Dia dah dapat bayaran yang dia inginkan dalam diam. Sekarang, aku pula yang inginkan bayaran balik dengan kata ' tolong'.
Mungkin...
.
.
.
.
201401
21:20
Pertama, sebelum aku mulakan permulaan hari baru ini, biar aku beritahu sesuatu.
Aku lupa akan kehadiran subjek baru di bilik bawah.
Sungguh.
Aku lupa.
Walaupun ini bukan pertama kali aku membiarkan subjek aku terkurung dalam keadaan yang menyedihkan di dalam sana dengan sengaja tapi ini memang pertama kali.
Aku lupa akan kehadirannya.
Nampak sangat aku memang tidak menginginkan subjek yang dibawa balik dua atau tiga malam lepas? Hum, aku pun dah lupa bila aku ambil dia.
Aku hanya ingat sebab aku jemput dia kesini.
Bayaran.
Alasan kenapa aku perlukan dia. Sangat memerlukan.
Tenang dan santai. Itu yang boleh aku gambarkan keadaan aku sekarang ini walaupun aku sempat lupakan kehadiran subjek aku diruang itu.
Aku memasuki ruangan itu. Perkara pertama yang aku lihat, subjek aku yang tengah memandang kearah aku.
Oh, dia hidup lagi. Aku ingat, pukulan dikepalanya malam itu membuatkan kemungkinan untuk dia bertahan hidup, menipis.
Dari gerakkan tubuhnya, aku yakin dia ingin mengucapkan sesuatu yang bakal menyakitkan telinga aku. Aku bernasib baik sebab sempat berpatah balik hari itu untuk tutup mulut dia guna kain.
Siap jahit.
Kesian tapi itu lebih baik dari dia menjerit dan memekik dia ruang ini.
Aku lebih kesiankan nasib telinga aku kelak dari nasib dia.
Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut aku semestinya sebab mustahil untuk subjek aku mengeluarkan suara dengan kain yang siap dijahit pada mulutnya untuk bersuara.
Melainkan kalau dia ingin melihat mulut itu terkoyak.
Aku tersenyum ramah. Bukan disebabkan hanya itu yang aku mampu buat untuk dia tapi buat sementara ini biarlah senyuman yang menyambutnya.
Bunyi besi berlaga dapat aku tangkap walaupun perlahan. Gerakkan yang penuh berhati-hati.
Pandangan mata aku teralih pada pergelangan tangannya. Ada birat merah serta kesan darah kering. Akibat terlalu banyak bergerak.
Masih ingatkan. Tangan subjek aku yang aku gari?
Aku tak ada niat lain malam ini. Sama seperti malam pertama. Cuma, malam ini otak aku telah mula dipenuhi dengan pelbagai agenda yang bakal aku lakukan.
Hanya tinggal tunggu persetujuan dari subjek.
Itupun kalau dia mampu keluarkan perkataan 'aku setuju.' dengan jelas dan lantang dari mulut dia.
Kalau tidak...
Dia akan tetap perlu melakukannya sebab aku tak suka dengan kata penolakan.
Walau apa yang terjadi sekali pun. Tidak kira apa alasannya, subjek perlu setuju.
Jam tangan aku kerling.
20 minit telah berlalu. Selama 20 minit itu juga aku bazirkan hanya dengan senyuman memandang kearah subjek tanpa berbicara.
Oh, aku baru tersedar.
Mulut subjek aku dijahit dengan kain sebagai penghalang dari dia mengeluarkan suara. Sekarang baru aku teringat. Dia tidak boleh makan dan minum dalam keadaan macam tu.
Bermakna dia sedang lapar sekarang.
Dan manusia tidak boleh bertahan lama tanpa makan dan minum.
Subjek aku akan cepat mati kalau macam ni.
Dahi aku berkerut. Bibir bawah aku gigit kecil.
" Kau perlu bersedia besok."
Akhirnya. Satu ayat keluar dari mulut aku. Setelah puas menimbang antara subjek dengan kematiannya, aku putuskan untuk menjalankan rancangan aku besok.
Tidak ada kata tidak atau lupa lagi.
Kalau sekali lagi aku lupa, bermakna subjek aku akan sia-sia. Usaha aku akan jadi membazir. Begitu juga masa yang telah aku gunakan.
Satu anggukan kecil menjadi penutup.
Tanpa mempedulikan raut wajah ketakutan, kesedihan dan beberapa lagi raut yang aku suka, terpancar di wajah subjek aku, aku melangkah keluar dari ruangan.
Sayang memang sayang sebab tak boleh menikmati raut tu tapi tugas aku yang diatas lebih memerlukan aku sekarang ini. Jadi nak atau tak, demi mengejar masa yang telah aku lewatkan selama ini, membuatkan aku tidak mempunyai pilihan lain.
Aku perlu siapkan tugas aku sebelum matahari terbit besok.
Kerana bayaran yang menanti, sangat-sangat menarik perhatian aku.
.
.
.
.
201501
23:45
Semua barang yang dia bawa diletakkan diatas meja yang sengaja dialihkan dari tepi dinding ke hadapan subjeknya.
Pedang samurai dengan bilah yang sentiasa berkilat dan tajam. Pedang yang sentiasa haus dengan darah. Kotak hitam yang menyimpan pelbagai koleksi anak panah dart dibuka. Turut ditunjukkan isinya pada subjek.
Dia seronok bila dapat melihat reaksi terkejut dan ketakutan yang bercampur menjadi satu di wajah lelaki itu. Belum lagi reaksi kesakitan dan kepayahan untuk membuka mulutnya yang telah dijahit.
Ingin tertawa dengan lantang tapi ditahan apabila telinganya berjaya menangkap bunyi ketukan kecil dari luar pintu.
Tanda barang yang dipesan telah disediakan.
Langkah tenang diambil. Mendekati pintu dan dibuka. Melihat ke lantai. Dua barang yang sedang dinanti terletak elok disitu tanpa cacat mahupun kurang.
Dia tersenyum. Kembali masuk setelah mengambil barang tersebut. Diletakkan sekali dengan dua barang yang lain diatas meja.
Kini peralatannya lengkap.
Pedang samurai, sekotak penuh dengan anak panah dart, segulung tali dan barang yang terpenting, satu kotak peti kecemasan.
Empat barang utama dengan satu subjek.
Rasanya segala kerja kerasnya untuk menyelesaikan tugas yang diberi membuahkan hasil yang cukup menarik. Lebih menarik dari acara perjodohan yang ditetapkan lelaki tua yang malangnya adalah ayahnya sendiri beberapa jam lepas.
Punca kenapa dia terlewat dari jadual asal.
Dia tersenyum. Hampir meletuskan tawanya sebaik melihat wajah cemas dan ketakutan subjeknya. Melihat kepala subjeknya bergerak ke kiri dan ke kanan dengan laju apabila dia mendekat dengan pedang ditangan.
Dia membongkokkan badannya dihadapan subjek. Memandang tepat pada kedua anak mata yang sedang bergetar. Cuba untuk mengelak pandangan matanya.
Sebuah senyuman atau lebih sesuai dipanggil menyeringai pada subjek. Menayangkan barisan gigi yang dimiliki. Bibir bawahnya dijilat sebelum kembali memberi jarak antara dia dan subjek.
Kaki subjek yang terikat dia kanan dan kiri kaki kerusi dipandang.
Hujung pedang dihulurkan. Menyentuh kaki subjek tanpa niat melukakan. Bermula dari kanan.
" Antara kanan dan kiri.. mana satu yang lebih berfungsi untuk kau?"
Dia bersuara akhirnya. Memecahkan ruang bilik dari kesunyian dan cengkaman aura membunuh walaupun tidak membawa perbezaan apapun dengan keadaan senyap.
" Mhmmm...hmmmmhhmm!!" Serak. Suara subjeknya serak. Hampir hilang sebenarnya.
" Oh, aku lupa maaf. Takpe. Biar aku yang jawabkan."
Hujung diletak pada kaki kanan. Mulutnya mula menyanyikan lagu 'police entri' seiringan dengan pedangnya yang dihayun secara pelan dari kanan ke kiri.
Subjeknya hanya mampu menggeleng. Berusaha mengeluarkan suaranya dengan lantang. Keadaan tekaknya yang perit dan kehausan dan kelaparan tidak dia peduli. Padanya sekarang nyawa lebih penting. Walaupun kemungkinan dia untuk bebas dan menghirup kembali udara luar adalah mustahil.
Sekurangnya, dia berusaha.
Lagu berakhir. Senyuman dibibirnya membuatkan mata sayu dan bengkak subjeknya membulat. Kepala subjek semakin kuat menggeleng.
Memohon dengan isyarat mata.
Supaya nyawanya dicabut dengan segera.
Hujung pedang ditepuk pada kaki kiri subjeknya.
" Ucapkan selamat tinggal pada dia...~"
Pedang diangkat tinggi. Bunyi suara serak subjek tidak diendahkan.
Matanya berbinar. Membayangkan cecair yang bakal dilihatnya nanti.
Cassssss!!!!!
Brakk!!
Sekali hayun.
Kerusi yang diduduki subjeknya tumbang. Menyisakan 2 lagi kaki kerusi yang mustahil dapat digunakan lagi nanti. Sama dengan keadaan subjeknya.
Cacat.
" Hhmmhhhhmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!" Suara pekikan samar dari subjeknya.
Darah melimpah.
Dia memejamkan mata. Menarik nafas menikmati bau yang dia rindukan. Perlahan dia membuka matanya. Memandang pada tubuh subjeknya dalam keadaan bersujud dihadapannya.
Tubuhnya masih terikat pada kerusi.
Dia menjauh. Mendekat pada meja untuk meletakkan kembali pedang yang telah berwarna. Mencapai tali dan sebuah peti kecemasan sebelum kembali mendekati subjeknya.
Dia menarik kerusi subjeknya supaya subjeknya mengubah posisi dari sujud ke terlentang. Memerhati wajah subjeknya yang turut tidak terlepas dari noda darah.
Gari dibuka.
Tali dililit pada tubuh subjeknya dengan kuat. Tidak memperdulikan raut wajah kesakitan yang diperlihatkan oleh subjek.
Ditarik tubuh subjeknya menjauhi kerusi untuk sementara.
Dua kaki kerusi dengan sepasang kaki yang masih lagi terikat padanya dengan darah yang telah menjadi alas buat kaki yang terpisah dari badan diambil dan dilempar ke tepi meja.
Tidak peduli.
Kembali dia mengheret subjeknya ditengah ruangan. Lebihan tali yang mengikat subjek dilempar ke tiang atas. Niatnya hanya satu. Menggantung subjeknya pada posisi yang tepat.
Jangan tanya kenapa dia ingin bersusah payah seperti ini. Kebiasaannya, dia lebih suka menghapuskan subjek yang dimiliki dengan sekali jalan atau mungkin dengan satu cara.
Tidak perlu menggantung atau segala macam kerja yang perlu dia lakukan hanya untuk kepuasan.
Namun, pengecualian untuk malam ini.
Mungkin disebabkan acara mengejut ayahnya tadi buat moodnya dipacu untuk melihat kesengsaraan dalam keseronokan.
Anggap saja yang dia sedang berseronok dengan ayahnya.
" Satu satu, saya sayang ibu. Dua dua, saya sayang ayah~" mulutnya riang menyanyikan lagu itu sebelum terganti dengan gelak yang kuat tanpa selindung bila perkataan ayah disebut.
Subjeknya yang telah siap digantung dipandang. Mata itu terpejam tapi masih lagi sedar atau lebih tepat separa sedar.
Bila-bila masa nyawa subjeknya akan melayang. Dia menunduk memandang pakaiannya yang telah mempunyai warna dan bau yang dia sukai sebelum kembali memandang subjek.
Dia diam.
Membiarkan bunyi titik-titik darah yang masih lagi keluar dari sebahagian kaki subjek. Menikmati bunyi itu bersama sebuah senyuman.
Masterpiece hari ini.
Oh, dia teringat akan sesuatu.
Segera isi kotak peti kecemasan diselongkar.
Membawa keluar beberapa barang dan mendekati subjeknya. Mengubati dengan perlahan dan hati-hati luka di pergelangan tangan subjek.
" Maaf, aku takde ubat yang cukup untuk rawat kaki kau tapi takpe. Kejap je lagi kau takkan rasa apa itu sakit. Sekejap saja lagi. Sabar ye~"
Dia kembali mendekati meja. Mencapai sekotak penuh dengan anak panah dart. Bibirnya tersenyum.
Lama dia tinggalkan permainan ini.
" Nak main dengan aku tak?"
Dia bertanya pada subjek sambil badannya dipusingkan menghadap subjek. Bersamaan tangannya memegang kotak tersebut.
Sebuah tindakan yang sia-sia bila bertanya pada subjek tapi dia sukakannya.
.
.
.
.
.
03:59
Dia keluar dari bilik itu bersama dengan sebuah papan lukisan yang telah siap dilukis.
Seorang lelaki dengan kaki yang telah dipotong digantung ditengah ruangan. Disetiap bahagian tubuhnya pula terdapat lebih dari 50 anak panah dart tertusuk.
Ditambah dengan warna merah yang mendominasi dalam lukisan itu membuatkan dia tidak pernah melepaskan senyuman yang terukir di wajahnya.
Sebuah kepuasan yang membanggakan.
Tidak sia-sia usahanya untuk beberapa jam kebelakangan apabila dia sekali lagi berjaya menyiapkan sebuah lagi masterpiece yang dia harapkan.
" Terima kasih dengan bayarannya."
Share this novel