Bab 5

Action Series 3313

Dia mendongakkan sedikit kepalanya ke atas. Memandang wajah si tinggi lampai di hadapannya.

Bibir dijuihkan kedepan. Adalah tu kena soal siasat sekejap lagi. Siapa kakak, siapa adik, dia pun tak tahu dah. Adiknya itu lebih kelihatan tegas dari dia.

Tapi nak buat macam mana, dia pula seorang yang keras kepala. Bukan boleh 'makan' kalau setakat kena bebel.

"Elok sangat. Dahlah seorang diri, perempuan, maghrib-maghrib hari merayap lagi dekat luar, hrm? Nanti ada 'benda' ikut... mulalah."

Hanan menahan rasa. Tangannya pantas menampar lengan figura di hadapannya itu.

"Kau cakap berani eh. Kau nak jumpa 'benda' tu ke, ha?"

Dia melangkah perlahan memasuki kawasan dalam rumah. Pintu kayu ditutup perlahan. Kuat-kuat nanti runtuh dia tak cukup duit mahu ganti.

Hanan melangkah pergi ke bahagian dapur. Peti ais dibuka. Matanya meliar-liar ke dalam peti tersebut. Setelah melihat ada sekotak jus oren, dia menyambarnya segera.

Gelas yang berada berdekatan singki diambil, lalu diletakkan di atas meja kopi bersaiz kecil. Punggunya dilabuhkan berdekatan meja tersebut.

Dan sedari tadi lagi, setiap gerak-gerinya diperhatikan. Keningnya diangkat sedikit.

Dengan selamba, figura yang sedari tadi memerhatikan dia turut duduk menghadapnya. Masing-masing dengan segelas jus oren menjadi peneman.

"Kau pergi mana? Pelik betul kau pergi keluar petang-petang. Memang satu anugerah dari Tuhan kalau kau dah reti nak keluar dari asyik duduk terperuk je dekat dalam bilik tu." 

Hanan buat muka. Dia tahulah dia jarang mahu keluar dari bilik- kecuali jika ada sesuatu perkara yang dia perlu lakukan. Kerana memang sifatnya yang lebih suka duduk berseorangan tanpa bercampur dengan siapa-siapa.

Boleh cakap yang memang dalam tiga hari, lima kali sahaja dia bercakap dengan orang lain. Hanya dengan Ridzwan saja yang dia mampu untuk bercerita lebih.

Perbuatan adiknya yang sedang mengambil sebar coklat dari peti ais diperhatikan dengan ekor mata.

Dalam hatinya dah sumpah seranah Ridzwan. Coklat itu dia yang belinya semalam! Boleh pula dia sedap-sedap ambil.

"Ehem." Dia berdehem kuat. Memberi isyarat.

"Apa?" tanya Ridzwan sambil dengan berlagak biasa, dia terus me'ngap' separuh dari coklat bersampul ungu itu.

Hanan menggigit bibirnya kasar. Memang itu hobinya ketika marah.

"Kenapa?" sekali lagi, dia bertanya.

Hanan panas. Dia nak kipas!

"Coklat aku..." kendur suaranya berkata. Dah macam pasrah pun ada.

"Oh. Nah."

Satu huluran coklat yang sudah tinggal suku dipandang sepi.

Ceh kau... Dah makan lebih dari separuh baru nak bagi aku? Dahlah aku yang beli...

Hanan mencebik. Seperti budak kecil yang sedang merajuk!

Bertambah panjang cebikannya setelah mendengar tawaan dari Ridzwan.

Ridzwan menggeleng kepalanya perlahan. Terhibur dengan wajah cemberut milik Hanan.

"Yalah... Nanti aku belikan kau taman coklat, okey?" katanya dengan tawa yang masih tersisa.

Pap! Hanan menepuk kasar meja kopi tersebut. Matanya dijengkelkan memberi isyarat yang dia tidak main-main. Coklatnya perlu dibayar kembali!

Ridzwan tidak dapat menahan lagi melihat wajah kakanya yang seperti keanak-anakan. Dia sudah terbahak-bahak di hadapan Hanan.

Lama dia dalam keadaan seperti itu sebelum kembali reda. Tekaknya dibasahkan semula dengan jus oren tadi.

Dia tersenyum kecil. Sememangnya, bukan semua orang mampu untuk nampak sisi Hanan yang ini. Seorang yang hakikatnya cengeng, suka merajuk bahkan manja.

Orang lain melihat Hanan sebagai seorang yang kasar, ganas... bukan seperti tipikal gadis perempuan yang lain. Namun macam mana sekalipun, kakaknya itu tetap seorang perempuan yang lembut hatinya.

Pernah sekali, ketika Hanan baru sahaja lepas putus cinta- bahu Ridzwan juga yang penuh dengan air mata. Walau orang lain 'salute' dengan dia sebab mampu tampar bekas kekasihnya itu dihadapan khalayak. Sudahlah ditampar, air kopi juga turut disiram. Memang menyesallah lelaki itu kerana telah melukakan hati seorang Hanan.

Ktak!

Satu petikan jari dilayangkan di hadapan Ridzwan. Terkejut sekejap dia.

"Best, berangan?"

Ridzwan tersenyum simpul. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.

Macam manalah Hanan boleh tangkap dia sedang termenung secepat itu.

"Kau tanya kenapa aku keluar, kan?"

Dia melihat muka Hanan yang mulai tegang. Lengan baju berwarna putih milik Ridzwan dia lipatkan sedikit ke atas. Sedang dalam mod serius.

"Tadi, aku ada jumpa seorang budak ni..."

Lalu, dia membuka ceritanya dari awal sehingga habis. Termasuk, kata hatinya.

Ridzwan hanya fokus mendengar tanpa masuk sedikit pun. Sebelum akhirnya satu keluhan dilepaskan.

"Habis tu? Tak akan sebab instict kau terus nak anggap apa yang kau rasa tu betul? Apa yang kau nak buat, jangan sampai libatkan orang lain."

Matanya menikam tajam. Memaksudkan yang dia tidak main-main dengan bicaranya kali ini.

"Sebab tu kena siasat. Untuk tengok betul atau tidak."

Dia memejam matanya rapat. Dia perlu sedar, kalau nak bercakap dengan kakaknya ini... memang dia tak akan boleh menang. Keras sangat kepala.

"Ikut kaulah, kak. Asalkan..."

"Asalkan kau tak bahayakan diri kau, aku ikut je."

Hanan menunduk sedikit. Keluhan dilepaskan buat kesekian kali.

"Dahlah. Pergi solat, siap-siap. Nak pergi hospital tak?"

•••

Di sebuah ruangan kecil beralaskan kayu menjadi tempat keluarga kecil itu berkumpul.

Lauk pauk yang terhidang di atas meja menjadi tatapan mereka. Sesekali dia berkerut kecil.

Pamdamgannya dikalihkan ke arah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an. Mereka sama-sama berpandangan dengan riak keliru.

Setelah lama masing-masing dengan reaksi sebegitu, dia membuka bicara, "sayang memang nak bagi abang dengan Hafs makan telur dan kicap je ke harini? Sayang penat ke?"

Hafsah menjuihkan bibirnya sedikit. Mak dengan abah ni... dah berusia pun ber-sayang-sayang lagi.

"Bersyukur jelah dapat makan." kendur suaranya membalas.

"Semalam bukan main suruh abang beli lauk pauk..."

Nak tak nak, mereka mencedok juga nasi ke dalam pinggan. Masing-masing mengambil satu telur mata kerbau dan sedikit kicap dituangkan.

"Hafsah peliklah." Suaranya yang tiba-tiba kedengaran memecahkan kesunyian. Sarkastik, umi dan abahnya memandang ke arah dia.

Ejas ayat cam bdk tadika ni kekg

"Dari semalam lagi umi..."  Ayatnya sengaja digantungkan. Gelas yang berdekatan diambil. Air dituangkan lalu diteguk rakus. "Mandi tak basah, makan tak kenyang... Pasaipa ni umi?"

Abahnya sudah terangguk-angguk. Mengiyakan apa yang dikatakan Hafsah tadi.

Puan Salwa menguis-nguis nasi yang berada dalam pinggannya. Mulut sudah dimuncungkan ke hadapan.

"Abang kamu tulah... Cakap nak balik hari ni..."

Alahai... Beginikah naluri seorang ibu apabila terlalu inginkan anaknya menjenguk dirinya?

"Alaaa... Biasalah tu orang have-have. Mesti ada kerja tiba-tiba ke..." Hafsah cuba memujuk. Dia tahu, meskipun 'abang' yang dimaksudkan umi tadi langsung tiada pertalian darah dengan mereka... uminya cukup sayang dengan satu-satunya 'anak' lelakinya itu.

"Tapi atleast informlah umi..." Semakin kendur suara tuanya itu. Mukanya sudah cemberut mencuka.

Hafsah memandang abahnya dengan pandangan yang agak something. Mengisyaratkan supaya abahnya pula memujuk bidadari kesayangan itu.

"Kejap lagi baliklah anak awak tu... Dah-dah, makan. Tak baik depan rezeki."

"Assalamualaikum."

Tiba-tiba, satu suara yang tidak asing lagi kedengaran memberi salam. Puan Salwa terus memandang mereka dengan wajah yang ceria.

Puan Salwa dengan pantas meliru ke bahagian ruang tamu. Kunci diambil dengan langkah yang tergesa-gesa. Hafsah dan abahnya hanya mampu memandang dengan riak kosong.

"Sayang betul umi dengan abang." Dihujung bicaranya, dia tergelak hambar.

"Alah. Jangan nak terasa sangat. Umi kau nak show dia punya emas baru yang abah beli semalam je tu."

Terkejut sekejap Hafsah. Dia memusingkan badan sehingga betul-betul berhadapan dengan abahnya. "Seriously, abah?"

•••

Suasana di sini cukup lengang. Tidak ramai yang berkunjung ke sini ketika langit sudah menunjukkan waktu malam. Hanya ada beberapa orang sahaja yang berlegar di kawasan tersebut. Masing-masing dengan urusan tersendiri.

Tadi, dia dan Ridzwan sudah menjenguk ibunya di dalam. Kini dia terasa ingin mengambil angin malam,lalu diapun mebawa diri ke kawasan ini.

Taman kecil yang disediakan oleh pihak hospital. Terutamanya untuk para pesakit yang ingin membebaskan fikiran.

Matanya tertancap ke arah sebuah kerusi batu yang berhampiran dengan tasik. Punggungnya dilabuhkan perlahan-lahan di situ.

Pandangannya diliarkan ke sekeliling. Kawasan di sini cukup cantik dan kemas. Tidak ada daun yang berguguran di merata-rata tempat.

Sikunya diletakkan di atas peha sambil kedua-dua belah tangannya masih menongkat dagu. Dia merenung tasik di hadapannya dengan pandangan kosong.

Pandangan kosong, tetapi fikirannya berserabut.

Perlahan-lahan dia mengatupkan matanya rapat. Memejam segala realiti yang menyakitkan.

Keluhan berat dilepaskan. Sedikit demi sedikit, titisan jernih mulai keluar membasahi pipi.

Lama dia dalam kedudukan begitu sebelum mengambil keputusan untuk pergi. Hari juga sudah hampir memasuki waktu isyak. Lebih baik dia pergi ke surau terlebih dahulu sebelum kembali menemani si ibu.

Lututnya ditekan kuat. Menghasilkan daya untuk dia bangkit dari duduknya.

Dia berjalan lengang ingin menuju ke arah surau. Tiba-tiba, badannya terasa seperti terlanggar sesuatu.

Dia berhenti seketika. Pandangannya dikalihkan ke arah 'benda' yang dilanggarnya sebentar tadi.

"Eh, akak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience