Bismillah...
.
.
.
"Assalamualaikum!"
Sekali, salam dilaungkan dari luar. Tiada sahutan yang diberikan dari penghuni rumah itu.
"Assalamualaikum! Mak!"
Sekali lagi, dia memberikan salam sambil tangan mengetuk pintu kayu yang masih tertutup rapat. Rasa kesal tidak habis-habis bertandang kerana tidak membawa kuncinya tadi. Dia jenis seorang yang tidak suka menunggu. Baginya, setiap saat itu teramat berharga untuk ditunggu.
"Assalamualaikum!"
Buat kali ketiga, suaranya saja boleh membangunkan seluruh umat manusia yang sedang nyenyak tidur! Kuat bukan kepalang!
Namun, tetap tiada sahutan yang diterima.
"Macam tak ada orang je."
Mata dilirikkan ke arah rak kasut. Jika tiada orang... mengapa kasut masih ada tersusun rapi di sini?
Tapi kalau ada orang... mengapa pintu tertutup rapat seolah-olah tidak ada penghuni di dalamnya.
Pelbagai tanda tanya bermain dalam kepalanya sebelum akhirnya dia membawa langkah ke belakang rumah kayu berkonsep moden itu. Mungkin mereka sedang berkebun di belakang rumah.
Berkebun pada waktu matahari betul-betul di atas kepala? Mungkin...
Walaupun dia tidak sedap hati tika ini.
Setibanya di belakang, semakin bertambah-tambah perasaan tidak enak yang berkunjung di dalam hatinya.
Tiada orang di sini. Sunyi.
Bawah gigir di gigit. Dia memang akan melakukan perkara tersebut jika hatinya digigit rasa tidak enak.
Dia cuba lagi melihat-lihat kawasan belakang rumah yang tidak kurang luasnya itu. Tempat yang mempunyai sebuah kolam ikan kecil dikunjungi.
Sama.
Tiada orang.
Hatinya di gigit rasa gusar.entah mengapa, kakinya dibawa ke arah longkang besar di seberang jalan yang menjadi pengantara antara rumah tersebut dengan sebuah padang bola.
Matanya dilirikkan ke arah longkang tersebut. Betapa terkejutnya di melihat sekujur tubuh yang basah dengan darah merah terbaring lemah dalam longkang yang turut dipenuhi air kotor.
Tangan digenggam. Membentuk sebuah penumbuk yang menggenggam perasaan marah.
Sakit di hatinya bukan kepalang lagi apabila melihat keadaan si ayah yang begitu tragis. Matanya dipejam rapat. Tanpa disedari, ada butir jernih yang keluar dari celahan matanya.
Perasaannya cukup bercampur baur ketika ini.
Marah, sedih, kecewa.
Dia masih belum dapat mentafsir keadaan dengan cukup baik.
Namun, dia perlu menguatkan hatinya. Langkah terus dibawa untuk mencari dua lagi ahli keluarganya.
Walaupun mustahil, dia tetap berharap yang mereka dalam keadaan baik.
Tak pernah disangka, kepulangannya yang ditunggu-tunggu sebelum ini akhirnya disambut dengan keadaan yang cukup sakit.
Dia tidak tahu lagi, di penjuru mana lagi yang perlu dia mencari ibu dan abangnya. Fikirannya cukup bercelaru tika ini. Dia tidak tahu apa lagi yang dia perlu lakukan.
Sekali lagi, hatinya cukup kuat mengatakan ada sesuatu beraku di kolam ikan belakang rumahnya. Kata hatinya tidak mampu dia sangkal. Akhirnya, langkah longlainya dibawa kembali ke kawasan tersebut.
Dan betapa tajamnya rasa yang dialaminya tika ini. Sekujur tubuh ibunya yang bebuih mulut dan putih mata menjadi tatapan.
Dia...
Buntu.
Hatinya luluh. Anak mana saja tidak sakit melihat keadaan si ibu yang sebegitu rupa.
Akhirnya, dia cuma mampu terduduk lemah. Tangisan mengiringi setiap gerak-gerinya. Sebelum akhirnya semuanya menjadi kabur.
Harapannya cuma satu. Moga Tuhan memberikan peluang untuk keluarganya diselamatkan meski tidak mungkin.
•••
Tangannya dibawa memanggung kepala. Mata dipejam rapat. Satu lagi berita yang cukup menyakitkan sampai ke telinganya.
Satu kes pembunuhan tragis dilaporkan. Dengar saja 'kes pembunuhan', semua pun sudah tau siapa dalang di sebaliknya.
Dan pasti, ia menjadi satu kes yang cukup berat dan tak akan mampu mencari tuan punya badan.
Meskipun dia sepatutnya tiada kena mengena dengan masalah ini, dia tetap berkeras ingin masuk campur.
Walaupun semua anggota memandang dia seperti 'something'... dia tidak peduli.
Ada sebab mengapa dia lakukan semua ini.
Sudah jenuh dia mencuri dengar setiap perbualan komandernya dengan beberapa orang yang mempunyai kaitan besar dalam kes lost killer. Terkadang, dia sendiri akan menyiasat setiap perkara yang dia dengar.
Kes tersebut berlaku di mana, siapa mangsa yang seterusnya, apa yang forensik jumpa, dan pelbagai lagi yang dia sendiri akan cuba cari.
Jika dia perlu pergi ke kawasan tersebut, dia akan pergi. Jika dia perlu berjumpa dengan keluarga mangsa, dia akan jumpa. Dan pelbagai lagi yang dia akan lakukan untuk mencari bukti.
Walaupun dia tidak diarahkan oleh siapa-siapa.
Juga kalau boleh... dia ingin 'menarik nyawa' si lost killer itu dengan tangannya sendiri!
Andai pembunuh terhandal itu melakukan sesuatu hanya kerana dendam- yang akhirnya turut meragut nyawa lain yang tidak ada kena mengena dengannya...
Dia juga boleh berdendam. Dia yang orang lain lihat seperti 'suci' juga boleh bertukar menjadi pembunuh.
Sememangnya, dendam itu bahaya.
Tapi dia tidak peduli, kerana ganti bagi nyawa juga adalah nyawa.
Hari ini dia pulang sedikit awal dari pejabat. Segala fail dan kertas-kertas yang mempunyai maklumat tentang lost killer yang dibawa pulang telah pun berterabur. Semua itu dia sempat cetak semula secara haram di pejabat tadi.
Tak, sebenarnya dia cuma salin kembali apa yang didengar sebelum nanti dia ingin membuat penyiasatan.
Meskipun dia tahu, perbuatannya kini amat salah. Tapi seperti yang dikatakan tadi...
Nyawa itu berkali-kali ganda lebih penting.
Dia perlu 'membayar' kembali nyawa yang tidak bersalah itu. Dan dia juga perlu selamatkan nyawa yang masih belum menjadi mangsa seterusnya.
Terutama sekali...
Ridzwan dan mamanya.
Cukuplah dia menderita sebelum ini. Dia tak akan mampu untuk terima lagi kenyataan tersebut andai berlaku buat kali yang seterusnya.
Dia tidak cukup kuat untuk itu.
Kadang dia terfikir... andai dia pun sudah sesakit ini, bagaimana dengan anak-anak kecil lain yang turut senasib dengannya? Apatah lagi mereka masih kecil, sepatutnya waktu tersebut mereka hanya perlu bergembira tanpa memikirkan masalah dunia.
Bagaimana seorang pembunuh sanggup melakukan ini semua?
Ah! Dia terlalu banyak berfikir sekarang. Sedangkan dia tak mampu berfikir dengan baik pada waktu ini.
Merasakan dirinya sudah terlalu letih, dia bangkit dari duduk. Langkahnya dibawa keluar ke halaman rumah.
Kawasan luar rumah yang tidaklah terlalu gah namun cukup menenangkan dengan adanya landskap-landskap ringkas menjadi tatapan. Setiap reka bentuk landskap yang cukup minimalist ini dibuat sendiri oleh mamanya dahulu.
Mamanya, Puan Najah memang seorang yang berseni.
Sedang enak menikmati pandangan, tiba-tiba ada satu suara kecil seperti sedang menangis kedengaran. Telinga cuba memcari punca di mana suara itu berada.
"Macam dekat belakang."
Hanan berlari anak menuju ke kawasan belakang rumah yang dimana terdapat taman permainan di situ. Namun, kawasan tersebut tidaklah terlalu meriah kerana sudah lama tidak dibaik pulih. Peralatan permainannya pun telah banyak yang rosak menyebabkan kanak-kanak lebih gemar pergi ke taman di perumahan seberang.
Setibanya dia di sana, matanya tertancap ke arah seorang kanak-kanak perempuan berambut tocang yang sedang menunduk seperti sedang menahan tangisan.
Hanan teragak-agak ingin mendekati kanak-kanak tersebut. Dia risau andai budak itu berasa tidak selamat.
Tapi perasaan panasarannya semakin tinggi. Lagipula dia tidak pernah melihat budak perempuan tersebut.
Entah kenapa, rasa hatinya ada mengatakan sesuatu. Tapi, dia berharap perkara itu tidak bemar.
Tanpa menunggu lama lagi, dia meneruskan juga langkahnya mendekati bangku yang menjadi tempat berlabuh budak itu.
"Erm... Adik?"
Teragak-agak dia menegur. Tangannya naik menyentuh bahu budak tersebut.
Tersedar bahunya disentuh, budak tadi mengalihkan pandangannya yang sedari tadi hanya menunduk ke arah seseorang yang menegurnya.
Tanpa sebarang bicara, leher Hanan tiba-tiba dirangkul. Hanan sedikit kaget dengan reaksi budak itu namun, lambat laun dia membalas juga pelukan tersebut.
Mungkin...
Dia sedang dalam kekecewaan. Namun suaranya tak didengari siapa-siapa. Sehingga akhirnya tangisan menjadi luahan.
Belakang tubuhnya digosok perlahan. Cuba memberikan satu pujukan supaya dia kembali tenang.
"Adik okey?"
Mungkin soalan itu nampak agak bodoh. Tapi itulah cara untuk memulakan komunikasi. Tak akanlah tiba-tiba mahu terus jump into conclution seperti terus bertanya dengan soalan 'kenapa?'.
Budak itu tidak membalas soalannya tadi malah terus-terusan menghamburkan tangisannya. Hanan jadi mati kata. Lagipun dia tidak berapa reti ingin memujuk kanak-kanak. Sudah lama dia tidak berkomunikasi dengan budak-budak.
Lama mereka dalam pelukan sebelum akhirnya dileraikan sendiri oleh kanak-kanak perempuan itu. Dia memandang wajah Hanan lama seolah ingin memastikan yang dia selamat bersama wanita bertudung litup di hadapannya itu.
"A... Akak... Akak siapa?"
Tanyanya dalam keadaan tersekat-sekat suara akibat terlalu banyak menangis.
"Akak duduk belakang ni... Lepastu terdengar adik menangis tadi, akak datanglah tengok," jawab Hanan. Jelas.
Jawapan Hanan dibalas anggukan lemah. Bagi Hanan, budak ini mungkin dalam lingkungan sembilan ke sepuluh tahun meskipun badannya terlalu kecil.
"Adik... okey?" Soalan tadi ditanya kembali.
"Saya cuma pelik... Kenapa ayah dah tak balik sejak lima hari lepas? Mak Nah kata ayah autstation. Tapi ayah biasa autstation tiga hari je."
Mendengarkan itu, Hanan menelan liurnya pahit. Entah kenapa, rasa hatinya tadi semakin kuat.
"Mungkin betul apa Mak Nah bagitau. Mana tau kalau ayah awak tengah banyak kerja?"
Dia cuba menenangkan budak tadi. Lebih kepada menenangkan dirinya sendiri.
"Tapi saya tak rasa macam tu. Saya rasa lain sampai saya menangis."
Matanya dipejam rapat. Cuba bersangka baik. Dia sedar, dia tidak boleh membuat prasangka melulu.
Kerana dia tahu, andai perkara ini benar seperti sangkaannya...
Mamanya dalam bahaya.
"Boleh akak jumpa dengan Mak Nah?"
Share this novel