BAB 1

Romance Completed 77367

Tubuhnya ditolak kasar sehingga jatuh terduduk. Adam hanya diam. Dia tidak mahu melawan. Kalau saja dia melawan, pastinya jika pulang nanti dia akan dimarahi. Lebih baik dia mengalah sahaja. Untuk apa dia melawan jika apa yang mereka katakan selalu benar?

"Tengok budak ni! Dahlah tak ada emak, buat baik pulak dengan cikgu-cikgu dekat sini!" Ujar salah seorang budak darjah lima itu.

"Tahlah. Aku rasa seronok. Kalau kita kacau dia, diam diam. Kita belasah dia pun, dia diam. Mintak duit lagilah dapat! Dia anak orang kaya!" Sampuk seorang lagi.

Mereka sering berdua. Menganggu dan sentiasa meminta duit daripada nya. Adam hanya diam. Dia merenung tajam pada mereka. Sekarang sudah waktu balik, pastinya papanya akan mencari nanti jika dia terlambat.

"Kau orang nak duit kan? Ambik duit aku, lepaskan aku. Aku nak kena balik!' ujar Adam dengan sinis.

"Amboi kau? Berlagak betul. Kau rasa kau hebat? Bapak aku kata mak kau bukan perempuan baik-baik sangat!"

Mereka ketawa lagi. Adam hanya diam. Dia duduk merenung tanah. Tidak mungkin perempuan sebaik arwah mamanya begitu. Dia percayakan mamanya. Dan papa, lelaki itu tidak pernah sekalipun memarahi dirinya.

"Aku tak pernah kacau korang. Kenapa korang selalu cakap bukan-bukan pasal arwah mama aku? Kau semua ada mama! Sepatutnya perangai korang tak macam ni!" Adam berani menjawab.

"Kau kurang ajar!"

Tubuh kecilnya ditendang berkali-kali. Adam hanya menekup muka. Dia tidak mahu membalas. Takut. Dia takut. Setiap kali dia dipukul, tiada sesiapa yang tahu atau saja membantu dirinya.

Senyap. Tiada suara atau tendangan. Adam membuka mata sebaik saja melihat kedua budak lelaki itu sudah jatuh ke tanah. Mereka menangis.

"Sayang papa," sapa Shauqeen dengan lembut.

Adam terkaku. Bagaimana papanya boleh di sana? Dia hanya menunduk sebelum melihat Shauqeen mengangkat dirinya dengan penuh kelembutan.

"Kesian anak papa. Kenapa tak pernah bagitau yang diorang selalu kacau Adam? Papa boleh tolong. Adam kan kecik lagi, mesti kena ada orang bantu. Hmm? Kesian sayang papa ni," Shauqeen mengusap kepala anaknya.

Baju sekolah yang sudah kotor ditepuk perlahan. Shauqeen tidak marah. Dia hanya kasihan dengan anaknya. Kecil-kecil lagi sudah menjadi mangsa buli. Sekarang? Dia sendiri menyaksikan bagaimana anaknya menerima nasib hampir sama dengannya dulu.

"Kalau aku dapat tahu kau berdua kacau Adam lagi, aku jumpa parents korang!" Shauqeen memberi amaran.

Budak-budak itu berlari pergi. Dia hanya tersenyum sebelum mendukung Adam. Beg sekolah yang sudah terjatuh di ambil.

"Pedulikan apa diorang cakap. Anak papa baik, tak pernah melawan. Kenapa? Adam rasa, papa akan marah kalau Adam pertahankan diri sendiri? No, sayang. Papa nak Adam kuat. Sekuat mana kita bertahan sampai sekarang," Shauqeen mengesel hidung mereka.

Adam hanya mengangguk kepala sebelum menangis. Anaknya memeluk lehernya dengan erat. Shauqeen menepuk perlahan belakang Adam. Kasihan anaknya, dibenarkan tanpa kasih sayang seorang mama.

Langkah dibawa keluar dari kawasan perkarangan sekolah. Shauqeen membuka pintu kereta sebelum meletakkan Adam dikerusi. Dia hanya memakaikan tali pinggang keselamatan buat anak itu sebelum bergerak ke tempat duduk pemandu.

Enjin kereta dihidupkan sebelum memandu pergi. Shauqeen hanya memandu tenang. Harini, dia tidak bekerja. Tidak pernah pulak dia tahu anaknya dibuli begitu. Apa mungkin selama ini dia tidak cukup perhatian kepada Adam?

"Papa? Kenapa mama tak ada mama?" Soal anak itu dengan polos.

Rasanya seperti ditusuk besi tajam. Kereta berhenti seketika dek lampu merah. Dia hanya menahan segala rasa.

"Mama ada. Cuma bukan dengan kita. Allah dah bawa mama tinggal dekat dia dekat syurga. Adam sendiri tahu semua tu kan? Kenapa ni? Anak papa ok?" Tanya Shauqeen sambil mengusap pipi anaknya.

Adam nampak sugul. Tangannya memegang tali pinggang keledar dengan erat. Anak itu, wajahnya memang persis Iman. Tiada sedikit pun sepertinya. Anugerah terindah yang ditinggalkan wanita itu sebelum pergi selamanya.

"Semua orang ada mama. Tapi Adam? Adam tak ada mama. Bila hari sukan, mama tak ada. Semua orang dapat peluk mama diorang. Bila sambutan hari ibu, Adam tak ada cerita untuk dikongsi. Adam..nak mama," anak itu menangis teresak-esak.

Shauqeen serba salah. Rasa hiba menerpa diri. Matanya berkaca. Dia mengangkat Adam sebelum dibawa ke dalam pelukan. Anaknya menyembamkan wajah pada dadanya.

"Tak semua orang dapat apa Adam dapat. Adam ada mama hebat yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa. Cuma, papa yang gagal untuk jaga mama baik-baik. Papa mintak maaf, sayang." Luahnya sebelum mengucup segenap wajah Adam.

"Adam sayang papa," ujar Adam dengan wajah sembab nya.

"And I love you more, dear. Papa ada. Papa janji akan jaga Adam sampai akhir hayat papa," tegas Shauqeen dengan senyuman dibibir.

Adam mengangguk pantas sebelum memeluknya. Shauqeen mengusap belakang anaknya dengan lembut. Hiba. Sesak. Perit. Perasaan yang datang bertandang setiap kali dia cuba untuk bangkit.

Tujuh tahun. Tidak semudah yang apa orang sangka. Hidup di dalam bayang-bayang wanita yang sudah tiada. Apa lagi dia boleh lakukan? Sekeras apa dia meminta ampun dari Allah, wanita itu tidak akan pernah kembali. Dia hanya perlu teruskan hidupnya bersama-sama Adam.

Matanya dipejam seketika. Mengambil kekuatan dengan memeluk anak itu. Bibirnya mengigil menahan tangis. Rasa bersalah yang masih menerpa diri.

"Iman," bisiknya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience