SELEPAS TAMAT SPM, BERTEMU EMMA WATSON

Romantic Comedy Series 4103

Aku tak tahu keputusan peperiksaan apa yang orang sibuk-sibuk cerita di Fac sekarang ini. Tapi waktu aku dahulu, sebaik sahaja mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah Aminuddin Baki Chemor, aku terus melarikan diri ke daerah terpencil Panama iaitu Las Sabanas.

Keputusan aku ketika itu nyawa-nyawa ikan. Aku tahu, sekiranya aku terus berada di Malaysia, aku akan disisih masyarakat dan akan dihina hingga ke Fac. Ketika itu siapa yang gagal dalam peperiksaan, hidupnya pasti melarat. Kata dioranglah...

Itu sebabnya aku melarikan diri jauh ke Panama. Cita-cita aku ketika itu mahu menjadi seorang perisik elit khas dalam unit 'Komitet Gosudarstvennoi Bezopanosti'. Disebabkan subjek Geografi aku jahanam teruk ketika peperiksaan SPM, aku tersalah faham tentang lokasi tempat latihan itu. Aku sangkakan Panama itu terletak di dalam USSR (Sekarang ini Rusia), sebaliknya bukan.

Perancangan Allah itu indah. Disebabkan kesilapan yang tidak disengajakan itulah aku dapat mengenali Emma Watson. Sebenarnya Emma Watson itu adalah seorang perisik elit dari Gerakan Khas Komando dalam Unit Risikan Panama.

Sepanjang kami berdua berada di Panama, kami digandingkan banyak dalam Operasi Khas militan. Hingga kami berdua saling jatuh cinta.

Akan tetapi apabila berada dalam Unit Khas Perisikan bertaraf dunia, para ahli dilarang sama sekali bercinta dan berkahwin ketika bertugas. Akan tetapi kami sedar yang kami tidak boleh berhenti kerja ikut sedap hati kami. Kalau kami berhenti kerja, macam mana kami hendak bayar personal loan dan kad kredit?

Lalu kami terus sahaja bercinta senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Gaji bulanan diterima tanpa gagal seperti biasa. Demi gaji, kami terpaksa merahsiakan hubungan suci kami berdua.

Hinggalah pada suatu hari itu, hubungan cinta kami berdua dihidu oleh General besar dalam Unit Risikan iaitu Juan Carlos Varela (Sekarang ini President Panama). Kami diarahkan untuk ditangkap dan dihukum bunuh kerana melanggar undang-undang ketenteraan.

Aku dan Emma Watson melarikan diri ke dalam hutan belantara. Ketika itu perancangan kami hanya satu iaitu: mahu berpaling tadah ke atas Panama. Kami perlu mencari negara yang kuat dan mempunyai senjata nuklear yang banyak.

Akhirnya kata putus dicapai.Kami berdua akan keluar dari hutan Parque Nacional Omar Torrijos setelah hampir tiga bulan bersembunyi. Kami akan menuju ke Rusia untuk bertemu Vladimir Putin untuk dapatkan bantuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience