terpegun dengan persembahan Taufik memanggil jejaka itu ke platform.
"apa kata awak kenalkan diri dan sedikit pengalaman awk"soal Maimun.

"nama saya Taufik. saya dulu ahli pasukan sorak di bandar S. sekolah lama saya ialah sekolah LMN"balas Taufik.

"Okay, sila duduk, saya nak awak bantu saya memilih ahli pasukan kita, dan saya lantik awak sebagai pembantu saya."kata Maimun. Mariani merasa tidak senang hati dengan keputusan Maimun.

"Mun kau dah lantik aku sebagai pembantu kau."kata Mariani.
"kau takde pengalaman Mar, dia ada, ok begini ya Taufik pembantu kanan aku, dan Mar pembantu kiri.
"next peserta kedua."panggil Maimun.
"saya tak reti nak menari seperti dia tadi."kata Zainab.
"menari biasa pun boleh, saudara Taufik ni bekas ahli pasukan sorak di sekolah lama nya dulu." kata Maimun.
"tunjuk kan apa saja tarian yang anda reti, saya cuma nak pilih peserta yang boleh menari dan ada basic. Kalau kaku macam kayu susah sikit saya nak ajar." terang Taufik.
Taufik menatal telefonnya sekali lagi, bergema lagu hey mickey. Taufik memberi isyarat supaya Zainab memulakan gerakan.
Zainab mula menggoyangkan tubuhnya dan tariannya seperti tarian di kelab malam. usai persembahan dari Zainab Taufik bangun berdiri.
"baiklah semua, saya harap tak ada lagi yang menari seperti yang di persembahkan oleh gadis sebentar tadi. Tarian tadi tak ada masalah pun cuma tak proper untuk di persembahan kan disini." ujar Taufik.
Seorang demi seorang menampilkan bakat menari mereka. Ketika tiba giliran Borhan,
" Oii Taufik, ko buka lagu yang kau menari tadi aku nak lagu sama dengan kau. Lagu hey mickey ni aku tak minat sangat. Borhan menyebut nama lagu berdasarkan lirik pertama lagu itu.
" Hey mickey your so fun..."

Taufik kembali menatal telefonnya dan mendengarkan lagu toxic by Britney spears. Borhan meniru tarian Taufik. Sampai ke chorus lagu, Borhan melakukan hand stand tetapi gagal. Tiga dan setengah pusingan balik kuang di udara juga gagal, jadi Borhan melakukan single somersault secara reverse. (balik kurang solo ke belakang). Akibat dari pusingan yang terakhir, kaki Borhan tidak mendarat dengan baik. Dia menggelupur kesakitan sambil memegang kakinya. Ketika di hospital doktor menyatakan buku lali Borhan kini retak dan Borhan di nasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal melibatkan kaki.
"bulan depan saya ada tournament bola doktor" kata Borhan sambil menahan tangisan. Dia tidak mahu Maimun melihatnya menangis. Borhan ialah sepupu Maimun.Puan Limah ialah adik puan Hamimah. Borhan sangat suka pada gadis itu dan kini setelah umur mereka neningkat ke usia 17 tahun, perasaan suka kini sudah bertukar menjadi cinta. Borhan cemburu melihat perhatian yang diberikan Maimun kepada Taufik sehingga memaksanya meniru aksi Taufik. Borhan sudah merangka dan mencetak pergerakan Taufik di dalam fikirannya. Kini bila melihat Maimun begitu prihatin terhadapnya perasaan Borhan menjadi sangat damai dan tenang... Borhan sudah membuat kesimpulan bahawa cintanya kini terbalas. Sebaliknya bagi Maimun.
"Apa aku nak cakap dengan mak si Borhan Mar..." soal Maimun.
"kenapa pula awak yang perlu bertanggungjawab Mun" soal Taufik yang masih setia di sisi Maimun.
"Borhan tu sepupunya Maimun" Mariani menjawab bagi pihak Maimun.
"mak dia tak benarkan dia join aktiviti menari ni tapi dia tu degil." kata Maimun."Jom, Fik hantar Mun balik, biar Fik yang explain" kata Taufik.seraya berdiri.
"wow Mun gentlemannya dia" kata Mariani.

Aku dah kata jangan nak ikut aktiviti tak berfaefah macam tu"puan Hamimah bersuara lantang.

"cheerleading ni satu bentuk exercise yang baik untuk kelancaran tubuh dan meningkatkan daya belajar remaja makcik" kata Taufik.
"Kalau dah sampai patah kaki, masih baik ke macam tu." Puan Hamidah menyindir.
"Borhan cuma retak tulang sikit, bukan patah kaki makcik" Taufik membetulkan.

Terima kasih daun keladi kalau sudi baca lah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience