LC01-pasukan sorak.

Young Adult Completed 14243

Goal!!..…..... Sorakan kegembiraan itu milik pasukan lawan. Ahli pasukan bola sepak sekolah menengah hulu Gedong yang terletak di daerah Sumia di negeri P, menjatuhkan kepala dan bahu mereka. Semangat mereka merundum jatuh. Semenjak sekolah menengah itu dibuka, inilah tahun pertama mereka bakal menempatkan sekolah mereka di peringkat suku akhir. tahun tahun sebelumnya mereka kalah diawal persaingan peringkat kumpulan.
"Team, jangan putus asa..... Itu kan baru separuh masa pertama, kita masih ada 45 minit lagi untuk mengalahkan pihak lawan, semangat lah sikit"kata cikgu Zubir, selaku jurulatih pasukan bola sepak sekolah menengah hulu Gedong itu.
"macam mana nak semangat cikgu, lihatlah pasukan penyokong team lawan kita tu"rungut Saiful, kapten pasukan bola sepak sekolah menengah hulu Gedong. Serentak dengan itu cikgu Zubir dan pemain bola lain memandang ke sekeliling padang. Mereka teruja dengan suasana sebegitu.

"Cikgu masih ada disini memberi kamu sokongan "kata Cikgu Zubir dengan bersemangat.

_Cikgu kalau pasukan harimau Malaya boleh ada ultras Malaya sebagai penyokong, kenapa sekolah kita tak tubuhkan pasukan sorak sekolah cikgu"Sambung Zafuan, penyerang hebat dari sekolah menengah hulu Gedong yang memiliki cita-cita untuk menandingi kehebatan penyerang sensasi negara Aidil Zafuan .
"Nanti Cikgu cuba bincang dengan Cikgu Salbiah.
Perlawanan hari itu berakhir dengan kekalahan besar pasukan bola sepak sekolah menengah hulu sebanyak Gedong sebanyak 5-0.

**********

", Macam Mana Wan, berjaya tak pasukan kita ke peringkat suku akhir?"soal Fadhil, kawan sekelas Zafuan. Fadhil berlari ke arah bas sekolah itu bila dia melihat kelibat Zafuan di atas bas itu tadi.

Zafuan mengeluh dia Sudah dapat menduga situasi ini akan berlaku, tetapi selagi dia belum menjawab Fadhil akan terus mendesaknya dan semakin ramai pelajar akan berkumpul di situ. pemain pemain lain melarikan diri dari kawasan kejadian untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Kalah besar 5-0 dhil,kau rasa?"Luah Zafuan. Ada sedikit rasa geram dengan sikap sesetengah pelajar lelaki di sekolahnya itu, mereka tidak berminat untuk bermain bola sepak dan bila pasukan sekolah mereka kalah, mereka menghentam dan mencerca pemain bola sepak yang sudah berlatih dan belawan dengan sepenuh hati.

******

"Cikgu Salbiah tunggu sekejap, apa pendapat cikgu kalau kita mencadangkan kepada penolong kanan kokurikulum untuk menubuhkan satu pasukan sorak sekolah?" soal cikgu Zubir.

"Tak perlu sampai nak menubuhkan pasukan sorak cikgu, bila ada perlawanan, kita panggil semua pelajar turun bersorak."balas cikgu Salbiah walaupun sebenarnya Cikgu Salbiah sangat meminati bidang cheerleading.

" Tapi cikgu, bagaimana pula jika perlawanan diadakan di tempat lain, maksudnya di luar kawasan sekolah atau kampung? ."sambung cikgu Zubir.

" betul juga cakap cikgu tu, nanti lah saya fikirkan, seronok juga kalau ada pompom girls ni kan?"ujar cikgu Salbiah.

*****
"Weh Dhil, apesal muka lu monyok" Maimun menyapa Fadhil yang berada diperhebatkan bas di hadapan sekolah mereka. Fadhil terduduk bila diberitahu oleh Zafuan mengenai kekalahan besar pasukan bola sepak sekolah mereka itu.

"Team bola kita kalah 5-0."balas Fadhil.
"kenapa teruk sangat"tanya Maimun dengan sinis.
"Zafuan kata sebab mereka rasa sangat kerdil dihadapan pasukan lawan, tambahan pula sekolah kita tak bawa pasukan sorak. mereka kata jika ada satu pasukan sorak sekolah yang menyokong pasti mereka lebih bersemangat."ujar Fadhil.

"Ok,tapi kau jangan sedih sedih, jom kita pergi ke pekan sekejap, Aku belanja makan rojak dan cendol."ajak Maimun.

Maimun dan Fadhil menunggu kedatangan teksi atau bas di hadapan pintu masuk ke kampung mereka. Sebuah kereta berhenti di tepi dan tingkap diturunkan.
"nak kemana?"soal pak Abu salah seorang penduduk kampung yang memiliki kereta. di sebelah pak Abu ada seorang budak lelaki sebaya Fadhil dan Maimun.
"Ke pekan tok"balas Maimun.

"kebetulan pula, tok pun nak ke pekan, jom naik kereta tok"ajak pak Abu.

"mak kamu dah tak buat kuih ke Mun? dah lama tok tak nampak kuih buatan ibu kamu di kedai di manaf"soal pak Abu.

ibu Maimun, puan Limah pakar kuih muih di kampung hulu Gedong itu

"Ada buat tok, tapi pakcik Rahim yang tender kantin sekolah tu dah borong semua. tak sempat nak nak hantar ke kedai makan pak Manaf tu"cerita Maimun.

"Amboi tok, dah ada kawan muda makin bergaya pulak Dhil tengok"usik Fadhil.

"Ini cucu tiri tok, anak tiri Zahid.dia akan mula belajar di sekolah Fadhil esok.Fik, kenal kenal lah dengan kawan baru "ujar Pak Abu.

"Taufik " Taufik bersalaman dengan Fadhil dan tersenyum kearah Maimun.berdebar hati Maimun menerima senyuman yang menggoda itu.

"Aku Fadhil ini kawan baik aku dari dalam perut,Maimun,"kata Fadhil.

Tiba di pekan.

"ok Mun dengan Dhil nak pergi ke mana pergilah, tok tunggu di sini saja, tok bagi masa 1 jam saja ok. lebih sejam, tok tinggal."ugut pak Abu. Maimun dan Fadhil menuju ke arah bangunan kedai untuk melihat lihat apa yang menarik untuk di beli. mereka jarang dapat keluar dari kampung, jadi bila sesekali dapat keluar ibarat rusa masuk kampung pula.

Sebuah kedai video sedang menayangkan satu filem Hollywood. Maimun terpaku di situ.

"Mun, cepatlah, aku nak cari alat tulis ni"gesa Fadhil.

"sekejap dhil, Ko tengok tu Dhil, bestnya kalau dapat tubuhkan pasukan sorak macam tu"Maimun berkata dengan perlahan.

"Bosanlah keluar dengan orang pompuan ni,semak.."kutuk Fadhil.
"Ya Dhil, pasukan sorak dengan pasukan pompom tu benda yang sama. kau join Aku ya Dhil"kata Maimun, mata masih tidak lepas daripada menyaksikan tarian rancak yang dipaparkan di screen tv kedai tersebut.

Fadhil menggeleng kepalanya"Tak nak aku menari macam tu. Aku Pergi dulu kau tunggu di sini ok"kata Fadhil.

"ok!,ok!"sahut Maimun dengan tangan membentuk isyarat OK!.

************

"Tok apa yang menarik di pekan ni?"soal Taufik.
"Tok pun tak tahu tapi apa kata kalau Fik ikut dhil dengan Mun tadi"cadang pak Abu

"Tok ok tak sorang sorang ni.
"Tok dah biasa bersendirian Fik....

Dengan itu Taufik Pergi ke arah haluan Maimun dan Fadhil menuju dan berharap agar dapat menemui gadis manis tersebut.

Senyuman mekar dibibir Taufik bila melihat Maimun berdiri di hadapan sebuah kedai menjual video dan VCD. Taufik perlahan lahan mendekati kedudukan Maimun

Maimun terleka melihat kerancakan tarian yang dipertontonkan dalam VCD itu. badannya bergerak gerak menghayati alunan muzik dari video tersebut. tersenyum Taufik melihat gelagat gadis manis itu."ah.. Maimun, manisnya senyumanmu"batin Taufik berdesis.

"bagaimana lah mereka boleh menari begitukan?"kata Maimun perlahan.

"Senang jer tu, awak nak belajar?"soal Taufik
"Nak... Saya nak belajar."minda luar sedar Maimun membalas, namun Selepas beberapa detik Maimun berpaling ke belakang. Taufik masih dengan senyuman manisnya.
"eh awak..."sapa Maimun.

"Sempat ke nak habiskan filem tu, Atok bagi masa 1 jam saja Tau'kata Taufik.
"tauke, saya nak beli VCD ini berapa harganya."soal Maimun.

Selepas membayar harga yang perlu di bayar MAimun dan Taufik menunggu Fadhil kembali di hadapan Kedai tersebut.

"Awak baru pindah ke sini ya?"soal Maimun
"Ya, dulu saya sekolah di kota, selepas ayah meninggal, mama berkahwin pula dengan anak pak Abu, saya ada masalah sikit di sekolah lama, jadi papa hantar saya balik ke sini"balas Taufik.

"umur awak berapa tahun?"Maimun sedikit malu malu untuk bertanya.
"Lagi 4 bulan cukup 17 tahun."balas Taufik.
"jadi kita sebaya"kata Maimun.
Maimun mengajak Pak Abu dan Taufik menikmati cendol dan rojak terbaik di pekan tersebut.

Selepas selesai makan dan minum, Pak Abu bercadang untuk menghantar Fadhil pulang terlebih dahulu.

"Awak ada VCD player ke untuk tonton filem tu?"soal Taufik selepas Fadhil turun dari kereta pak Abu.
"Selalunya saya pinjam dari Mariani, kalau awak ada, boleh saya pinjam?"soal Maimun kembali.

"jangan kecoh tunggu kejap. pak Abu memandu kearah rumah Maimun, pak Abu turun dari kereta dan pergi berjumpa dengan mak Limah.

"Limah... cucu aku nak ajak si Maimun datang ke rumah aku, nanti aku hantar Maimun balik ya?"kata pak Abu.

"baiklah abang Abu, tapi nah ambillah kuih ni untuk makan dengan cucu Abang abu.

**********

Taufik menyediakan teh o kosong untuk di minum bersama kuih pulut sekaya yang diberikan oleh mak Limah ibu Maimun sebentar tadi.

Taufik menyediakan VCD untuk menonton filem Hollywood yang dibeli oleh Maimun sewaktu di pekan

"Kusyuknya Dia...."usik Taufik.

"Pelakon tu cantik dan menarik"puji Maimun.

"Orang Malaysia lebih cantik daripada pelakon tu semua. kecantikan semulajadi orang Malaysia dengan kulit sawo matang tu lebih menarik perhatian Fik."secara tidak langsung Taufik memuji Maimun.

pak Abu muncul selepas mengerjakan solat Asar.

"dah start dah, restart Fik."pinta pak Abu.

Che da dengki bila tengok author lain pub novel baru, selamat hari raya semua, raya kedua tahun lepas che da kehilangan tonggak keluarga, alfatihah untuk Arwah Ramly bin Dollah, ayahanda yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience