TERTANGKAP DI HAVANA, CUBA

Romantic Comedy Series 4103

Sekitar tahun 2013 (tarikh kejadian terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan) saya telah diberi tugasan oleh Rafael Correa untuk memantau aktiviti ketenteraan Republic of Cuba. Tugas utama saya adalah menyalurkan segala maklumat berkaitan ketenteraan republik tersebut. Itu sahaja tugas saya.

Dari Lapangan terbang KLIA, saya diterbangkan terus ke negara republik itu. Kemasukan saya ke negara Cuba berjalan lancar. Ini kerana saya menggunakan pasport Malaysia dan menggunakan identiti palsu.

Saya menyewa hotel di Melia Habana yang terletak di Avenida 3ra kerana hotel tersebut hampir dengan kawasan sasaran saya. Setiap tengahari saya akan berjalan kaki di sepanjang Avenida 5ta bagi mendapatkan maklumat persekitaran dan kemudian akan saya salurkan maklumat tersebut terus kepada Rafael Correa melalui Yahoo! Messenger.

Tanpa saya sedari, sepanjang lima hari saya berada di Havana, saya telah diperhatikan. Saya fikir, muka saya ala-ala Zul Arifin ini dapat mengaburi mata-mata perisik-perisik Cuba. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Dengan tubuh badan yang kekar dan maskulin saya ini telah menimbulkan syak wasangka oleh musuh.

Keesokan harinya saya harus pulang ke Malaysia. Jadi saya mesti selesaikan tugas saya yang masih berbaki. Lalu saya mengambil keputusan untuk ke Circo Nacional de Cuba bagi mengumpul maklumat yang terakhir. Sedang saya asyik memerhati kawasan tersebut, tiba-tiba kepala saya diserkup dari belakang dan saya dipukul bertalu-talu.

"Suficiente! Lo necesitamos vivo...vamos a traerlo a nuestro jefe." Kedengaran satu suara garau memberi arahan.

Kepala saya berpinar-pinar akibat hentakan kuat di kepala. Dan mengakibatkan tidak sedarkan diri selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience