BAB 1

Action Series 3313

Bismillah...

.
. .

"Pihak kami meminta maaf kerana kes ini masih tidak dapat diselesaikan. Kami sedang bertungkus lumus mencari dalang disebalik setiap kejadian yang berlaku. Pihak kami juga berharap agar semua 'netizen' tidak akan membuat sebarang spekulasi yang boleh merosakkan lagi keadaan negara kita. Insha-Allah, pihak kerjaan bersama-sama pihak polis akan cuba menyelesaikan kes ini dengan segera."

"Kepala hotak dia! Nak tunggu berapa ramai lagi mati, ha?"

"Kerajaan memang sengaja mahu rosakkan negara sendiri!"

"Jangan sampai rakyat buat pertunjukan perasaan!"

"Nak tunggu kerajaan bertindak? Sampai aku pula yang mampus pun tak akan ada apa-apa tindakan!"

Hari ini, sama seperti tahun sebelumnya.

Hampir semua rakyat Ilerici berkumpul. Yang penting, bukan untuk meraikan sesuatu majlis mahupun meraikan kejayaan sesebuah negara.

Namun, untuk 'meraikan' sebuah kemusnahan.

Di bahagian pentas dewan Ilerici National Department (IND), satu slide ditayangkan untuk tontonan seluruh rakyat negara tersebut.

Bahkan, slide-slide di sekeliling dewan tersebut turut menayangkan perkara yang sama.

Status terkini kes pembunuhan Lost Killer
5 Januari 2023
Bilangan kematian baharu: 20
Jumlah kesuluruhan kematian: 201
Status kes: Darurat

Huh. Kebetulan, hari ini merupakan hari kedua dalam bulan Januari . Sama seperti jumlah keseluruhan bilangan kematian yang dicatatkan.

Namun itu semua silap. Bilangan tersebut bukanlah angka yang sebenar. Pada hakikatnya, ramai lagi yang telah dibunuh namun masih belum dijumpai pihak polis.

Atau mungkin... tak akan jumpa sampai bila-bila pun.

Tahun baru yang biasanya disambut dengan penuh meriah sebelum ini, berubah 360 darjah pada lima hari yang lepas. Tiada sebarang acara diadakan malah, rakyat juga kebanyakannya hanya berkurung dalam rumah mereka. Takut andai dijadikan mangsa keadaan yang seterusnya. Tidak kurang bezanya dengan perintah berkurung yang sebelum ini biasanya dilakukan jika terdapat kes-kes seperti penyebaran virus dan sebagainya.

Kes yang sedang melanda Negara Ilerici ketika ini mungkin boleh dikatakan amat misteri. Kerana ianya bukanlah sebuah pergaduhan mahupun masalah perpecahan. Kes ini lebih tertumpu kepada si pembunuh yang melakukan pembunuhan secara berseorangan. Boleh jadi, secara berkumpulan.

Juga sehingga kini, mana-mana pihak pun masih tidak dapat menjumpai motif setiap titik darah mangsa ditumpahkan. Apakah kerana dendam? Agak mustahil jika si pembunuh berdendam sehingga melebih 200 orang. Jika bukan dendam... mungkin kerana dia mempunyai masalah mental? Jika ya, bagaimana dia dapat berfikir dengan bijak sekali untuk menyembunyikan jejaknya dari diketahui? Atau mungkin itu hobinya? Lebih baik menjadikan memancing sebagai hobi dari membunuh. Bukankah itu lebih mudah?

Malah, terlalu banyak lagi persoalan yang masih tidak ditemui jawapannya. Segalanya hanya meninggalkan tanda tanya pada semua pihak.

Kes pembunuhan bersiri ini dinamakan sebagai 'Lost Killer'. Tiga tahun masa yang berlalu, namun langsung tiada ura-ura bahawa pembunuh tersebut akan berhenti melakukan kerja gilanya.

Berhenti? Agak mustahil. Paling kurang, pihak polis sendiri yang akan menangkap 'Lost Killer' itu. Tetapi ianya tidak semudah itu.

Apa yang mengagumkan semua orang, pembunuh tersebut terlalu licik. Terlalu bijak. Ada juga yang berpendapat bahawa dia mempunyai 'kuasa' luar biasa. Biasalah, netizen-netizen ada sahaja akal mereka.

Apa yang direkodkan pada hari ini, sebanyak 501 kes pembunuhan dicatatkan. Dalam angka yang tinggi ini, pihak polis tetap tidak ada bukti untuk menyalahkan mana-mana pihak. Langsung tiada kesan yang ditinggalkan pembunuh tersebut.

Cap jari tidak pernah ditemui.

Walhal, wajah si pembunuh pun tak pernah diketahui.

Heh. Mestilah tiada siapa yang tahu identitinya. Hanya penjenayah yang tiada ilmu sahaja akan melakukan kerja tidak clean.

Di sudut yang lain, ada seorang lelaki yang berpakaian biasa. Hanya mengenakan T-shirt berlengan pendek, berseluar trek biasa. Sesekali, jam ditangan dikerlingnya. Menanti waktu yang sesuai untuk dia bergerak.

Dia hadir ke sini bukan untuk mendengar kata-kata sampah dari pihak kerajaan.

Ya, sampah. Mereka tidak membuat apa-apa tindakan pun. Hanya pandai berkata-kata.

They speak without action.

Itu pandangan dia. Bahkan mungkin juga pandangan masyarakat.

Lelaki tadi mula beredar keluar dari dewan. Dia perlu segera masuk semula menggunakan pintu belakang dewan. Pintu belakang lebih dekat dengan kawasan pentas.

Sambil itu, tangannya lincah menyarungkan sarung tangan hitam. Mask hitam turut sama dipakai.

Tak dilupakan, seutas rantai besi disarungkan ke bahagian lehernya. Lalu, satu punat kecil berwarna merah ditekan.

Tanpa memerlukan tenaga yang banyak, dia menambah kelajuan kakinya. Tidak sampai satu minit, lelaki tersebut sudah berada berdekatan kawasan yang hendak ditujuinya tadi.

Huh. Terlalu ramai polis yang mengawal. Mungkin mereka telah menjangkakan dia akan datang dan membuat onar?

Dia bersembunyi di sebalik sebuah tiang yang hanya mencipta jarak kurang dari lima puluh meter dari pintu belakang dewan.

Jarak yang lebih dekat, memudahkan lagi kerjanya.

Tanpa bunyi, tanpa ada sebarang cahaya, kini dia berjaya menjatuhkan dua anggota polis.

Seperti yang dijangkakan, berdas-das tembakan dibalas kearahnya.

Ops! Silap. Bukan ke arah dia. Semua tembakan tadi tersasar. Hanya terkena bahagian tiang itu sahaja.

Maklumlah, mana ada orang yang nampak dia sekarang ini.

"Kenapa aku tak nampak dia?" satu suara menjengah ke telinganya. Pihak polis kelihatan semakin hilang arah.

Huh. Dia belum memulakan apa-apa serangan, mereka sudah seperti cacing kepanasan. Sepatutnya, mereka lebih bersedia dari dia.

"Bodoh. Aku rasa dia dah masuk. Siapa lagi yang dia nak bunuh? Tak rasa berdosa ke?"

Dia tersenyum sinis. Dosa? Nanti-nantilah dia fikirkan tentang perkara itu.

Walhal orang yang menjadi mangsanya ketika ini, mungkin lebih berdosa dari dia. Cuma mereka sahaja tidak tahu.

Dengan pantas, dia keluar dari tempat persembunyiannya tadi. Sangat pantas.

Bang!

Mengejut. Satu das tembakan hampir terkena di bahunya. Mujur sahaja dia sempat mengelak.

Dia perlu lebih fokus dan berhati-hati ketika ini. Dia tahu, sekarang mereka semua hanya menembak secara rawak. Dia perlu lebih banyak mengelak dari menyerang.

Pintu ditendang. Bunyi dentuman kuat memenuhi ruang IND. Semua disitu terkedu. Terkejut.

Dan seperti jangkaannya juga, semua anggota polis yang mengawal menghalakan pistol kearah pintu dewan. Berdas-das tembakan secara rawak dilepaskan pihak polis. Namun, semuanya tersasar.

Sekali lagi, ayat yang sama di ulang.

Maklumlah, mana ada orang yang nampak dia sekarang ini.

Kawasan itu riuh seketika. Bunyi tembakan dan jeritan orang ramai bercampur. Menghasilkan bunyi yang sangat...

Bingit.

Rakyat yang tadinya berkumpul di bahagian dewan, sudah hilang arah berlari ingin menyelamatkan diri. Mereka semua kelihatan amat takut dengan kejadian yang sedang menimpa.

Huh. Buat kesekian kalinya, dia mengutuk mereka semua dalam hati.

Tembakan yang dilepaskan pihak polis semuanya dia berjaya elak. Kini, dia tiba di tempat yang sepatutnya.

Betul-betul di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Baharuddin. Mangsa yang seterusnya.

"Kemusnahan secara nyata lebih baik dari kemusnahan secara dalam."

Yakin. Si Lost Killer berkata tepat ke telinga lelaki yang memegang status perdana menteri tersebut. Cuma suaranya tidak jelas. Seperti bunyi speaker  yang pecah.

"Polis! Di... dia d..de..."

Tangannya menyeluk poket seluar. Mengambil  Desert Eagle Mark XIX Pistol untuk dijadikan senjata.

Bang!

Belum sempat perdana menteri Ilerici itu menghabiskan ayatnya, dia sudah ditembak dalam jarak dekat. Tepat mengenai dadanya. Darah merah pekat mula membasahi kawasan pentas.

Tan Sri Baharuddin telah pun nyawa-nyawa ikan. Mungkin masih boleh diselamatkan sekiranya dihantar cepat ke hospital. Dia tidak kisah tentang itu, kerana ada rencana lain yang bermain di dalam fikirannnya.

Suasa pula semakin riuh. Semua cuak. Hilang kata.

Si Lost Killer itu tersenyum puas. Untuk kesekian kalinya, dia berjaya.

Tapi seperti biasa, tembakan dilepaskan ke arahnya. Lagi, lagi dan lagi.

Dengan penuh bijak, dia mengelak tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis betul-betul dihadapan mangsanya tadi. Tepat tembakan tersebut mengenai dada Tan Sri Baharuddin.

Nampaknya, dalam kes ini dia tidak membunuh, kan? Kerana sewaktu dia melepaskan tembakan tadi, mangsanya masih hidup. Dan selepas terkena tembakan pihak polis itu... mangsanya sudah tidak bernafas.

Bagaimana dia tahu mangsanya itu sudah tidak bernafas? Heh. Sudah bertahun dia membunuh... pastilah dia tahu!

Anggota polis tadi amat cuak. Pistol yang dipegangnya terlepas dari genggaman tangan. Mulutnya ternganga besar. Seolah tidak percaya yang dia baru lepas menembak seorang ketua negara.

"Nampaknya... kau yang bunuh dia." Buat pertamanya, suara emasnya dilepaskan di hadapan khalayak. Sebelum ini, dia hanya melalukan kerjanya dengan diam tanpa sebarang bunyi. Nampakanya, misinya kali ini sedikit luar biasa! Bolehlah cerita kepada anak cucunya nanti.

Bagi dia, anggota polis bukan lawan untuknya. Mereka seolah-olah hanya main tembak-tembak seperti dalam permainan video PUBG. Tidak bergasak langsung!

•••

Hari ini, seluruh penduduk Ilerici terkejut dengan satu berita tergempar.

Mana tidaknya, pemimpin mereka mati ditembak ketika sidang media diadakan.

Seperti biasa, jika ada sahaja kes 'pembunuhan misteri' ini berlaku, ada pihak yang amat sibuk. Apatah lagi kes ini sudah melibatkan orang yang berkuasa di negara ini.

Siapa lagi kalau bukan pihak polis. Ilerici Police atau lebih dikenali sebagai IP. Anggota badan beruniform yang bertungkus lumus memastikan kesejahteraan negara terus diperlihara.

Jam 2:30 pagi. Di Ileri, sebuah pusat bandar di Ilerici. Terletaknya sebuah Ibu Pejabat Polis.

Kalau orang lain... mungkin sedang lena dibuai mimpi pada waktu sebegini.

Tapi nampaknya, tidak bagi seorang Hanan Alisha bersama pasukannya.

"Inspektor."

Hanan berpaling. Satu suara yang memanggil ketua mereka kedengaran dari telinganya. Dia perlu terus mengambil tahu perkara ini.

"Tadi pihak forensik ada telefon saya. Mereka kata yang kes pembunuhan Tan Sri Baharuddin sama dengan kes-kes sebelum ini dan tidak diragui yang..."

Pang!

Bunyi hentakan kuat dari arah depan bilik mesyuarat mengejutkan semua yang berada di situ.

"Ha... Hanan..."

Mereka semua jadi tidak keruan melihat Hanan yang sedang mengamuk. Fail-fail yang mengandungi maklumat kes-kes mereka turut dicampak. Habis berterabur semua.

"Gila! Kalau itu saja apa yang forensik boleh bagitahu... Baik tak payah buat kerja! Aku dah boleh hafallah ayat diorang tu! Semua orang tahu nak menyusahkan aku je!"

"Kau kenapa?" tiba-tiba, satu suara yang agak garau memenuhi ruang telinga mereka yang berada di situ. Semua berpaling ke arahnya, termasuklah Hanan.

"Kau tanya aku kenapa? Lost Killer bunuh Tan Sri Baharuddin kot masa sidang media tadi! Kalau kau tak tahu kau memang-"

Belum sempat dia menghabiskan bicaranya, suara garau tadi memotong terlebih dahulu, "Cool down, Hanan. Kalau kau baran, serabut macam ni keadaan akan jadi semakin keruh."

Hanan menunduk. Matanya dipejam rapat. Ya, dia tak dapat menafikan yang fikiran dan emosinya amat bercelaru ketika ini. Kes Lost Killer yang sepertinya tiada penghujung, ditambah pula dengan sesuatu yang mengejutkan pada waktu siang tadi... ya, dia stress.

"Kau baliklah dulu, Hanan. Daripada dua hari lepas kau jadi penduduk tetap pejabat ni. Aku tengok kau pun, dah macam Mak Cik Ponti yang duduk dekat atas pokok malam-malam buta tu," sempat lagi dia berseloroh dalam keadaan hening seperti ini.

"Esok jelah aku balik. Dah malam," kata Hanan sebelum kakinya melangkah laju pergi meninggalkan mereka semua.

"Haih." Satu keluhan berat dilepaskan lelaki bersuara garau tadi. Pandangan matanya masih tidak beralih daripada melihat pergerakan Hanan. Hatinya berat. Dia tahu, Hanan penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience