PROLOG

Romance Completed 77367

Mereka berdua saling berpandangan. Renungan tajam itu menusuk ke dalam bebola matanya. Sesekali dia mengerdipkan mata sebelum memandang pada lelaki dihadapannya. Beberapa orang lelaki lain sedang mengepung dirinya. Shauqeen hanya tersenyum sebelum menarik picu pistol.

"Jangan buat macam ni, Shauqeen! Jangan paksa aku! Kau tahu aku sayang kau! Jangan jadi bodoh macam ni!" Suara Shazani kedengaran kuat.

Abangnya sudah tiba bersama pasukan nya. Memakai seragam lengkap dengan senjata ditangan. Dia? Berdiri tegak dihadapan mereka bersama pistol ditangan.

"Kau tahu, angah. Semua ni takda makna pada aku. Hidup aku dah musnah. Aku dah hilang semuanya!" Ujar Shauqeen.

"Ini bukan jalan penyelesaian nya! Qeen! Takkan kau sanggup untuk bunuh semua orang dekat sini termasuk diri kau sendiri?!" Shazani memberi isyarat kepada pasukan nya untuk berundur.

Arahannya diterima. Mereka yang lain berundur beberapa tapak. Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja. Tangannya mengigil memegang senjata ditangan. Ini kali kedua dia terpaksa berdepan dengan ahli keluarga sendiri.

"Semua rasa bahagia aku dah musnah. Kau sendiri tahu, Ngah. Aku hilang semuanya. Termasuk anak aku," Shauqeen sudah menitiskan airmata.

Hatinya terlalu sakit. Kehilangan terbesar yang takkan dapat dia lupakan. Dia, takkan sesekali maafkan mereka semua. Lebih baik dia mati bersama-sama mereka daripada terus tersiksa begini.

"Qeen! Janganlah macam ni. Aku faham perasaan kau. Kalau kau tahu apa perasaan arwah Iman dan Adam kalau nampak kau macam ni, mesti kau takkan buat. Kau budak baik, Qeen! Jangan jadi macam ni!" Rayu Shazani lagi.

Lelaki itu menggeleng kepala berulangkali.

"Diorang semua memang patut mati! Kalau bukan sebab Anum, anak aku takkan mati! Perempuan tu dah rosakkan semuanya! Kalau aku tak dengar cakap mama, semua ni takkan jadi!"

"Mama cuba nak yang terbaik untuk kau! Apa yang jadi hanyalah pilihan Anum. Kau sendiri tahu semua tu."

"Tapi mama tinggalkan aku! Mama tinggalkan aku lepas dia tahu siapa aku! Kalau kau dekat tempat aku, apa kau rasa?!"

Senyap. Tiada jawapan yang dapat dia balas. Shazani menelan air liur. Kalau hendak bercakap lebih lanjut, dia tiada di posisi adiknya. Kenapa? Kenapa semuanya tidak seperti yang mereka mahukan? Kenapa tetap saja semuanya musnah?

"Kalau kau dekat tempat aku, kau boleh terima kalau anak kau mati? Kau takkan mampu! Masa isteri kau hampir mati dulu, kau hampir gila! Macam tu jugak aku! Kau jangan nak sekolah kan aku!! Sekarang, biar aku mati dekat sini dengan diorang!" Ujar Shauqeen lagi.

Kotak kecil ditangan diangkat. Sekali tekan sahaja, seluruh bangunan itu akan meletup. Shazani sudah tidak dapat bersabar lagi. Jarinya mendekat dengan picu. Tidak mungkin dia akan ulangi kesilapan yang sama! Tidak mungkin!

"Shauqeen! Jangan paksa aku! Aku takkan tembak kau dekat sini!" Jerkah Shazani yang sudah mengigil.

Shauqeen ketawa.

"Kenapa kau nak ragu-ragu? Kenapa susah sangat kau nak bunuh aku? Aku bukannya adik kau!"

"Kau adik aku! Sampai bila-bila pun kau tetap adik aku, Shauqeen! Biarlah satu dunia ni hukum kau, aku tetap percayakan kau! Kau adik aku! Darah daging aku!!"

"Tapi mama dah buang aku. Papa? Langsung tak pernah hargai aku. Apa lagi aku boleh buat? Kau sendiri tahu, aku sakit. Sakit sangat, Ngah. Aku tak mampu nak hadap semua ni."

Tangisannya pecah. Airmatanya menitis laju seperti air hujan. Bunyi guruh berdentum kuat dilangit.

"Ingat Allah, Qeen! Aku sayang kau. Aku sayang kau! Kau ada aku! Anak-anak aku sentiasa akan jadi anak-anak kau jugak!"

"Tapi takkan sama dengan Adam! Itu anak aku. Anak aku dengan Iman. Dia dah tak ada. Aku dah gagal, Ngah. Sekarang jangan halang aku."

"Shauqeen!!!!"

Shauqeen memejamkan matanya. Semua ini akan berakhir. Inilah jalan yang dia pilih.

"Papa!!!!!!"

Suara jeritan kecil itu kedengaran. Shauqeen membuka matanya dengan pantas. Adam! Anaknya sedang berdiri dihadapannya. Atau lebih tepat lagi bersama dengan Anum.

"Papa! Adam tak nak papa mati!" Jerit Adam sambil menangis.

"Shauqeen! Saya tak pernah khianati awak! Semua tu hanya tipu daya diorang untuk pisahkan kita! Percayalah! Shazani yang dah selamatkan kami! Now, please.. tolong jangan bunuh sesiapa. Come back."

Rayuan mereka kedengaran silih berganti. Shauqeen menitiskan airmata. Jadi, semuanya masih ada? Perlahan sahaja tangannya melepaskan segala benda yang berada di dalam genggaman. Bibirnya mengukir senyum sebelum dia berjalan ke arah Adam.

Bang!

"Shauqeen!!!"

Shazani sudah berpusing ke arah belakang. Dengan pantas, dia melepaskan tembakan tepat pada salah seorang anggota nya yang menembak adiknya. Lelaki itu rebah ke tanah sebelum dia berlari mendapatkan Shauqeen.

"Qeen! Kau tak boleh mati, Qeen! Aku dah janji dengan semua orang untuk bawak kau balik!!" Shazani sudah memeluk adiknya erat.

Adiknya memuntahkan darah.

"Papa! Papa don't die!"

"Shauqeen! Saya mintak maaf sebab tak percayakan awak sebelum ni! Maafkan saya!!"

Tangisan mereka kedengaran kuat. Raungan Adam semakin kuat memasuki corong telinganya. Shauqeen mengerdipkan mata beberapa kali. Wajah-wajah yang sedang menangis itu ditatap sayu.

Ah, dia tidak keseorangan rupanya.

"Papaaaaaaaaaa!"

Pipi Adam disentuh lembut.

"J...jangan nangis, dear. Pa...pa a....sayang Adam," luah Shauqeen.

"Adam pun sayang papa. Papa dah janji nak jaga Adam sampai Adam besar! Papa kena tunaikan janji tu!!" Adam menumbuk kuat dada papanya.

Anum memeluk anak kecil itu. Dia menyentuh pipi Shauqeen yang sembab dengan airmata. Kenapa? Kenapa dia tidak mahu percayakan lelaki itu sebelum ini? Kenapa dia mudah percayakan kata orang lain?

"Anum. Sa...saya....s...cintakan awak. Terima kasih sebab selalu jadi isteri yang baik. Mama yang baik," luah Shauqeen sambil tersenyum.

"Tak! Saya belum jadi isteri yang baik untuk awak! Saya tak boleh tandingi cinta awak, Qeen! Jangan tinggalkan saya. Bagi saya peluang untuk hargai awak!" Rayu Anum yang sudah menangis.

Pandangannya kabur. Suara mereka sudah tidak kedengaran lagi. Nafasnya turun naik.

"Shauqeen!!!!!!!!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience