#Sabar bossku

Humor Series 2886

Ok IronMan mati .

_______

Ssk!

Setitis air jatuh di bahu Alisya.
Wajahnya yang basah itu hanya mampu menunduk.

Matanya mula berair,dadanya mula berasa sebak.

"Mummy..."Gumamnya sendirian.

Badan yang sejuk dihiraukan,panggilan ayahnya diendahkan.

"Mummy...."Akhirnya air matanya menitis jatuh di muka.

"Kenapa mummy tinggalkan alish?"

///////

"Achoo~!"

Bergetar rasanya tulang apabila cuaca yang sejuk hinggap naik ke badan.

"Sejuk do.."Kata Alisya dalam keadaan mamai.

Alisya berasa kurang senang hati.

"Bila masa bapak beli air co-"

Ayat Alisya tergantung.

Eh?

Eh?

Matanya dikebilkan beberapa kali apabila dua orang jejaka tampan muncul di depannya.

"Ehhhhhh???!"Jerit Alisya sebelum bangun dan mundur ke belakang.

Matanya liar memandang ke kanan dan ke kiri.

"Aku-aku kat mane ni...korang ni sape-umph umph"Terus mulut Alisya ditekup oleh Andrian .

"Diamla pompuan,tak nampak ke kita kat mane ni ? Ilek,kami bukan perogol"
Kata Andrian.

Asyraf hanya mampu mengeluh.

Alisya memandang sekeliling sebelum menepis tangan Andrian dari mulutnya.

"Ye aku tau ni hospital..sengaja nak buat suspen.."Balas Alisya.

Namun matanya masih tajam memandang Andrian.

"Pe?"Tanya Andrian.

Alisya mengigit bibirnya.

"Kau sape?Kau pun sape ?Asal aku boleh kat sini? Aku kenal kau ke ? Ke kau stalker aku? macam mana-"

"Kau pengsan tadi"Kata Andrian pendek.

Alisya terdiam.

"pengsan?Asal pulak...-"Dan terus ingatannya kembali pulih.

Gambaran ayahnya yang sedang memukulnya dengan kejam terus muncul di kepala,sekaligus dengan kesakitannya yang dilalui selama ini.

Wajah Alisya terus menjadi gelap.

ceh.

"Aku perlu pulang.."Alisya berkata sendirian.Dicabutnya segala wayar yang sedang elok terpasang di badannya.

Asyraf dan Andrian terkejut.

"Weh ape ni kami selamatkan kau kan,takkan terus--"Andrian cuba untuk mencapai tangan Alisya namun tidak berjaya.

"Thanks."Itu sahaja yang disebutkan oleh Alisya sebelum berjalan keluar dengan kaki dan kepala yang berbalut.

Andrian dan Asyraf menjadi speechless.

"Ceh pompuan tak sedar diri,susah susah je bawak pergi hospital,sekali pergi macam tu je ?Bagus aku biar je dia mati mereput kat situ tadi !"Getus Andrian geram.

Bukan main susah dia angkut pompuan tu, dahla berat,nasib cantik.

Eh pulak?

Asyraf menggaru kepala.

"Tapi kan,asal aku macam pernah nampak do muka awek tu?"Kata Asyraf ragu ragu.

Dari sejak dia firsttt sekali bertemu dengan Alisya,dia macam pernah nampak je tapi masalahnya,dia tak ingat.

"Kau takyah buat lawak la weh"
Balas Andrian sebelum mengeluh dan menyerabutkan kepalanya.

"Dan satu lagi,..."

Andrian berpaling.

"Mana dia dapat luka semua tu ?"

///SKIP///

Alisya memandang kearah rumah usang itu dengan lama.

Nak taknak,terpaksa juga masuk.

Satu demi satu tangga dinaiki nya dengan hati hati.Dahla kayu lama,kot kot patah kayu tu nanti.

Selepas memastikan ayahnya tiada di rumah,Alisya pun mengambil nafas lega dan kemudian memasuki ke dalam dan duduk di kerusi kayu ayahnya itu.

Alisya mengeluh.

Kemudian,dia memandang kakinya yang terbalut.

"Lapar la..."
Katanya sebelum tertidur di kerusi kayu itu.

=Hari yang seterusnya=

Cuaca pagi yang berangin itu berjaya membangunkan Alisya.

"Nak pergi sekolah..."Kata Alisya sebelum berdiri dan berjalan ke bilik mandinya yang terletak-

eh tak,

dia mana ada bilik mandi.Dia mandi kat sungai la.

/////

"Hai Alisya good morning~"Sapa Najma, merangkap satu satunya kawan baik Alisya.

Alisya yang bermuka pucat itu hanya mampu tersenyum lemah.
Nasiblah dia pakai baju kurung,boleh jugak sembunyikan balutan dekat kaki dan kepala dia tu.

"oh ya asal kau tak datang semalam?
kau tau kan semalam ialah majlis penyampaian hadiah?"Tambah Najma sebelum meletakkan begnya ke bawah dan duduk di kerusinya.

"Kerja..Aku malasla nak datang"Jawab Alisya pendek .

Najma hanya meng 'o'

"Oh btw,kau tau tak yang Andrian ada update ig dia semalam?Gile cantik gambar dia doo"Najma cuba menukar topik.

Tangannya pantas menekan nekan henfonnya berjenama Iphone tu.

Jeles?

"Tak kisah dan taknak tau"Balas Alisya lagi sebelum meletakkan kepalanya di meja,dan menutup matanya dengan harapan dapat tidur.

'Sakit....'Monolog Alisya sendirian apabila kepalanya mula berasa berdegung.

Najma hanya mampu menjeling.

"ish,lantak kau la Alisya,aku nak stalk mereka ja--Weh mereka dah datang wehhh!!"Jerit Najma .

Bbup!

Pintu terbuka luas.

Bagaikan seorang artis,Andrian dan Asyraf mula menjejakkan kaki ke dalan kelas dengan langkah yang yakin dan bergaya.

Seluruh kelas memandang ke mereka,kecualilah Alisya,(yela kan dia tido)

"Ha-hai Andrian"Kata Nayla,salah sorang classmate mereka.

Andrian tidak membalas,namun hanya memberikan senyuman palsu.

Tapi tidak bagi Nayla,di matanya,itu bagaikan senyuman bidadari

"Boleh masuk ICU aku macam ni fuhh"
Kata Nayla tersengih sengih sebelum mengibas ngibas tangannya ke muka, acah acah berpeluh la namanya.

"duduk belakang?"Tanya Asyraf.

Namun Andrian tidak menjawab.

"Ke duduk depan?"Tanya Asyraf lagi.

Sekali lagi,tidak menjawab.

"Ok kita duduk tengah"

Mereka berdua mula menuju ke meja yang mereka nak,tetapi semuanya penuh.

Tiba tiba,mata Andrian tertancap pada seseorang gadis yang elok tido di mejanya.

Andrian pun tersenyum nakal.

"Weh,kita tarik kerusi tu dari pompuan tu,nak?"Tanya Andrian.

Asyraf hanya mengangguk seraya.

Mereka mendekati perempuan itu dengan berhati hati.Masing masing memasang senyuman palsu.

"satu...dua...tiga!"Kata Andrian.

Dan yup,mereka pun menarik kerusi itu dari gadis tersebut.
Apa lagi,terjatuh berguling la pompuan itu dikerjakan!

"pfft-Lawak la weh"Kata Asyraf.

Gadis yang terjatuh itu dengan kalutnya cuba untuk berdiri tegak.
Syok syok orang tido terus kena tolak?

"Weh SETAN AKU CAKAP AKU TAKNAK DENGAR,TAKNAKLAH!"Jerit Alisya dengan nyaring.

Najma yang berada di sebelah tergamam.

Tak,masalahnya..orang yang dia marah tu,bukan Najma.

Tapi Andrian !

Mata Andrian terbeliak.

"Eh kau?..."

"Perempuan haritu kan?!"

///TBC///

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience