BAB 2

Romance Completed 77367

Lauk yang terhidang dipandang. Anum hanya duduk dikerusi tanpa sebarang suara. Beberapa pasang mata memandang padanya. Mereka semua makan dengan tenang tanpa sebarang rungutan. Bunyi sudu berlanggar sesekali menyentak lamunanya.

"Dah kenapa? Tak reti nak ambik sendiri?" Suara kasar itu kedengaran.

Anum mendongak. Wanita itu merenung tajam padanya. Nurain, ibunya.

"Mummy ni, kenapa kasar sangat dengan dia? Biar Izak bantu dia. Kan dia adik Izak!" Lelaki berjambang itu pantas menyedok nasi ke dalam pinggangnya.

Ayam goreng diletakkan bersama kuah kari. Izak hanya menompang dagu sebelum tersenyum padanya. Anum senyap.

"Memang dia adik kamu, tapi bukannya adik kandung. Jangan melebih, Izak. Mummy dah cakap kan? Mummy tengah carikan kamu calon isteri. Jangan kotorkan tangan kamu untuk layan perempuan ni macam anak raja." Nurain bersuara tegas.

"Well, I don't care. Izak suka dia. Apa kata Izak kahwin je dengan dia, mummy?" Ujar Izak dengan sengihan.

"Apa?! Kamu jangan buat gila dekat sini. Kamu nak tengok dia mati sekarang, cakap sekali lagi!" Marah Nurain.

"Relax, mummy. I'm just kidding okay?" Izak angkat kedua tangan tanda menyerah.

Matanya dikenyitkan kepada Anum. Memandang pada gadis comot yang tidak bergerak walau sedikit pun. Sebenarnya dia hairan, kenapa susah sangat dia hendak mendengar suara gadis itu? Atau memang mummy tidak benarkan dia bercakap?

"Anum. Aku nak kau dengar baik-baik. Nanti aku akan bawak kamu jumpa anak Datin Fauziah. Kau akan aku jodohkan dengan anak dia, so be prepared." Beritahu Nurain.

"Tapi, Anum tak nak kahwin lagi. Anum kan masih muda? Mummy bagi abang Izak kahwin dulu lah." Jawab Anum dengan berani.

Serentak dengan jawapannya, sudu dihentak kuat di dalam pinggan. Nurain sudah hilang sabar.

"Aku cakap benda mudah! Apa yang susah sangat?! Kenapa kau tak boleh nak dengar cakap aku?! Kau bukannya buat apa dekat dalam rumah ni! Tugas kau bersihkan rumah ni! Sebab kau tu, anak orang gaji!!" Kepalanya ditunjal dengan kuat.

Anum hanya menahan. Tidak sedikit pun dia melawan. Sebab dia sedar diri. Dia hanyalah anak seorang pembantu rumah yang kebetulan menjadi darah daging mereka. Ibunya mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Arjuna sehingga dia dilahirkan. Sekarang? Dia harus menghadapi segalanya dek kerana lelaki itu menghilangkan diri.

"Apa yang susah sangat?! Kahwin dengan anak Datin Fauziah, kau hidup senang! Aku dapat untung, kau pun dapat! Susan sangat ke?!" Rambut gadis itu ditarik kuat.

"Sakit, mummy! Sakit!" Ujar Anum yang memegang tangan wanita itu.

Nurain mendengus kasar. Suara rayuan gadis itu persis emaknya dahulu. Perempuan jahat yang merampas suaminya. Sekarang? Gadis itu yang harus menerima semuanya.

"Aku benci manusia macam kau! Manusia yang tak reti hargai pertolongan orang lain! Macam emak kau! Rampas suami aku!" Nurain menarik rambut Anum sebelum mula gadis itu ditonyoh kuat ke dalam pinggan.

Anum hanya diam tanpa suara. Hanya saja dia sudah terbiasa. Tidak cukup dengan itu, badannya ditarik sebelum ditolak kasar ke lantai. Dia hanya menunduk. Butir-butir nasi sudah melekat pada muka dan rambutnya.

"Kenapa kau suka sangat spoilkan mood aku?! Perempuan murahan!"

Pang! Kedua pipi nya ditampar berkali-kali. Nurain yang sudah puas terus berlalu daripada situ. Anum duduk dilantai tanpa berganjak.

"Anum sayang, kesian dia. Meh sini, abang boleh happykan Anum tau. Nanti malam abang datang bilik eh?" Bisik Izak yang entah bila sudah bertinggung dihadapannya.

Pipinya dicium sedalamnya. Izak tersenyum puas sebelum berlalu pergi dengan siulan di bibir. Anum mengelap pipinya dengan kasar. Tubuhnya dicakar dengan kuku sendiri. Jijik! Jijik! Dia berada jijik dengan diri sendiri!

Kehidupan di dalam keluarga ini tidak seindah seperti orang lain rasa. Apa dia mampu buat kalau semuanya dirampas oleh mereka? Menjadi mangsa pukul dan mangsa seks! Tidak dapat dia lari!

Ke mana? Ke mana bapanya? Ke mana Tan Sri Arjuna menghilang? Kenapa lelaki itu tega meninggalkan dirinya sendiri?

Tangisannya pecah. Dia menangis teresak-esak sebelum mengetuk kepala sendiri.

"Cik! Cik Anum! Jangan begitu, sih! Jangan! Ya Allah! Kasian cik!" Bibik Surti sudah mendapatkan dirinya.

Tubuhnya dipeluk erat. Itulah gadis yang membesar dengannya. Gadis yang menjadi pembantu rumah atau lebih tepat lagi menjadi tempat utama dia berteduh. Anum menangis semahunya di dalam pelukan Surti.

Dia mahu lari. Tetapi kakinya masih terikat. Apa lagi dia dapat lakukan? Sampai bila dia harus berada di dalam rumah yang langsung tiada rasa nyaman?

"Sabar ya, cik Anum. Saya itu pasti banget nanti nya pasti Tan Sri akan kembali. Kita doa ya? Saya ada sama cik," pujuk Surti sambil mengusap kepala gadis itu.

"Saya nak keluar daripada sini, Surti. Saya nak keluar. Saya tak sanggup lagi. Saya terseksa dekat sini." Luah Anum sambil menangis.

Jijik. Hina. Dia bencikan diri sendiri yang tidak dapat melawan mereka. Kenapa dia lemah? Kenapa? Kenapa saja tiada yang dapat menyelamatkan dirinya? Kenapa bukan orang lain dan kenapa dia? Dunia memang tidak pernah adil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience