Tidak ingin melakukan kesalahan yang sama seperti sebelum ini.
Subjek yang kuat daya tahan menjadi pilihan.
Jangan benarkan subjeknya 'padam' terlalu awal.
.
.
.
.
201201
19:34
Waktu sebegini biasanya dihabiskan dengan duduk di ruang menonton. Menonton rancangan kesukaannya sambil menikmati makanan ringan yang dibeli di kedai serbaneka di hujung jalan.
Namun, rutin itu tidak berlaku untuk malam ini.
Mungkin kalau bukan sebab tuntutan kerja dari tempat dia belajar demi menggenggam segulung diploma, dia tidak akan bergerak dari aktiviti rutinnya.
Dia mula menyusun buku yang perlu dibawa ke cafe. Tempat yang telah dijanjikan dengan ahli kumpulannya yang lain untuk melakukan perbincangan sebelum memulakan projek mereka.
Jam di dinding dipandang sekilas.
19:45.
Masih ada 20 minit lagi.
Terlalu awal bergerak pun tidak guna juga. Lagipun cafe yang mereka semua janjikan cukup dekat untuk dia berjalan kaki. Hanya mengambil masa selama 10 minit.
Dia duduk di sofa bersendirian. Tenggelam dalam media sosial sekadar untuk membuang waktu yang tersisa sebelum dia pergi ke cafe.
Ting...!
Ting...!
Ting...!
Ting...!
Ting...!
Ting...!
Ting...!
Bertalu-talu mesej dari aplikasi chatting. Dia tersentak apabila terlihat empat angka disudut kanan telefonnya.
20:05.
Terlambat.
Dia pantas bangun dari duduknya dan mencapai kunci rumah. Dia berlari kecil menuju pintu keluar. Tergesa-gesa memakai kasut sebelum keluar dari tempat dia menyewa. Dia berjalan dengan pantas. Mengejar masa.
Sesekali tangannya ligat membalas semua pesanan dari rakan sekumpulannya.
Barrkkk...!
Bahunya dilanggar seseorang dengan kasar. Badannya jatuh terduduk di lantai pejalan kaki. Dia meringis akibat rasa nyeri yang mula terasa di tulang punggung.
Nasibnya betul-betul sial kali ni.
Lebih sial lagi bila dia terpandang keadaan telefonnya yang elok terletak beberapa meter dari kedudukannya. Kelam-kabut dia mencapai telefon itu. Langsung tak pedulikan rasa sakit tadi ataupun orang yang telah melanggar bahunya.
Skrin telefonnya retak dan lebih parah langsung tidak boleh dihidupkan semula. Dia menghembuskan nafas pasrah. Matanya mula diedarkan ke belakang. Mencari susuk tubuh yang tadi melanggar bahunya sewaktu dia terburu-buru.
Sama ada sengaja atau tidak.
Mana tahu nasib kembali berpihak padanya, boleh minta ganti rugi.
Namun, sekali lagi dia perlu lupakan hal seperti itu. Dia hanya bersendirian sekarang di lorong ini. Jalan pintas yang biasa dia gunakan untuk ke cafe. Punca kenapa dia boleh menghabiskan masa selama 10 minit hanya untuk tiba di cafe itu.
Perlahan dia bangun dari mencangkung. Sekali lagi dia memandang hujung lorong pintu masuk. Tiada tanda-tanda kehidupan disitu membuatkan dia kembali menghembuskan nafas pasrah. Kakinya mula kembali melangkah.
Namun dengan semangat 50-50.
Baru saja beberapa langkah dia maju, dia terpaksa menghentikan langkahnya semula. Bahunya ditepuk seseorang. Tanpa sebab yang pasti badannya menegang ditempat.
Peluh dingin mula menampakkan diri di dahinya bersamaan dengan pelbagai fikiran negatif. Dari yang logik sampai terlalu menyimpang fikiran manusia.
" Ah, maaf." Sebuah suara ditangkap telinganya. Dia berpaling. Meneguk air liur dengan payah. Pucat wajahnya tergantikan dengan raut lega melihat susuk manusia normal sepertinya memandang dengan raut bersalah.
" Iya?"
" Saya orang yang langgar bahu tadi. Maaf ye. Saya nak cepat soalnya. Jadi tak sengaja."
Mulutnya membulat dengan kepala mengangguk kecil.
" Awak tak apa-apa ke?"
" Eh, tak. Ok. Cuma tulah. Telefon saya rosak." Laju kepalanya menggeleng.
Lelaki yang tidak dikenali, yang kini berdiri dihadapannya mengaku sebagai orang yang telah tidak sengaja melanggar bahunya, menampilkan raut bersalah. Dia menggaru keningnya seketika sebelum dia mula teringat sesuatu.
Tangannya diraba ke poket seluar yang dipakai. Mengeluarkan beg duitnya.
" Ini, ada sikit. Gunalah untuk betul kan telefon sebagai tanda maaf saya." Beberapa keping note 100 dihulurkan padanya.
Tanpa ragu dia menerima. Dalam hati dah berlagu riang. Sekurangnya malam ini tidaklah malang sangat nasibnya.
" Ok. Terima kasih." Ucapannya. Sekadar berbasa-basi. Tanpa segan dia mula mengira jumlah wang diterima.
" Kalau macam tu saya gerak dulu. Masih ada perkara yang tak diselesaikan lagi. Jumpa lagi, FIK." lelaki itu beredar.
Fik, lelaki yang masih asyik dengan dunianya, hanya mendiamkan diri. Tidak mengendahkan kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya sebentar tadi. Apa yang dia tahu, telefonnya akan terganti dengan yang baru.
Tanpa berlengah dia turut melangkah laju. Meninggalkan tempat itu.
.
.
.
.
Setiap kebaikan yang dilakukan perlu ada bayaran, betul atau tidak?
Aku tidak tahu yang mana satu betul dan bahagian mana yang salah. Namun, dari apa yang aku tahu dan pelajari, setiap kebaikan yang aku buat, ada bayaran yang akan atau dengan kata lain perlu aku dapatkan.
Tidak peduli dengan cara apa sekalipun bayaran dibuat. Aku terima seadanya.
Namun, bayaran tersebut perlu setimpal dengan apa yang telah diperbuat.
Misalnya sekarang.
Setelah 10 jam aku membuang waktu berharga aku dikawasan berdekatan lorong. Menunggu waktu yang tepat untuk aku mendapatkan bayaran balik.
Akhirnya, membuahkan hasil.
Hasil yang aku harapkan tidak akan berakhir seperti sebelum ini.
Segala usaha aku lakukan dengan penuh berhati-hati dan waspada. Membuatkan aku sekarang berakhir ditempat yang sepatutnya.
Dengan. Selamat.
Namun, itu bukan masalahnya. Cuma yang menjadi persoalannya sekarang, apa yang perlu aku lakukan pada subjek aku kali ini?
Aku berdiri tegak dihadapan subjek aku. Berpeluk tubuh memandang subjek yang masih tidak sedarkan diri di tengah ruangan.
Duduk di kerusi dengan tangan digari disisi kerusi dan kaki diikat di kaki kerusi dengan kepala tertunduk.
Terlintas jugak difikirkan aku, lehernya takkan patahkan nanti bila terlalu lama dalam keadaan itu?
Dahi aku berkerut.
Tiada yang dapat aku fikirkan buat waktu sekarang. Mungkin aku perlukan rehat.
Idea yang baik. Tidur yang cukup dan berkualiti akan membantu perkembangan otak.
Jadi tanpa ragu aku melangkah pergi. Meninggalkan ruang bawah yang biasa aku gunakan bersama subjek aku untuk naik keatas.
Aku. Perlukan. Tidur.
Namun, aku teringat akan sesuatu yang bakal menyusahkan telinga aku nanti apabila aku berniat untuk kembali ke sini demi bayaran.
Membuatkan aku membatalkan niat untuk naik. Berpatah balik masuk ke dalam ruangan.
Share this novel