LC03-Taufik

Young Adult Completed 14243

Taufik bin Abdul Muttalib tinggal bersama ibu tercinta selepas bapanya meninggal dunia dalam satu kebakaran yang tragis. encik Abdul Mutalib bekerja sebagai pengurus operasi di sebuah kilang pemprosesan cip di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia.sebuah mesin di kilang itu mengalami kerosakan lalu mengakibatkan pergeseran antara besi sehingga tercetusnya api, dalam usaha encik Abdul Mutalib membantu pekerja nya menyelamatkan diri, pakaian encik Abdul Mutalib di sambar api, semasa di temui enc1ik Abdul Mutalib mengalami kesan lecur sebanyak 90%, dia akhirnya meninggal dunia selepas seminggu berada dalam keadaan koma. usia Taufik baru 5 tahun pada ketika itu. puan Fairah mengambil alih tugas mencari nafkah, dengan berbekalkan sijil diploma dalam pengurusan perniagaan, puan Fairah diterima bekerja sebagai pembantu pengurus.
Selama lebih 10 tahun puan Fairah bergelar ibu tunggal, seorang kawan dari masa kecil puan Fairah menghantar rombongan meminang dan diterima oleh ibubapa wanita itu. Taufik yang selama ini menjaga ibunya bersikap overprotective dan tidak begitu menyukai bapa tirinya encik Ahmad Zahid.
2tahun berlalu....kini Taufik berumur 17 tahun.

Satu hari sebaik sahaja Taufik pulang daripada kelas tuisyen, encik Ahmad Zahid menampar pipi Taufik.

"kenapa papa tampar fik?"soal remaja itu.
"Mana duit Aku yang kau curi?"soal Ahmad Zahid.
"Fik tak curi duit papa, entah entah papa dah joli sana sini kemudian nak menuduh fik pula"Taufik membela diri.
"Apa kecoh ni abang?"soal puan Fairah.
"Anak awak ni dah curi duit saya tak nak mengaku pula"kata Ahmad Zahid.
"Mama, Fik tak curi pun duit papa"balas Taufik.
"Saya dah buat keputusan, dia ni degil dan suka mencuri, saya akan tukarkan dia ke sekolah kampung, Saya nak dia tinggal di rumah ayah saya di kampung hulu Gedong sana"Ahmad Zahid memberi kata putus.
"mama tolong Fik mama, Fik tak nak pergi ke tempat jin bertendang tu."rayu Taufik. Fairah tidak menghalang keputusan Ahmad Zahid kerana merasakan suaminya telah membuat keputusan yang betul. Taufik semakin menyimpan dendam kepada Ahmad Zahid. dia cuma perlu menunggu sehingga tamat peperiksaan SPM pada hujung tahun dan dia bebas untuk membuat keputusan sendiri.
Hari pertama berada di rumah pak Abu,ayah kepada Ahmad Zahid, Taufik seperti cacing kepanasan, perbualannya bersama dengan kekasih hati terhenti sebaik memasuki kawasan kampung itu.taufik segera menulis surat dan menitipkan surat itu kepada puan Fairah untuk disampaikan kepada buah hati yang jauh di mata.

"seronoknya ayah Zahid, dapat member, InshaAllah ayah akan jaga anak kamu ni baik baik. Fairah jangan risau ya"kata pak Abu. Abu Kassim kini sudah pun berumur 68 tahun dan masih sihat walafiat, rutin harian pak abu yang sihat telah memanjangkan usianya. walaupun berusia 6 series, jiwa pak Abu sentiasa seperti jiwa anak muda.
Kalau ayah tak larat nak jaga Taufik ayah hantar dia ke rumah ibu bapa Irah ya"ujar Fairah.
"Apa susah nak jaga remaja umur 17 tahun irah... bapak suka Taufik tinggal dengan bapak"balas pak Abu.

mama dan papa Taufik akhirnya meninggalkan kawasan kampung itu selepas memberi wang kepada pak abu sebagai duit saku Taufik. ini bermakna Taufik perlu menguruskan urusan perpindahan sekolahnya sendiri.

Awal pagi, Taufik tidak mahu mandi, kesejukan air di kampung sangat berbeza dengan di bandar tempat ia tinggal sebelum ini.

_Jom mandi, ini ada air panas untuk Fik mandi. "kata pak Abu sambil membawa seperiuk air panas.
Usai mandi Taufik memakai pakaian, Taufik menyusul pak Abu di dapur.
"ini jer sarapan Fik?"soal Taufik, di dalam pinggan cuma ada 3 ketul karipap sahaja.
"ini duit saku Fik,kejap lagi Tok bawa Fik ke sekolah"ujar Pak Abu.Wang RM5 bertukar tangan.

Taufik mencapai beg sekolah dan buru buru mengenakan kasut sekolah. tiba di sekolah pak Abu membawa surat pertukaran sekolah Taufik yang telah disediakan oleh encik Ahmad Zahid sebelum pulang. Ke bandar hari sebelumnya. Kemudian Taufik diiring oleh cikgu Norliza menuju ke kelasnya.
Sepanjang perjalanan menuju ke kelas 5 Akaun 1, banyak mata mata pelajar lelaki dan perempuan memerhati kan Taufik. pelajar perempuan kebanyakan hampir jatuh cinta dengan ketampanan remaja kota itu. manakala pelajar lelaki memandang dengan tatapan tidak puas hati.
Hari pertama persekolahan di sekolah menengah kampung hulu Gedong, Taufik ditempatkan di kelas perakaunan sesuai dengan subjek teras yang dipelajarinya di sekolah lamanya.

Walaupun baru hari pertama persekolahan di sekolah baru, cikgu Badri, guru prinsip Akaun memberikan soalan pop kuiz di dalam kelas 5 akaun 1.

A
"Sekolah di bandar pun tak boleh nak jawab ke soalan senang macam tu"sindir Borhan sinis.

"sekolah di bandar ke kampung ke bukan penentu pandai ke tidak."balas Taufik

Semasa waktu rehat, ramai pelajar kecoh dengan berita pelajar hensem yang baru belajar di situ. kelas Maimun terletak di blok C, jadi Maimun tidak mengetahui tentang kekecohan yang berlaku di sekolah itu disebabkan oleh kehadiran Taufik.

"Mar... ramainya pelajar perempuan makan di kantin hari ni, kita beli kemudian kita makan di bawah pokok tepi padang ok?"ujar Maimun.
"ok,kau pergi sana dulu aku belikan untuk kau, nak makan apa?"soal Mariani.
"Belikan Mun bihun goreng dan 5 ketul nugget"balas Maimun.
"Nak ABC atau cendol?"
"Cendol pulut."balas Maimun.Maimun pergi ke arah padang sekolah,

Selepas 15 minit, Maimun terdengar bunyi tapak kaki seseorang mendekatinya.
"Lamanya Mar... sempat ke kita nak makan"kata Maimun.
"boleh saya duduk di sini?"suara seorang lelaki membuatkan Maimun berpaling ke belakang.
"sebenarnya itu tempat kawan saya Mariani.dia belikan makanan untuk saya"balas Maimun.
"Awak kisah tak saya duduk tepi awak ni"soal Taufik lagi,Taufik melabuhkan punggung di atas runout sebelah Maimun.
Taufik sebenarnya melarikan diri dari kantin kerana ramai sangat pelajar perempuan mengganggu dirinya yang tengah makan. dia belum tahu selok-belok sekolah itu, Taufik cuma mengikut gerak hati nya melangkah ke kawasan padang. Taufik merasakan ketenangan bila melihat suasana redup di tepi padang dan ada seorang pelajar perempuan di situ. Sebetulnya Taufik terkejut kerana bertemu dengan Maimun disitu.

Mariani yang membawa makanan hendak mendekati Maimun tetapi bila ternampak kelibat seorang pelajar lelaki asing, Mariani mematikan niatnya.

"Awak mesti belum makan, ini saya beli kuih, ambillah satu"kata Taufik.

*****

"eh pia, kenapa Fik tak datang sekolah ya hari ni?"soal Fatin.
"semalam dia mesej cakap dia dah on the way balik ke kampung parents dia, then sambungan terputus, mesej aku langsung tak delivered"kata Sofia.

"kalau tiada Taufik siapa nak jadi center untuk formation kita"soal Fatin lagi.
"Arghhhh aku tak tahu nak cakap apa, balik sekolah nanti kau teman Aku pergi rumah Taufik ya Tin"ajak Sofea.
" Ya captain "balas Fatin.

Well the game is on... Best sekarang menulis sambil menghabiskan sisa kuih raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience