02 (II)

Crime Series 544

191411
23:45

Titt...

Dia terjaga dari tidurnya yang entah sejak bila dia melakukannya. Memandang ke arah pintu yang terbuka menampakkan satu susuk tubuh lelaki berpakaian putih.

T-shirt lengan panjang berwarna putih, seluar slack putih dan kasut biasa juga putih.

Penampilan yang sama seperti semalam. Cuma kali ini yang berbeza, dia kembali bersama dua benda kecil tapi tajam di dalam tangan kanannya.

Gunting dan pisau.

Memandang ke arah subjek yang sedang memerhatikan dirinya sejak dia mula masuk sehingga sekarang tanpa sebarang reaksi diwajah. Hanya membalas pandangan penuh menyelidik dari subjeknya.

Dia menarik sebuah kerusi plastik berwarna putih yang sengaja di letakkan di penjuru bilik sejak bilik ini digunakan. Kerusi yang selalu digunakan untuk dia duduki sambil menggambar.

Ditarik nya kerusi itu dan berhenti di tengah ruang. Dihadapan subjeknya. Dia duduk disitu dengan tenang dan bersilang kaki.

Kepalanya digerakkan ke kiri dan ke kanan dalam jangka masa yang lama disetiap satu pergerakannya. Kemungkinan berfikir tentang sesuatu yang tidak dapat sesiapa jangka dengan matanya langsung tidak berkelip dan berkalih dari subjeknya.

Selama beberapa minit keadaan masih sama. Sunyi tanpa suara dan pergerakan. Hanya mata yang berbicara sesama mereka...atau mungkin hanya sebelah pihak sahaja yang cuba meneka-neka perkara yang difikirkan oleh orang asing dihadapannya.

" Ishhhhhh...." Dia mendesih panjang. Menurunkan kakinya dan mula mendepankan sedikit badannya tanpa berniat mengalihkan pandangan matanya dari wajah bersih subjeknya.

" Aku nak bagi sesuatu pada kau tapi aku ada masalah sikit. Aku tak tahu nak pilih yang mana sesuai untuk kau. Gunting atau...pisau?"

Gunting dan pisau yang dibawa ditunjukkan pada subjeknya. Dia membuat segaris senyuman tipis sebaik melihat wajah subjeknya yang pucat semakin pucat disusuli dengan gigilan kecil yang tidak terlalu ketara seperti ditahan. Seolah tahu apa yang sedang difikirkan subjeknya saat ini.

" Kau jangan risau. Aku tak berniat nak bunuh kau. Setidaknya belum berniat."

Dia bangun dari duduknya. Kembali meletakkan kerusi yang digunakan tadi pada tempat asalnya sebelum kembali semula berdiri dihadapan subjeknya.

" Jadi pilih. Gunting atau pisau?" Dia kembali mengeluarkan suaranya. Kembali bertanya untuk subjeknya membuat pilihan.

" Atau kedua-duanya?"

Senyap. Tiada jawapan yang dia inginkan keluar dari mulut subjeknya. Dia kembali menghembuskan nafas jengah. Benci dengan ketidakpedulian yang dilakukan subjeknya pada soalannya.

Dia mula mengambil meja lipat yang ditinggalkan dan diletakkan dihadapan subjek. Meletakkan gunting dan pisau secara bersebelahan di situ. Tanpa banyak bicara dia kembali melangkah keluar dari situ. Meninggalkan subjek kembali.

00:40.

Hanya berselang 20 minit, kini pintu yang tertutup kembali terbuka. Menampakkan susuk tubuh lelaki yang mengurung subjeknya.

Ditangannya kini telah ada satu kotak kecemasan entah untuk apa lelaki itu membawa bekas itu ke bawah sini. Yakin itu bukan petanda yang baik.  Tentunya pada diri subjeknya.

" Jadi... Macam mana? Dah pilih? Gunting atau pisau atau kedua-duanya? Hurm?"

Dengan nada yang bersemangat berserta sebuah senyuman manis ditayangkan pada subjeknya. Kedua bola matanya memandang tajam pada bola mata subjeknya. Mata yang sungguh dia sukai.

Masih lagi tiada jawapan yang dia inginkan keluar dari mulut subjek. Rahang tegasnya mula tegang.

" Aku anggap kau pilih keduanya." Dia menjauh. Mencapai sebuah kain putih yang telah lusuh dengan tompokkan darah kering dan kembali kepada subjeknya. Membalut dengan cermat badan subjeknya dan hanya menyisakan bahagian kepala subjek.

Getaran kecil dapat dia rasakan dari tubuh itu. Dia tersenyum tipis. Mendekatkan bibirnya pada telinga subjeknya dan mula membisikkan sesuatu.

" Kau jangan takut. Relax. Aku hanya akan potong rambut kau saja. Sesuai dengan citarasa aku. Jadi kau boleh bertenang."

Tegang. Tubuh subjeknya tegang sebaik saja mendengar bisikan itu. Setidaknya subjeknya tidak lagi bergetar ketakutan.

Rambut subjeknya yang diikat kemas malam kelmarin dilepaskan. Sikat dan gunting di capai. Dia mula menyisir rapi rambut subjeknya.

Perlahan bilik itu mula dipenuhi dengan bunyi gunting yang mengacip rambut. Tangkas dan cermat. Penuh berhati-hati dia melakukan kerjanya. Tidak mahu melakukan sebarang kesilapan.

" Ahhh...!"

Dia berhenti melakukan tugasnya. Darah mengalir dari cuping telinga subjeknya.

" Ops. Sakit ke?"

Dia menyentuh lembut bahu subjek. Dapat dia rasa getaran kecil yang terbit dari badan subjeknya akibat ketakutan. Mungkin dari sini dia dapat melihat dan mencapai target yang telah lama dia idamkan.

" Kejap. Aku bersihkan."

Gunting dan sikat diletakkan diatas meja. Tangannya beralih mencapai sebotol air bersih dan satu sapu tangan putih. Dibersihkan luka dan darah yang mengalir dari luka di telinga yang disebabkan oleh dia yang sengaja mengacip cuping telinga subjeknya. Walaupun tidak putus tapi sekurangnya darahnya mengalir.

Selang beberapa minit dia selesai merawat luka gunting yang disengajakan. Kembali mengambil gunting dan sikat. Menyambung kerja menggunting rambut subjeknya yang terhenti seketika disebabkan oleh kemalangan kecil yang sengaja dia lakukan.

Saat berganti minit dan lama kelamaan menjadi jam. Barulah tangan itu berhenti melakukan tugasnya. Bibirnya mengukir sebuah senyuman kepuasan melihat hasilnya.

Rambut subjeknya yang pada mulanya panjang melepasi bahu kini telah menjadi pendek separas leher. Jarinya mula bergerak. Merayap menyentuh bahagian belakang leher yang terdedah. Tidak menghiraukan badan subjeknya yang telah menggigil dari kecil.

Dia menundukkan kepalanya. Mendekatkan bibirnya dengan telinga subjeknya yang masih elok. Bibir mula bergerak.

" Ini baru permulaan." Bisiknya. Dapat dia rasakan badan subjeknya menegang di kerusi yang diduduki. Membuatkan senyuman dibibirnya semakin melebar.

Dia kembali berdiri tegak. Mengemas kembali semua barangan yang dia gunakan tadi di kedudukan asal. Setelah itu, kakinya melangkah meninggalkan ruangan itu.

Mengunci pintu rahsianya bersama subjek yang pernah atau sedang dia kumpulkan dan kembali menjalani kehidupannya sebagai salah seorang rakyat biasa yang berbakti kepada masyarakat walaupun setiap perkara yang dia lakukan tidak mungkin akan dipandang atau diperkatakan oleh mereka.

Sekurangnya dia telah berbakti.

Kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience